Sunday, August 28, 2022

Sambung Belajar 2022: Master or Special Skill???

 Assaalammualaikum gais. 

Alhamdulillah 26/8/2022 aku dah start sambung belajar. Short course punya term. Class online every weekend, 8am - 10pm.

Fuhhh piwaiii wei. Isnin - Jumaat kerja. sambung class weekend, takde rehat. Sampai anak3 pun asyik lah duk tanya, "umi dah habis class ke? Class umi pukul berapa harini? Harini tak g mana2 ke mi"

Sabarlah anak2, umi cari ilmu demi mu nih. TQSM Sholeh, tolong jadi Mr Mama. Time aku ada presentation, dia yang bawa anak2 keluar sekejap sementara aku nak present sebab bising (biasalah rumah macam taska). Entertain anak2 sementara aku kena hadap laptop.

Allahu......semoga usaha ini berbaloi ya Allah.

Plan asalnya aku nak sambung master (Master in Early Childhood of Education) kat UNITAR, tapi sebab aku lari bidang, banyak prosedur kena lalui, document semua dah hantar dan aku sebenarnya masih menunggu biasiswa dari TM.

Tapi Rezeki Allah datang pelbagai cara, sementara aku duk tunggu result nak sambung master ni, tetiba aku ternampak course yang sama kat IPTSKILLS (korang boleh search kat sini Institute of Professional Techniques I IPTSkills ) yang offer fast track punya course, 7 minggu tak termasuk minggu exam n amali. Cost dia dalam RM1000 + - . Tapi ni just sijil je lah. Memandang ni batch terakhir yang buat 7 minggu je, lepas ni mungkin akan ambil masa lama,  aku terus sambarrrrr.

So, bincang2 dengan Sholeh, since bulan 8/9/10 2022 nih anak2 takde exam, so kami proceed sementara aku tengah semangat berkobar2. Heeee. Tak kisah walaupun sijil sebab ni benda baru aku belajar, aku memang willing nak belajar dari bawah.

Inshallah nanti aku akan update lagi dari masa ke semasa okay,

Ya Allah, redha kan hambamu ini, bantu hambamu ini, dan permudahkan urusan hambamu ini sampai akhirnya Ya Allah.

First class minggu ni, sambil kelek Aafiyah. Hihik. A women has to do what she has to do.

Balik kerja terus sambung jaga anak3. Tq sayang 


 

Nanti kita sambung lagi okay? Assalammualaikum.

Monday, August 22, 2022

RAYA KAMI 2014 - 2022

 Assalammualaikum gais. Okay kali ni aku nak cerita pasal raya. Ala sorry lah aku ni lambett sikit hahaha almaklumlah nak menulis ni kena cari mood. 

Since PKP1.0 3/2020 -  aku rasa macam dah tak raya dah. Masa tu pulak tak tahu pun akan ada virus2 ngeri dan seram macam ni, yang penting time covid tu aku tengah pregnant anak ke-4 (anak ke-3 hidup). 

Semua ni takdir Allah dan kehendakNya. Memang tak pernah terfikir kan kita?

Allahu, masa tu aku dah masuk third trimester, 7m++. Memang tahun 2020 kami plan nak tambah lagi sorang ahli keluarga. Pesediakan fizikal dan mental tu dah ada, cumanya, kami tak pernah sangka akan pantang sendiri untuk anak kali ni, sebab PKP 1.0 haritu memang kawalan ketat dan habis-habisan, even kami nak pergi checkup pun, jalan raya penuh dengan polis2 jaga, yela takut ada yang duk merayau2 masa kes covid tengah menular.

Lilltahitaala je masa bawa anak2 sama untuk ke hospital. Nanti kita sambung borak pasal cerita ni eh? Sebab aku nak simpan cerita ni untuk birthday Aafiyah yang ke-3 nanti :)


Ajom layan gambo raya kami...ehek 










Mana gambo 2022??? hahaha tapi saiyangggggg tak de wei :( adeh.....tak sempat nak bergambo sebab raya 2022 ialah raya panic dan terkejut terkujat semua. Sebab apa dalam kalendar hari lain, tengok bulan hari lain. Makanya raya jela apa adanya....hihik. 

Inshallah kalau ada kesempatan kami akan cuba untuk ambil gambar keluarga tahun ni. Baju raya pun tak sempat pakai lagi nih. 

Okay gais, sampai sini dulu yea. Nanti kita jumpa lagi. Assalammualaikum