Sunday, August 28, 2022

Sambung Belajar 2022: Master or Special Skill???

 Assaalammualaikum gais. 

Alhamdulillah 26/8/2022 aku dah start sambung belajar. Short course punya term. Class online every weekend, 8am - 10pm.

Fuhhh piwaiii wei. Isnin - Jumaat kerja. sambung class weekend, takde rehat. Sampai anak3 pun asyik lah duk tanya, "umi dah habis class ke? Class umi pukul berapa harini? Harini tak g mana2 ke mi"

Sabarlah anak2, umi cari ilmu demi mu nih. TQSM Sholeh, tolong jadi Mr Mama. Time aku ada presentation, dia yang bawa anak2 keluar sekejap sementara aku nak present sebab bising (biasalah rumah macam taska). Entertain anak2 sementara aku kena hadap laptop.

Allahu......semoga usaha ini berbaloi ya Allah.

Plan asalnya aku nak sambung master (Master in Early Childhood of Education) kat UNITAR, tapi sebab aku lari bidang, banyak prosedur kena lalui, document semua dah hantar dan aku sebenarnya masih menunggu biasiswa dari TM.

Tapi Rezeki Allah datang pelbagai cara, sementara aku duk tunggu result nak sambung master ni, tetiba aku ternampak course yang sama kat IPTSKILLS (korang boleh search kat sini Institute of Professional Techniques I IPTSkills ) yang offer fast track punya course, 7 minggu tak termasuk minggu exam n amali. Cost dia dalam RM1000 + - . Tapi ni just sijil je lah. Memandang ni batch terakhir yang buat 7 minggu je, lepas ni mungkin akan ambil masa lama,  aku terus sambarrrrr.

So, bincang2 dengan Sholeh, since bulan 8/9/10 2022 nih anak2 takde exam, so kami proceed sementara aku tengah semangat berkobar2. Heeee. Tak kisah walaupun sijil sebab ni benda baru aku belajar, aku memang willing nak belajar dari bawah.

Inshallah nanti aku akan update lagi dari masa ke semasa okay,

Ya Allah, redha kan hambamu ini, bantu hambamu ini, dan permudahkan urusan hambamu ini sampai akhirnya Ya Allah.

First class minggu ni, sambil kelek Aafiyah. Hihik. A women has to do what she has to do.

Balik kerja terus sambung jaga anak3. Tq sayang 


 

Nanti kita sambung lagi okay? Assalammualaikum.