Tuesday, November 26, 2013

Sebungkus Maggi Kari......

Salam semua :) 2, 3 minggu memang pening sikit memikirkan perkara ITU. Sebenarnya, tidak terlalu kisah sangat sebab ianya mungkin terlalu awal. Tapi tak semena-mena, perkara ITU terpancul bertalu-talu di fikiran membuatkan FAD lebih memikirkannya melebihi memikirkan soal kerja. (berapa banyak mikir daa...)

Hurm...rasa nak buat keputusan sendiri. Rasa nak buat sekarang juga. Rasa nak on the spot je. Waaaa... rasa nak mengeluh je. Sabar FAD. Sabar.  Pernah berbincang dengan Sholeh pasal ITU. Masa tu, masih terlalu awal tapi kami tetap berbicarakannya. Sholeh lebih memilih kepada yang lebih senang, simple, mudah, dah murah. Tapi FAD, memikirkan perkara ITU secara detail dan teliti. (sebenarnya terlalu teliti.....)

Sampai malam tadi (21/11/13) 10.00 malam, kami (Sholeh ada dirumah) dapat keputusan yang kami mahukan. Alhamdulilah, syukur padaMu. Pentunjuk datang ketika kami betul-betul memerlukan dan ketika kami betul-betul dalam dilema. Alhamdulilah.

Selesai memasak sebungkus maggi kari untuk dua orang makan + sebiji telur + 6 keping nugget ayam tempura membuatkan suasana malam sejuk itu menjadi dingin. Cukuplah sekadar sebungkus maggi memandangkan jam agak lewat sudah. Kebetulan malam tu rintik-rintik hujan. Makan makanan panas memang awesome. Terangkat orang rock otai cakap. On je tv sambil godak-godak maggi. Tv9 terpancul. Program Semanis Kurma, bertajuk "Aurat Ketika Bersalin". 

ITU = tempat untuk bersalin

Bersalin? Biar betul, FAD mengandung??? Bila? Bila? Hik >.<

Alhamdulilah :) Betul FAD mengandung. Kini kandungan mencecah hanpir 6 bulan. :)

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sgt penting dan mustahak
suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri.

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad, LR dll...
> tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu ikut dan. ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dll yg keluar masuk wad

3. WAJIB WAJIB WAJIB ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yg mengizinkan aurat terbuka.
> Pertama SUAMI
> kedua SAUDARA PEREMPUAN
> ketiga nurse perempuan

Sholeh dan FAD telah mengambil keputusan untuk bersalin di hospital swasta selepas mendapat pentunjuk dari Allah. Betul, ianya satu pentunjuk, petunjuk ketika kami betul-betul dalam delima. Alhamdulilah, permudah sungguh.

Apa yang membuatkan FAD tiba-tiba risau tentang ITU sebab, baru-baru ni kawan FAD terbersalin awal 1 bulan, dan ada sorang kawan FAD lagi kandungan baru mencecah 6 bulan sudah perlu refer kepada hospital bersalin. Subhannallah. Dugaan mereka Allah sudah susun. Bagaimana dengan urusan FAD?


Ini anak FAD ketika berusia 10w 5d :)





Thursday, November 14, 2013

10 Muharram 1435 = 14 11 2013

Salam semua :) Sekadar coretan ringkas selepas 6 bulan bergelar isteri. Banyak perkara yang perlu di buat dah diurus memandangkan FAD memiliki tanggujawab baru kini. Alhamdulilah, kami masih awal peringkat. Perkara baru disusun satu per satu. Terlalu banyak yang perlu kami pelajari. Full of commitment. Syukur kerana Sholeh sangat memahami. Dia suami sempurna dimata FAD. Di arena baru ni, apa yang boleh kami katakan, Happiness is getting married early :) Walaupun kehidupan kami tidaklah selengkap mana, tapi setiap hari kami cuba tersenyum dan ketawa bersama, samada jauh dan dekat. Alhamdulilah, kami kini bahagia dengan cara kami. Dunia kecil FAD kini semakin hari semakin indah. Tipu kalau FAD katakan,semua detik adalah indah. Kadang kala ada juga saat-saat kami lalui dengan sukar, saat-saat kami lalui dengan sedih, dan saat-saat kami lalui dengan perasaan marah, hiba dan -ve. Tapi apa yang FAD dan Sholeh selalu tekankan, apa-apa kembali kepada pencipta. Hanya Dia yang mengatur segalanya. Baik buruk sesuatu itu berlaku dengan kehendaknya.





Semperna bulan baru Islam ini, samalah kita perbaiki diri kita untuk menjadi lebih lebih baik. Segembira mana pun kita, dalam hidup ini satu je permintaan kita, kita kembali kepada pencipta dengan penuh sempurna. Aminkan doa FAD ini, ya kawan-kawan..................

***perut dah buncit sikit :)