Wednesday, March 14, 2012

Jodoh dan Amanah

Salam semua, alhamdulilah selesai sudah mjlis pertunangan FAD pada 11/3/2012. TQVM kepada semua, terutama MAK, AYAH, ADIK BERADIK tersayang, CIN, serta kawan2 terbaik FAD yang sama-sama menjayakan majlis. Walaupun majlisnya kecil dan simple, FAD terharu sangat2!
Tepat pukul 3.15pm pada hari Ahad 11/3/2012, jari manis FAD telah disarungkan cincin indah oleh wakil dari pihak lelaki. Sambil di iringi oleh 8 dayang pembawa dulang hantaran, majlis tersusun manis dengan cuaca yang mendung. TQVM kepada, POPO, FAEZAH, EKIN, SUHANA, AMELIA, AINI, YANA, ERMA. HUDA juga, yang tolong ambil gambar FAD!. Alhamdulilah semua berjalan lancar dan selamat.


Lebih dari 30 orang datang mengiringi pihak lelaki untuk majlis bertandang. 9 dulang + 1 bentuk cincin dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan sebagai tanda hadiah.

dari FAD:
1. Buku Aku Terima Nikahnya

2. 2 balang coklat dan gula-gula

3. Sejadah dan Tasbih

4. Tuala

5. Kemaje dan Seluar Jeans

6. 4 helai Kain Pelekat dan 3 Kain Ela untuk keluarga

7. Buah-buahan

8. Coklat Huruf (sponser by my bff)

9. Kek

That my mini pelamin. Haji Zulkifli sangat baik, bagi pelamin yang macam orang nak kahwin da, nak keluar untuk sarungkan cincin pun segan :-) thanks a lots! Suka sangat :-)


Ini gift untuk tetamu. Hajat FAD tercapai untuk hadiahkan surah Yasin. Walaupun berbelanja lebih, tapi berbaloi sebab hajat dihati tercapai. Mudah-mudahan dengan adanya Yasin ni, mereka mendoakan kami selalu dan memberi pahala kecil kepada kami, Amin robbalalamin. (-_-)

Ini hadiah dari pihak lelaki. From now on, sejadah, telekung dan tuala lama FAD simpan elok2 dan tukar ganti dengan telekung, sejadah dan tuala baru dari pemberian CIN. Mak cakap," pemberian tunang kene pakai, kita berdoa di atas sejadah sambil pakai telekung yang diberi, mudah-mudahan kasih sayang tu berkekalan hingga ke syurga, tapi berdoa kat mana-mana pun sama je, yang penting niat kita,cuma kalau pakai pemberian tunang tak salahkan? :-) ". Thanks my sayang  MAK!


*** CERITA FAD:
Menjadi tunangan kepada Hj Mohd Sholeh Bin Hj Mohd Jalil adalah satu jodoh dan amanah yang indah. Betul orang cakap, yang tertutup itu indah :-) Agak sukar merahsiakan perhubungan selama 7 tahun kepada orang awam tapi hanya diketahui oleh keluarga sahaja. Bukan FAD malu untuk declare yang Fad sudah berpunya, tetapi dari dulu FAD lebih suka sebegitu. Alhamdulilah, sekarang, FAD senang memperkenalkan CIN MIT (cinta my incik tunang) kepada orang ramai kerana kami ada ikatan yang bakal menjadi sah tidak lama lagi. Majlis pertunangan ini pun FAD cuma jemput kawan-kawan rapat, ada juga sedara mara jauh yang xdijemput. Minta sorry sangat-sangat hanya ada majlis kecil sahaja untuk majlis kecil FAD ni. CIN kini bertukar kepada CIN MIT :-). Sorry sangat2 tiada gambar kami, malah CIN MIT cuma hadir di akhir majlis selepas FAD call suruh datang untuk basuh periuk! ehe :-) Tidak apa yang dapat FAD berikan kepada tunang FAD, hanyalah terima kasih tidak terhingga kerana sudi mengambil diri ini sebagai bakal isteri dan umi kepada anak-anaknya kelak. Terima Kasih Sholeh! Terima kasih banyak-banyak. Hati ini bukan milik ku lagi. Awak ingat tak 1 perkara, semasa diri ini tidak kuat untuk meneruskan kehidupan dan hubungan ini, awak sering berpesan, menangislah kepada ALLAH swt. Disaat hati ini digores, awak berpesan lagi, berdampinglah dengan Pencipta mu. Alhamdulilah, terima kasih ya ALLAH, senyum itu bersemi kembali. Alhamdulilah. Terima kasih Sholeh, kerana mengajar FAD sesuatu bahawa terluka itu indah! (-_-).

Lagu Yuna ni untuk awak, Sholeh:
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untuk untukmu
jika engkau minta satu dunia akan aku coba
ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

hati ini bukan milik ku lagi
seribu tahun pun akan ku nanti
kan.....kamu...

sayangku
jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu

:-)



Jodoh, Amanah dan Hati, ajarkanlah erti Cinta sebenar! Sukar untuk menyatukan 2 hati tapi berdoalah kepada ALLAH swt, insya-ALLAH kita akan dapat jodoh yang tidak terduga dunia akhirat. 

*** mak fad sangat cute time my e_day :-)
*** ayah orang yang paling cool pada my e_day sebab sudah ada pengalaman kakak dan abang ;-)
*** terima kasih kepada semua :-)