Tuesday, November 26, 2013

Sebungkus Maggi Kari......

Salam semua :) 2, 3 minggu memang pening sikit memikirkan perkara ITU. Sebenarnya, tidak terlalu kisah sangat sebab ianya mungkin terlalu awal. Tapi tak semena-mena, perkara ITU terpancul bertalu-talu di fikiran membuatkan FAD lebih memikirkannya melebihi memikirkan soal kerja. (berapa banyak mikir daa...)

Hurm...rasa nak buat keputusan sendiri. Rasa nak buat sekarang juga. Rasa nak on the spot je. Waaaa... rasa nak mengeluh je. Sabar FAD. Sabar.  Pernah berbincang dengan Sholeh pasal ITU. Masa tu, masih terlalu awal tapi kami tetap berbicarakannya. Sholeh lebih memilih kepada yang lebih senang, simple, mudah, dah murah. Tapi FAD, memikirkan perkara ITU secara detail dan teliti. (sebenarnya terlalu teliti.....)

Sampai malam tadi (21/11/13) 10.00 malam, kami (Sholeh ada dirumah) dapat keputusan yang kami mahukan. Alhamdulilah, syukur padaMu. Pentunjuk datang ketika kami betul-betul memerlukan dan ketika kami betul-betul dalam dilema. Alhamdulilah.

Selesai memasak sebungkus maggi kari untuk dua orang makan + sebiji telur + 6 keping nugget ayam tempura membuatkan suasana malam sejuk itu menjadi dingin. Cukuplah sekadar sebungkus maggi memandangkan jam agak lewat sudah. Kebetulan malam tu rintik-rintik hujan. Makan makanan panas memang awesome. Terangkat orang rock otai cakap. On je tv sambil godak-godak maggi. Tv9 terpancul. Program Semanis Kurma, bertajuk "Aurat Ketika Bersalin". 

ITU = tempat untuk bersalin

Bersalin? Biar betul, FAD mengandung??? Bila? Bila? Hik >.<

Alhamdulilah :) Betul FAD mengandung. Kini kandungan mencecah hanpir 6 bulan. :)

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sgt penting dan mustahak
suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri.

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad, LR dll...
> tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu ikut dan. ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dll yg keluar masuk wad

3. WAJIB WAJIB WAJIB ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yg mengizinkan aurat terbuka.
> Pertama SUAMI
> kedua SAUDARA PEREMPUAN
> ketiga nurse perempuan

Sholeh dan FAD telah mengambil keputusan untuk bersalin di hospital swasta selepas mendapat pentunjuk dari Allah. Betul, ianya satu pentunjuk, petunjuk ketika kami betul-betul dalam delima. Alhamdulilah, permudah sungguh.

Apa yang membuatkan FAD tiba-tiba risau tentang ITU sebab, baru-baru ni kawan FAD terbersalin awal 1 bulan, dan ada sorang kawan FAD lagi kandungan baru mencecah 6 bulan sudah perlu refer kepada hospital bersalin. Subhannallah. Dugaan mereka Allah sudah susun. Bagaimana dengan urusan FAD?


Ini anak FAD ketika berusia 10w 5d :)





Thursday, November 14, 2013

10 Muharram 1435 = 14 11 2013

Salam semua :) Sekadar coretan ringkas selepas 6 bulan bergelar isteri. Banyak perkara yang perlu di buat dah diurus memandangkan FAD memiliki tanggujawab baru kini. Alhamdulilah, kami masih awal peringkat. Perkara baru disusun satu per satu. Terlalu banyak yang perlu kami pelajari. Full of commitment. Syukur kerana Sholeh sangat memahami. Dia suami sempurna dimata FAD. Di arena baru ni, apa yang boleh kami katakan, Happiness is getting married early :) Walaupun kehidupan kami tidaklah selengkap mana, tapi setiap hari kami cuba tersenyum dan ketawa bersama, samada jauh dan dekat. Alhamdulilah, kami kini bahagia dengan cara kami. Dunia kecil FAD kini semakin hari semakin indah. Tipu kalau FAD katakan,semua detik adalah indah. Kadang kala ada juga saat-saat kami lalui dengan sukar, saat-saat kami lalui dengan sedih, dan saat-saat kami lalui dengan perasaan marah, hiba dan -ve. Tapi apa yang FAD dan Sholeh selalu tekankan, apa-apa kembali kepada pencipta. Hanya Dia yang mengatur segalanya. Baik buruk sesuatu itu berlaku dengan kehendaknya.





Semperna bulan baru Islam ini, samalah kita perbaiki diri kita untuk menjadi lebih lebih baik. Segembira mana pun kita, dalam hidup ini satu je permintaan kita, kita kembali kepada pencipta dengan penuh sempurna. Aminkan doa FAD ini, ya kawan-kawan..................

***perut dah buncit sikit :)

Wednesday, June 19, 2013

Sepingan Berdua

Salam semua :)

Ini status asal, tapi telah di edit di fb:
Walaupun majlis dah beberapa minggu lebih berlalu, tapi rasanya tidak lah salah kalau FAD nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan Majlis Perkahwinan Sholeh & Fadzilah. Ini post FAD yang terbaru sejurus FAD bergelar seorang isteri. Maaf dari hati sebab terlalu sibuk dengan banyak perkara sampaikan masa untuk updated blog pun tak sempat. Maaf.

FAD rasa majlis FAD ni kelam kabut dari awal majlis sampai ke hujung, hantar doorgift, kemas dewan, pasang anak panah, bungkus lauk, cari tudung yang susah nak matching dengan baju, beli kuih, dan macam-macamlah, andai ada terkurang, terkasar, tersilap semasa majlis, FAD minta maaf sangat-sangat.


credit to Hukiza Hussain my boss for tag me my door gift :)

Rasa puas sangat mungkin sebab kebanyakan perkara, FAD buat sendiri, Yes, memang nak jimat! Make up sendiri, lepas solat terus tak pakai make up :) no sanding, walaupun ada pelamin :) lepas nikah terus makan berdamai walaupun masa tu baru pukul 11.30 pagi :) Sholeh dan FAD buat sekali majlis sahaja dan yang paling utama, FAD puas hati dengan hasil titik peluh kami :)

TAPI. tanpa bantuan dari keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan kenalan sudah pasti majlis tidak akan berjalan dengan lancar.Last but not least, TQVM untuk yang hadir, yang membantu dan yang mendoakan. May Allah swt bless you :)

SHOLEH inilah suami FAD

Alhamdulilah, now, be a wife for someone is a awesome feeling. Perasaan yang unik, hebat dan suci Allah swt bagi. Dulu, FAD hanya seorang budak yang hingusnya masih meleleh di sekolah tadika, pernah merasa jadi kanak-kanak yang dibuli, remaja yang nakal, pelajar yang malas dan suka ponteng class, tapi itu semua cerita 25 tahun lepas. Sekarang, 8 tahun berkenalan, ini salah satu janji Sholeh untuk FAD. Perkahwinan. Untuk pertama kalinya, saya sebagai isteri awak, ingin mengatakankan, "saya sayang awak until jannah". Terima kasih Allah untuk cinta ini! Dan terima kasih kerana kotakan janji awak, kita terharu tau wak, =_=" . Sekarang ni dah ada orang kesatkan hingus FAD, dah tiada orang buli FAD, ada orang protect dan jaga FAD :)

Mengulas balik beberapa artikel perkahwinan yang di baca sebelum berkahwin.
Bukan FAD yang memilih dia, bukan FAD yang menentukan jodoh FAD. Tapi Tuhan hantar dia untuk FAD. Rasa bersyukur sangat-sangat kerana ini adalah anugerah yang paling berharga buat FAD. FAD juga berdebar-debar dan mungkin lebih menyeronokkan kerana 'halal' untuk melakukan apa sahaja.


Sholeh + Fadzilah

Biarpun suami FAD tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar. Suami itu tetap WAJIB dihormati dan ditaati selagimana ia masih bergelar suami. Redha ALLaH adalah selepas redha seorang suami. Dia juga adalah Imam, ketua keluarga, dan juga yang bakal memimpin tangan kita ke Syurga nanti. Amin -_-

petikan dari Raudzah Roslan:
- Suami adalah anugerah Allah kepada wanita yang bergelar isteri. Ia hanya dipinjamkan dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan Tuhan. Entah bila berakhirnya. Mungkin esok atau lusa. Entahkan sebentar lagi..

Ambillah peluang di masa terluang untuk menghidangkannya walau secawan kopi dengan penuh keikhlasan di hati. Berapa ramai wanita di luar sana yang tidak mempunyai peluang itu. Berapa ramai juga yang telah terlepas peluang itu. Sungguh. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah yang kekal selamanya. Hanya Cinta Allah yang Abadi. -

Betul tu. FAD setuju. 8 tahun lalu, jarak beratus kilometer pernah ditempuh. Allah nak uji kami sekali lagi, lebih lagi hubungan itu sudah pun halal. Minggu pertama bekerja selepas 3 minggu bercuti, FAD bekerja tanpa suami di sisi. Rindu pada yang halal hanya Allah yang tahu.

Hari pertama tanpa suami:
  • menangis
  • sunyi
  • rindu
  • sasau
  • mereng
  • malas
  • yang penting, SOLAT TANPA IMAM TERSAYANG!
Rasa malas nak buat ibadah tanpa suami. Tapi dulu masa single boleh je buat. Rasa penguat semangat hilang, hilang sangat. Nasib baik SMS dan call tak putus2 dari suami untuk ingatkan diri bahawa ada Allah jaga FAD dari jauh -_- terima kasih awak!




imam FAD :)

Pandangan FAD tentang perkahwinan:
Pekahwinan adalah satu transformasi. Bagi FAD, bukan semua kita perlu transform/ubah. Dari tak tahu apa-apa kepada tahu, dari buruk kepada baik, dari baik kepada lebih baik, dari lebih baik kepada lebih-lebih baik. Hanya beberapa perkara, selebihnya tu, boleh ubah secara perlahan-lahan. Antara yang kita boleh buat dulu ialah:
  • Timing
    • Kita dah TAK boleh bangun lewat dah macam kita bujang dulu. Sekarang ni tidur kita dah berteman. Kalau boleh, bangun sebelum suami bangun. Kejutkan suami untuk solat jemaah bersama. Bagi yang dah berkahwin, teknik kejut pun, korang boleh lah buat creative sikit. Macam kacau hidung dia ke, main-main rambut dia ke, belek-belek jari dia ke, tarik kain dia ke..eh! :p Dari situ, mula lah aksi manja-manja dari suami yang malas nak bangun tu, kita boleh saksikan pada waktu subuh biasanya..ehe :) itu salah satu yang membuatkan perkahwinan itu sesuatu yang indah.
    • Timing kita dengan family biology dengan family baru. Nak cerita sikit :) Dulu time kita balik kampung, cuti yang ada kita peruntukan untuk rumah kita je, kita nak buat apa-apa pun tak kisah dah. Tapi lepas kahwin, masa kena BAHAGI 2, half sana, half sini :) we not belong to our mom and dad and family anymore, we are share now. So, pesanan FAD, kalau setakat cuti 2 hari (weekend), lepas tu, rumah mak dan rumah mak mentua tu jauh dari tempat kita tinggal (means negeri berlainan), duduk je lah rumah, tunggu / apply cuti lama nanti baru balik kampung. But kalau dah rindu tahap maximum biawak goreng tu, baliklah :)
  • Costing
    • Orang kata lepas kahwin costing tinggi. Tapi, FAD rasa lepas kahwin ada SAVE sikit, begitu juga dengan pihak suami. Sebab ekomoni boleh dikongsi. Contohnya, duit sewa rumah dah boleh share, duit kereta (macam kami, masing-masing ada kereta, cuma kereta suami dia beli cash, tinggal kereta FAD, so duit kereta FAD bayar, maintanance dan minyak suami tolong bayar, ehe ) duit makan lagi jimat, duit barang dapur, duit bil dan lain-lain. Buat dan bincang kira-kira bulanan dengan suami baik-baik, mesti dapat hasilnya. Lepas tu, kena percaya 1 pekara, Insyallah Allah akan cukupkan mana yang kurang nanti. :)
  • Keluarga baru
    • Bila berkahwin ni, automatik family kita BERTAMBAH. Dari satu kepada dua. FAD rasa kalau nak bermesra dengan mentua tiada masalah sebab diaorang dah macam mak ayah kita sendiri. Aurat pun sama dah. Just, try to get along with ipar duai. Kita kena biasakan. Dari segi aurat, perbualan dan dll. Macam FAD, kedua-dua family dah ada yang berkahwin, malah kami masing-masing mempunyai anak buah. So, taklah susah sangat nak bercampur-gaul uli tepung semua. Mungkin pada mula-mula tu rasa weird sikit dekat rumah mentua. Sebab ahli baru dan sebagai pengantin baru dah tentu hari jadi bahan utama :) Alhamdulah, lama-lama FAD dah boleh biasanya dengan family baru. Alhamdulilah, suami selalu ada di sisi kalau FAD berada di rumah mentua.
    • Panggilan pun akan bertambah. Biasanya kat rumah kita, mak kita akan panggil kita lain, contonhnya FAD, mak akan panggil Kokde dan anak buah akan panggil Mokde, tapi berbeza pula dengan keluarga mentua, mak akan panggil Fadzilah (nama penuh yoww) dan anak buah akan panggil Mak Ila...sweet kan? :) Kadang-kadang lenguh otak nak simpan segala nama :) Tapi itulah transfromasi namanya :) 
  • Sayang
    • Sayang mak ayah mentua sama macam kita sayang mak ayah kita. Suami akan lebih menghargai kita kalau kita layan mak ayah dia sama macam mak ayah kita. Pesan mak kepada FAD, "Raihlah kebahagian nak....Ingat Allah dalam segala perkara..Ingat syurga sekarang di bawah tapak kaki suami mu...Ingat isteri solehah permata suami" =_=
    • Satu perkara ni, FAD rasa memang cukup baru untuk FAD. Hari pertama di rumah mentua, masa makan malam, mak mentua bagi DULANG untuk FAD. FAD terkejut tambah pelik. Apa nak buat dengan dulang ni? alamak, nak masak lauk sedulang ke? Dah la tak rajin masak, ni pula nak masak untuk sedulang punya makan. Macam nak rewang pun ada. Rupanya, mak cakap, "Fadzilah, jom makan dengan mak guna dulang ni, ajak sholeh sekali, mudah-mudahkan, kamu suami isteri bahagia kekal sampai ke syurga" TOUCH :) Malam tu, kami semua makan dalam dulang dengan keluarga masing-masing. Kami makan bertiga dengan mak. Mak sempat berbisik, "Fadzilah datang ni, baru kami makan dalam dulang, praktikan kat rumah sunnah nabi ni yea?" :) Rupanya, amalan makan dalam dulang ni sunnah Nabi. 
    • Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan (bersama-sama), kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian” (Hadis riwayat Abu Daud). Makan dengan menggunakan  Shahfah(dulang). Makan berjama’ah di atas hamparan dengan menggunakan dulang adalah salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti, Anas bin Malik t berkata: “Baginda tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (pinggan kecil) (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Syamail, shahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532). Sebelum makan tu juga, abang ipar kata,"Nah Leh, ambil sedikit garam ni, suapkan juga isteri kamu, sikit je :)". Menjamah Secubit Garam. Nabi Muhammad SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan. That my awesome family! :)
sayang MAK!

Untuk kawan-kawan yang bakal melayari bahtera rumah tangga, cepat-cepatlah kahwin. Ikhlas dari hari FAD, rugi tak kahwin awal. Banyak hikmah yang kita akan dapat. Tapi FAD percaya, segala urusan kita ditentukan oleh Allah. Bukan kehendak kita untuk kahwin lambat atau tak berkahwin. Usaha mencari, berdoa dan tawakal. Allah ada untuk kita dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sebelum FAD ada Sholeh dulu, FAD tak menyangka kehidupan sebegini sekarang. FAD tak tahu apa masa depan FAD. Tak terfikir langsung untuk berkahwin, apatah lagi untuk memiliki keluarga sendiri. Hanya di fikiran nak balas jasa mak ayah dan kumpul harta. Sebab kami tidaklah sekaya mana. Tapi setiap bisikan doa FAD, menyelit harapan untuk memiliki jodoh dunia akhirat. Allah maha mendengar. FAD bersyukur dan reda. Allah memberi tanpa kita duga.

Dan untuk kawan-kawan yang sudah melayari bahtera rumah tangga, ada pelangi dari Allah untuk kita. Maksud Allah siapa yang tahu. Hadirnya sang buat hati yang halal membuatkan perjalanan hidup menjadi indah. Sabar, bersyukur dan reda dalam melalui setiap detik dalam hidup. Terbanglah mencari nikmat Allah. Semoga kita sama-sama diberkati dunia akhirat, amin -_-

Untuk tatapan umum, sedikit pengkongsian semasa majlis FAD haritu. Terima kasih SEMUA to be a part of me! Sahabat, akan ku kenang dikau dalam kenangan indah kita! Perkara yang FAD sayang dalam kehidupan ini, salah satunya ialah PERSAHABATAN. TQVM, anda sebahagian dari saya!

- Yana, Aisa, Aimi dan Fizah -


- Farhana dan emaknya -



- Deqmin, Ana, Pae, Sheila, Syira dan Farah -

- John, Anwar, Firdaus, Nass, Kakak, dan Kak ELi -

- Nanthini dan pasangan - 

 


- Dija, Faseha, Ain, Saiyidah, Fatiha, Rozanna -

- Zahidah dan teman -

- Fasihah dan baby -

-  Lin serta teman -


- Farhan dan Asilah -

- Fatin dan Aifa -


- Husna -

- Salihin dan Erma -





BIG thanks yang hadir. May Allah swt perkenankan doa kalian :) Love and Hug - FAD

Friday, January 4, 2013

Gajah mengata diri sendiri

Salam semua :) Alhamdulilah, 2013 sudah melambai kita. Macam baru semalam je 2012. Setuju tak kalau FAD katakan yang doa dan hajat tahun ini dan tahun-tahun dulu pun masih ada yang belum termakbul lagi? :) Bagi FAD, sama juga, cuma tahun ni FAD rasa bermakna sikit, sebab dah semakin besar :D Ada juga pencapaikan hidup yang termakbul secara dirancang ataupun ALLAH swt yang merancang. Alhamdulilah, susunan ALLAH swt itu memang indah. Samada tercapai atau tidak, DIA tahu mana yang terbaik untuk hambanya. FAD selalu berpesan pada diri, ALLAH swt telah susunkan kehidupan untuk kita, hanya DIA sahaja yang tahu. Berusaha untuk mencari keredaanNYA, dan sentiasa bersangka baik denganNya.

Okay, berbalik pada topic gajah :p FAD rasa pencapai terbaik FAD tahun ni adalah FAD dapat beli camera yang FAD memang idam-idamkan sejak FAD di alam u lagi. Hasil kumpulan gaji sebanyak 3 bulan dengan saving yang melampau dan shopping yang minimum, akhirnya DSLR ini berada di depan mata :)

Nikon D5100


Harga dia? Korang boleh google kot :p Just FAD ada adds on sikit lah kat camera ni. Dan ini lah gambar pertama yang FAD ambil dari camera FAD ni :)
Aisa Zaidun :)

Aisa yang teman FAD beli camera ni, Thanks Aisa :) Nanti teman lagi eh..heee :) 

Bila ada camera ni, semakin membuak-buak nak ambil gambar yang cantik-cantik tapi......Sibuk kerja macam mana nak asah bakat tu. Poor FAD :(  but! make your life awesome even you are busy :) Yup, just create the time!. Create the time for your hobby. Sekarang, its work it :) Penat kerja tapi kalau buat kerja yang kita minat, hilang penat kerja tu :D Itu salah satu plan tahun 2012 yang tercapai. 

Plan yang tak terplan tapi tercapai ialah:
  • FAD dah jadi mak....mak sedara kepada Nazarul Adam Bin Najmi Walkis (kakak cakap rezeki cepat, alhamdulilah :) )

  • Beli tanah kebun 1/2 ekar (sepatutnya plan dah tua nanti baru nak beli tanah supaya ada kerja lepas pencen )

  • Bertunang with Muhammad Sholeh Bin Mohd Jalil (sepatutnya plan umur 27 tahun nanti, tunang terus kahwin)

  • dan naik kapal terbang (sepatutnya plan lepas kahwin, nak naik dengan husband)



Alhamdulilah, sebenarnya dugaan datang silih berganti untuk memdapatkan apa yang kita mahukan. FAD merancang 1 tapi ALLAH swt memberi lebih. Sebab tu, FAD selalu berpesan kepada diri sendiri, berusaha untuk mencari keredaan ALLAH dan sentiasa bersangka baik denganNya.

Untuk tahun ni, tiada apa-apa yang tinggi impiannya, cuma.....target nak jadi isteri orang je, eh! :p Harap semuanya berjalan lancar.  Sebenarnya FAD mengambil masa hampir sebulan untuk menyiapkan entry ini, tapi terasa macam 2 tahun saja, iyelah, dari tahun lepas ke tahun ini, :) Dari hati FAD, sedih mahu meninggalkan tahun lepas dan selepas-selepasnya sebab kita akan merindui kenangan kita. Kenangan yang tidak terbayar, kenangan yang mengajar, dan kenangan yang menyedarkan. FAD jarang menagis sekarang. mungkin sudah puas menangis dulu.  Tapi FAD syahdu melihat diri FAD kerana, FAD cepat membesar dan sudah pandai terlalu tahu banyak perkara. Terasa masa berlalu begitu pantas :(