Monday, July 11, 2011

Saya hanya insan biasa.......

Salam semua, da lama xpost entry baru. Entry ada, tapi "save as draft", tapi entry ni FAD nak publish. Now tamatla sudah perjalanan FAD sebagai seorang pelajar di UiTM yang selalu di hati FAD.

Melihat kembali percaturan FAD dalam bidang pebelajaran ni, memang ada hikmahnya. Dari nothing to something, its almost perfect! Betul cakap orang, apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Semua ni telah di tentukan olehNYA.

Sekang, FAD bakal menepuh alam pekerjaan yang amat FAD nantikan selam 23 tahun. Kehendak memang ada tapi takut tak mampu untuk menepuhnya. Harapan FAD selalu nya +ve untuk semua perkara walaupun perkara itu -ve. Iim always think +ve even bad thing happens.

Kehidupan FAD ni  semakin indah, harap2 ianya berkekanlan, ramai yang bertanyakan bila nak buat entry tentang sang buah hati, FAD cuma tersenyum dan berkata,"FAD xnak cakap tentang sesuatu yang xpasti lagi, bila semuanya sahih dan pasti, barulah FAD lebih terbuka untuk berkata"

Kadang2 kita xmampu nak jadi apa ynag orang inginkan. FAD hanyalah insan biasa yang ingin merasai kehidupan ALLAH ini, bagilah fad peluang untuknya. Memang kita akan selalu menbuat kesilapan, tapi kesilapan itu perlu diperbaiki dengan penuh berhati-hati.

Mukadimah hanya diatas. Disini bermula isi kandungan berkaitan dengan tajuk entry ini. Hati FAD tersentuh apabila seseorang hamba ALLAH da laman web sosial FACEBOOK telah menghantar PM kepada FAD. Sungguh molek penyusunan ayatnya. Semuanya disebabkan gambar. Sesungguhnya dia selalu memerhatikan gambar2 yang FAD selalu upload di FB. Beliau berkata,"Semua gambar-gambar saudari cantik-cantik belaka. tidak mahukan untuk menjadikan ia sebagai kerjaya tetap? Saya melihat saudari mempunyai potensi untuk hidup dalam arena photoshoot ni, tapi saudari jarang memperlihatkan wajah saudari untuk album2 yang saudari uploadkan itu, mesti banyak gambar2 saudari yang saudari simpan kan?"

FAD hanya tersenyum, lalu menyusun ayat pembalasan supaya setiap bait kata-kata FAD tiada yang terluka. Jawapan FAD hanya mudah, "Terima kasih kerana sudi "Add as friend" di FB. Kesemua gambar yang diupload hanya sedikit sahaja editnya, tidak terlalu mengedit kerana takut hilang keaslian gambarnya. Ganbar yang diambil sememangnya sudah cukup cantik dan mempunyai nilai yang sangat berharga. Untuk pengetahuan saudari, saya hanya mengunakan camera biasa dan bukanla DSRL idaman saya itu.

Camera biasa jikalau dapat menangakap angle gambar yang cantik, hasilnya sangat menakjubkan. Bukan tidak mahu untuk menjadikan ia kerjaya tetap tetapi untuk membawa model untuk photoshoot dengan camera biasa saya ini, orang pasti akan gelakan saya. Cukuplah sekarang saya menjadikan adik2 saya sebagai model tetap tanpa berbanyar. Iya, saya jarang memperlihatkan wajah saya di album2 saya disebabkan oleh saya sendiri malu. Saya hanya mengupload 1 @ 2 keping sahaja untuk tatapan umum. Saya hanya manusia biasa yang mempunyai kelemahan sebegitu tapi sebenarnya saya memang gemar bergambar tetapi cukuplah sekadar untuk simpanan saya sahaja".

Lihat! betapa ada orang yang selalu memperhatikan kita selain ALLAH swt. Susunan kehidupan FAD semakin indah. Harap ianya akan berterusan walaupun FAD tahu ujian ALLAH sentiasa ada.

TQVM semua =)