Monday, October 1, 2012

Belajar rajin-rajin, kemana akhirnya?

Salam semua, ayat biasa selepas memberi salam, "dah lama FAD tak updated blog" :) sibuk uruskan beberapa perkara. Maaf yea? Harini 1/10/2012. Hari pertama di bulan sepuluh. Diam-diam lagi 2 bulan nak ke tahun 2013. Memang terasa sekejap sangat. Hari ini FAD nak share beberapa perkara. 

  • 24 tahun 7 bulan bergelar Norfadzilah Bte Othman
  • 8 bulan bergelar tunangan orang
  • 1 tahun 5 bulan bergelar Alumni UiTM
  • 3 tahun 5 bulan menetap di Kuala Lumpur
  • dan :


Yes, I already SETAHUN di TM! awesome FAD. Belajar rajin-rajin, doa-doa, nangis-nangis, ketawa-ketawa, inilah hasilnya. Masa FAD belajar dulu, memang tidak sesekali menjangka akan berkerja di sini. Alhamdulilah, gaji naik, kerja semakin hari semakin banyak dan semakin mahir membuatnya, team mate superb, kawan-kawan sekeliling helpful and great! Hanya 1 yang FAD tak pernah putus2 cakap, "Syukur, alhamdulilah". Pada ALLAH swt tempat FAD selalu memohon agar diberikan susunan hidup yang indah, alhamdulilah, segala ujian kecil menjadikan kehidupan FAD memang indah. Syukur Ya ALLAH swt, Kau maha adil. Buat mak dan ayah, hadiah kecil (hadiah apa?? kene tunggu entry seterusnya) dari FAD ini hanyalah sedikit berbanding 24 tahun membesarkan FAD. Sayang FAD terhadap anda melebih kamu kamu dan kamu. Inilah anak mu yang suka makan, mangada-ngada, suka tidur, gemuk, malas dan malas lagi :)


Pesanan untuk adik-adik yang baru nak memulakan kehidupan, tuntutlah ilmu dunia akhirat. Jangan malas! Umur adik-adik masih muda untuk titik hitam dalam diri. Sayang diri yea sayang? Mak dan ayah marah-marah dulu, ada sebabnya. Inilah sebab nya. Sebab nak anak-anaknya berjaya. Bila berjaya, mak  dan ayah tidak mahu se sen pun dari kita, cukuplah sekadar melihat kita berjaya. Percayalah sesuatu perkara, mempelajari ilmu dunia dan akhirat akan membuatkan kita KAYA. Kaya dengan pengetahuan di dunia nescaya dan insya- ALLAH Kaya Raya di akhirat kelak. Seimbangkanlah! Jangan pernah fikir, bila kita jatuh, kita akan jatuh selamanya. Jangan fikir, bila kita gagal, kita akan gagal segalanya. Jangan fikir, bila kita berjaya, kita akan berjaya selamanya. Sentiasa bersyukur dan beringat, tapi awas, jika RIAK menguasai diri, pasti ujian akan mendatangi kita. ALLAH swt maha mengetahui niat kita. Pesanan ini juga untuk diri FAD. FAD memang sering terleka untuk bersyukur walaupun diberi ujian. Ujian dari ALLAH swt tandanya Dia sangat mengasihi kita. Jadi wajar untuk kita bersyukur walaupun ujian melanda.