Assalamualaikum,
Alhamdulilah, pejam celik, pejam celik sekejap je rasa 3 tahun kerja. 1/10/2014 - 3 tahun dan FAD masih berkerja di TM. Syukur, alhamdulilah. Tarikh yang sama, 3 tahun lepas, FAD masih confius, betul ke FAD dah kerja ni??!!! Dengan baru habis belajar, seingat FAD baru 4 bulan tamat pengajian di UiTM, terus dapat kerja. Memang belum puas FAD nak topap tidur, nak topap rehat, nak topap lepak,nak topap makan, nak topap jalan-jalan, nak buat semua benda yang FAD tak dapat buat masa belajar dulu. Tapi dah 3 tahun ni, rasa bersyukur sangat sebab ada kawan-kawan yang lain perlukan bertahun-tahun untuk dapatkan kerja.
Alhamdulilah, syukur pada Allah. Dunia perkerjaan ni tak sama dengan dunia belajar. Penat kita, hujung bulan dapat duit. Tapi masa study, penat kita, hujung sem dapat exam :D
Ada kawan-kawan mengeluh, "rindunya zaman belajar", "rasa nak sambung study pula", "stressnya kerja!", "susahnya nak puaskan hati semua orang time kerja ni".
Bagi FAD, itu semua normal. Perasaan normal kalau kita tengah banyak kerja. Kerja ni tak pernah habis. Sepanjang FAD di TM unit ITNT, banyak benda baru yang FAD pelajari. Ada ketika, perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain. Ada ketika, orang tak hargai pun pengorbanan kita. Ada ketika, kita penyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain. Ada ketika orang nampak salah kita, tapi tak nampak puncanya dari mereka. Ada ketika, kita rasa letih untuk merasa semua ni, tapi suatu ketika nanti, pasti semuanya ada jawapannya selagi kita memilih untuk BERSABAR.
Yup, bersabar. Orang cakap, kerja sebagai ibadah dan kerja kena ikhlas. TAPI bila sampai 1 tahap, bila kerja datang bertimbun-timbun, error datang dan terus datang, orang duk push buat kerja, boleh datang tak ikhlas untuk kerja. Dan yang paling worst, sampai tanggungjawab seorang isteri dan anak terabai. Aahhhh.......
Subhannallah..mengeluh yea FAD? :)
Betul orang kata, kalau kita buat kerja yang kita suka, senang je nak datang ikhlas tu. Tapi bila kita buat kerja yang kita tak suka, susah nak datang ikhlasnya.
Cuma apa yang FAD amalkan, kurangkan mengeluh dan banyakan bersabar. Kalau kita mengeluh je, takde apa yang berubah pun. Bukan tak boleh mengeluh, boleh tapi ada had dan caranya. Macam FAD, FAD selalu mengadu dekat Sholeh. Mengomel itu ini pasal kerja. Walaupun Sholeh tak faham tapi dia boleh pinjamkan telinga dia untuk FAD. Begitu juga dengan Sholeh. Sebenarnya bukan FAD sorang je stress kat tempat kerja, semua orang pastinya. Jadi, lalui macam biasa. Kan dah cakap tadi, pasti semuanya ada jawapannya selagi kita memilih untuk BERSABAR. :)
Tahniah FAD kerana masih bertahan di TM!
2 comments:
ade keje kosong tak kat tm?hehe
ita :)
lama nau fad xupdate blog...
busy la tu...ada org suka kacau dkt email pasal HUDSON...kan?
hahahahaha
Post a Comment