Tuesday, February 7, 2017

Kembara Indah Si Kecil Aisyah

Assalammualaikum.

12.11.2016

Alhamdulilah. Haritu kami (FAD, Sholeh dan Aisyah) pergi bercuti ke Langkawi. Saja nak try bawa Aisyah naik flight. Kami excited sangat sebab ni her first aeroplane ride :) Hampir tak jadi nak pergi nih, tapi entahlah, memang perancangan Allah selalu mendahului perancangan manusia. Alhamdulilah kami selamat pergi, balik dan we survived....yeahhhhhhh...ehe...thank you Allah :)



Review sikit:

Well, traveling with kid is fun but can be challenging when things don't go right, macam tiba-tiba nak susu, tiba-tiba terberak, tiba-tiba tantrum. Sangat-sangatlah mencabar memandangkan FAD still bf, bila-bila je Aisyah akan selak nak susu.

Dalam flight pula, Aisyah alhamdulilah, dia masih kategori behave, mungkin sebab perkara baru, dia macam pelik-pelik gitu dan duduk je seat, main-main dengan dia, suap dia makan, susukan dia terus tidur sepanjang perjalanan, cuma dia sedar time betul-betul nak mendarat. Sebelum tu kami memang bagi dia penat dengan ajak dia berjalan, borak-borak, main-main sepanjang dari parking ke pintu pelepasan. Fuh, lega. Lagi satu, pramugari dan pramugara Air Asia concern sangat bila nampak kami pegang baby, diaorang keep on tanya, "puan okay? puan nak tukar seat? puan perlukan apa-apa lagi tak? Tali safety tu puan ikat yea dekat baby". Kebetulan FAD pergi time bukan peak hour or cuti sekolah, so banyak je seat 0 (antara tips bawa baby). Lagi satu ni pun tips penting, sediakan makanan baby siap2, macam bubur ke apa ke, dan makanan baby bole bawa naik atas flight. Kalau anak pakai puting, bagi dia hisap sebab bila atas awan berdegungkan, baby tak pandai cakap, so nak bagi dia telan air liur tu bagi je dia minum susu or bagi puting ke apa je, janji dia tak menangis or tak selesa. Sediakan persiapan untuk anak secukupnya, mainan, makanan tu sangatlah penting.

Percutian kami 3 hari 2 malam. Penginapan, transportation, foods, semua okay, takde masalah. Aisyah tidur lena walaupun di tempat baru. Truly enjoyed our stay at Langkawi.


Activities :

1. UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Kami sampai Langkawi pukul 9pagi, sampai je terus rehat dulu sebab jetlag, hihik. Petang baru kami start kembara. Memandangkan Aisyah kecil lagi, so kami memang takde plan pun untuk aktiviti pantai. Jadi aktiviti pertama kami ialah melawat ikan-ikan peliharaan Aisyah di Underwater World Langkawi. Pendapat kami, UWL ni lagi best dari Aquaria KLCC, ikan dia besar-besar, ada juga binatang lain, macam bangau dan lebih 500 species hidupan laut (menurut google) hahaha. Yang paling awesome ada penguin. Allah ai, comel sangat! Aisyah dia suka sebab sebelum ni pernah bawa dia ke Aquaria KLCC, so kali ni memang nampak ke-excited-an dia. Siap tarik tangan kami suruh pimpin dia berjalan. Kami pula yang heh!.


2. CABLE CAR LANGKAWI

Hari kedua aktiviti kami pergi ke Cable Car pula. Awesome! Tapi nasihat FAD, pergilah seawal pagi. sebab if beli tiket awal pun, kita takan dapat turn awal. Nak naik ke atas pun beratur panjang, dari matahari takde sampai matahari terpacak atas kepala. So make sure anak da dicas secukupnya or sediakan segala kelengkapan anak dari segi pengangkutan (stroller/baby carry), makanan, mainan ke dan segalanya. Sebab beratur panjang tu kadang-kadang mengundang anak bosan dan MENGAMUK. Haha.


3. LANGKAWI WILDLIFE PARK @ BIRD PARADISE

Petang tu pula, kami pergi melawat ke taman burung nih. FAD rasa kat sini paling Aisyah suka, sebab nampak dia happy sangat dan feedback dia pun luar jangkaan kami. Kat sini banyak haiwan comel-comel, boleh bagi makan secara live, makanan haiwan-haiwan tu pun boleh beli kat sini juga. Untuk anak-anak sangatlah sesuai.


 Lepas je activity tu, kami lapar gila, terus makan kat jeti, yang ada landmark Lang tu


Alhamdulilah, segala aktiviti berjalan lancar. Apa yang kami boleh simpulkan, okay je nak bawa anak travel. Di usia Aisyah 1y9m nih, sesuai sangat sebab time nih dia memang tengah nak explore all the thing. Alhamdulilah juga, kami selamat mendarat. Kami tak serik, dan kami nak pergi lagi. hihik :) Tengah kumpul tabung untuk next trip.


*******
Pada semua yang masih ingatkan Sufi, terima kasih. Kami tak pernah lupa arwah, malah kami sentiasa bilang sama Aisyah yang dia ada seorang abang yang secomelnya. Dan kami selalu cakap, kalau duk tengok Aisyah main-main tuh, "kalau ada Sufi, mesti da besar da dia...mesti Aisyah da ada kawan....mesti diaorang tengah rebu-rebut mainan" :) Tapi kami da lama reda. Semoga Allah sampaikan rindu kami kepadanya. Al-Fatihah untukmu sayang.