Thursday, April 19, 2012

Just Turned 24

Salam :) happy brithday FAD!  last 12 April, I just turned 24, sweet number kan? 12.4.1988 dan 24 :) Semperna 24 tahun ni, sudah pasti FAD mahukan yang terbaik dalam kehidupan. Terima Kasih Ya ALLAH, kerana masih memberi nafas kepada hambaMU yang naif dan hina ini untuk terus melayari dan menikmati sedikit kehidupanMU ini. Doaku hanya 1, dari dulu sampai sekarang, KAU makbulkanlah doa-doa kecil dan besar ku sikit demi sikit, ku tidak berharap ianya berlaku serta merta, cukup KAU beri susunan yang indah padaku.

Alhamdulilah, tahun pertama meraikan hari lahir bersama tunang selepas 7 tahun berkenalan. Hadiah CIN MIT ialah:

CIN MIT  : Tahun ni, saya nak bagi hadiah paling berharga dalam hidup awak.

FAD        :  Apa dia?

CIN MIT   : Seorang tunang :)

FAD        : (^_^)  

Terharu, gembira, bahagia yang tak terkata :-) TQVM awak, awak buatkan hari-hari saya bahagia seperti selalu. Hadiah itu memang paling berharga.

Di samping itu, ucapan dari insan yang paling fad sayang iaitu MAK dan AYAH turut membuatkan FAD rasa tak mahu berakhirnya 12 April 2012 itu, walaupun hanya 1 mesej, ia membuatkan hari FAD rasa begitu ceria. Ini mesej dari mak n ayah:

"Happy birthday kokde..sekiranya mak dan ayah ade wt silap, kami mtk maaf.. :-) syg kokde.."

Terharu, gembira, bahagia yang tak terkata buat kali kedua pada hari itu :) 

Masa kecil dulu, dalam kehidupan FAD, FAD hanya tahu meminta kek semperna hari jadi, kalau tak bagi, FAD akan merajuk, tapi bila mula duduk berjauhan dengan family (masuk U bermula tahun 2006) ucapan melalui call @ sms sudah cukup membuatkan hati FAD tersentuh. Tiada lagi permintaan kek, cuma sekadar mengingati hari itu sudah memadai bagi FAD. Alhamdulilah, tahun ni masih sama seperti tahun-tahun yang lepas. FAD terasa 1 benda, semakin kita membesar semakin mak dan ayah terlalu sayangkan kita. Itu yang FAD perasan sekarang. Buat mak dan ayah, kasih sayang kokde tiada penghujungnya. Kokde terlalu menyanyangi ALLAH, mak dan ayah melebihi kamu dan kamu :) Setiap bisikan doa FAD, FAD xpernah lupa untuk menyebut nama mak dan ayah.

Lain pula ceritanya di office. Ini kali pertama FAD menyambutnya di tempat kerja selepas 7 bulan bekerja. Amat berbeza sekali. Tidak pernah terfikir langung bila  da kerja ni ada orang akan buat suprise kat kita :)
Dan ini yang berlaku.







Apa yang FAD boleh cakap, memiliki kawan membuatkan hidup lebih HIDUP! :)
TQVM kerana membuatkah hidup FAD lebih hidup semua!

Seketika fad termenung sendiri, apabila kita tidak berharapkan apa-apa, tetapi sesuatu yang indah datang kepada kita. Itu namanya ALLAH sangat menyanyagi kita. Dulu FAD pernah mengeluh, kenapa apabila FAD berbuat baik kepada orang, seakan-akan orang tidak pernah hargainya, bukan meminta balasan, cukup sekadar mengingati dan ucapan terima kasih. Rupanya kini baru FAD sedar kalau orang tu tidak menghargai, orang lain pula yang akan menghargai kita. Sekarang FAD sudah rasakan. Terima Kasih Ya ALLAH kerana memberi FAD nikmat ini. Terasa bertuah menjadi NORFADZILAH BTE OTHMAN!