Tuesday, March 3, 2015

Hadiah Buat 'Affan

Assalamualaikum.

Khas buat Ajda dan your precious 'Affan.


Tahniah 'Affan, da setahun usiamu sayang. Ummi FAD so very happy :)

Ajda,
Setiap kali teringatkan arwah Sufi, Fad pasti akan teringatkan 'Affan juga. Terasa sangat dekat sebab mereka lahir hanya selang sehari.
Ingat tak?
 'Affan teman sama-sama Sufi dalam perut, makan cempedak goreng sama-sama, teman kita ke office sama-sama dan mereka jugalah teman kita sakit sama-sama. :)

Terima kasih kerana membenarkan FAD melihat 'Affan kamu dari jauh. Walaupun belum pernah memdukungnya, tapi FAD dapat rasa yang 'Affan sedang membesar dengan baik sekarang.


Ajda tahu tak? Mulut 'Affan sama macam mulut Sufi masa lahir dulu. Mulut yang sangat muncung dan halus. Malam-malam, kalau FAD teringatkan Sufi, FAD akan suruh Sholeh buat mulut Sufi masa lahir. Dan mulut inilah yang Sholeh akan buat. Kami akan sama-sama ketawa kecil sambil teringatkan Sufi yang comel tu. :)



Sorry Ajda, very hard to see each other due to our busy schedule. But 'Affan's picture will my moment.

I just hope you will have many more kids and happy ahead with your loving husband.

Semoga 'Affan menjadi anak yang sholeh dunia akhirat, membawa ibu bapanya ke syurga, abang yang bertanggungjawab dan menjadi insan yang sentiasa menjaga kesucianya. :)

Somoga Allah swt sentiasa kuatkan Ajda melalui kehidupan sebagai seorang anak, isteri dan ummi. Walaupun dah nak patah tulang 4 keratmu, jangan kamu merungut tentang anak dan suamimu. Sebab tak semua dapat apa yang Ajda dapat :) Ingat kan, Allah tak kan bagi pahala jihad kalau pergorbanan itu kecil.

Terima kasih kerana bertanya khabar FAD, terima kasih atas perhatian itu. Alhamdulilah, kami sentiasa merindu Sufi dan 'Affan selalu menjadi sebahagian dari FAD.


Love and Hug,
Ummi Fad & Abi Sholeh.



2 comments:

Sue Sopian said...

sedih pulak membaca coretan ini.. teringat anak yg jauh di mata.. huhu

Anonymous said...

i did not know but i believe you're the amazing daughter,wife,ummi and friend to me and others.

~with love from JB =D