Thursday, April 19, 2012

Just Turned 24

Salam :) happy brithday FAD!  last 12 April, I just turned 24, sweet number kan? 12.4.1988 dan 24 :) Semperna 24 tahun ni, sudah pasti FAD mahukan yang terbaik dalam kehidupan. Terima Kasih Ya ALLAH, kerana masih memberi nafas kepada hambaMU yang naif dan hina ini untuk terus melayari dan menikmati sedikit kehidupanMU ini. Doaku hanya 1, dari dulu sampai sekarang, KAU makbulkanlah doa-doa kecil dan besar ku sikit demi sikit, ku tidak berharap ianya berlaku serta merta, cukup KAU beri susunan yang indah padaku.

Alhamdulilah, tahun pertama meraikan hari lahir bersama tunang selepas 7 tahun berkenalan. Hadiah CIN MIT ialah:

CIN MIT  : Tahun ni, saya nak bagi hadiah paling berharga dalam hidup awak.

FAD        :  Apa dia?

CIN MIT   : Seorang tunang :)

FAD        : (^_^)  

Terharu, gembira, bahagia yang tak terkata :-) TQVM awak, awak buatkan hari-hari saya bahagia seperti selalu. Hadiah itu memang paling berharga.

Di samping itu, ucapan dari insan yang paling fad sayang iaitu MAK dan AYAH turut membuatkan FAD rasa tak mahu berakhirnya 12 April 2012 itu, walaupun hanya 1 mesej, ia membuatkan hari FAD rasa begitu ceria. Ini mesej dari mak n ayah:

"Happy birthday kokde..sekiranya mak dan ayah ade wt silap, kami mtk maaf.. :-) syg kokde.."

Terharu, gembira, bahagia yang tak terkata buat kali kedua pada hari itu :) 

Masa kecil dulu, dalam kehidupan FAD, FAD hanya tahu meminta kek semperna hari jadi, kalau tak bagi, FAD akan merajuk, tapi bila mula duduk berjauhan dengan family (masuk U bermula tahun 2006) ucapan melalui call @ sms sudah cukup membuatkan hati FAD tersentuh. Tiada lagi permintaan kek, cuma sekadar mengingati hari itu sudah memadai bagi FAD. Alhamdulilah, tahun ni masih sama seperti tahun-tahun yang lepas. FAD terasa 1 benda, semakin kita membesar semakin mak dan ayah terlalu sayangkan kita. Itu yang FAD perasan sekarang. Buat mak dan ayah, kasih sayang kokde tiada penghujungnya. Kokde terlalu menyanyangi ALLAH, mak dan ayah melebihi kamu dan kamu :) Setiap bisikan doa FAD, FAD xpernah lupa untuk menyebut nama mak dan ayah.

Lain pula ceritanya di office. Ini kali pertama FAD menyambutnya di tempat kerja selepas 7 bulan bekerja. Amat berbeza sekali. Tidak pernah terfikir langung bila  da kerja ni ada orang akan buat suprise kat kita :)
Dan ini yang berlaku.







Apa yang FAD boleh cakap, memiliki kawan membuatkan hidup lebih HIDUP! :)
TQVM kerana membuatkah hidup FAD lebih hidup semua!

Seketika fad termenung sendiri, apabila kita tidak berharapkan apa-apa, tetapi sesuatu yang indah datang kepada kita. Itu namanya ALLAH sangat menyanyagi kita. Dulu FAD pernah mengeluh, kenapa apabila FAD berbuat baik kepada orang, seakan-akan orang tidak pernah hargainya, bukan meminta balasan, cukup sekadar mengingati dan ucapan terima kasih. Rupanya kini baru FAD sedar kalau orang tu tidak menghargai, orang lain pula yang akan menghargai kita. Sekarang FAD sudah rasakan. Terima Kasih Ya ALLAH kerana memberi FAD nikmat ini. Terasa bertuah menjadi NORFADZILAH BTE OTHMAN!


Sunday, March 25, 2012

Memiliki Sahabat Membuatkan Hidup Lebih Hidup

Salam, 25/3 genap 2 minggu FAD menjadi tunangan orang. Luar biasa rasanya :) 25/3 juga genap 24 tahun umur MIT (my incik tunang). Ucapan FAD untuk SHOLEH: (menulis sambil dengar lagu Yuna - terukir di bintang) :-)

  • Selamat Hari Lahir yang ke-24 Sholeh.
  • FAD berharap yang FAD akan ucap ucapan ini untuk setiap tahun mendatang, sebab tu FAD selalu mendoakan supaya MIT panjang umur, murah rezeki, sihat luaran dan dalaman, dipermudahkan segala urusan selalu, kuatkan iman dan taqwa, sentiasa berada di bawah lembayung-NYA, tidak jemu dan  terus untuk menyanyangi FAD sehingga ke syurga and the last but not least your brithday will be perfect for you dear!
  • Terima kasih kerana memberi 1 perasaan yang sukar FAD ungkapkan dengan kata-kata. Perasaan yang unik dan istimewa. Bahagia yang FAD rasakan kini berlainan dengan rasa bahagia dulu. Hati ini sentiasa berbunga-bunga :-)
  • Tapi 1 perkara yang awak perlu tahu juga, walau apa pun berlaku, FAD tetap sanyangkan ALLAH swt, ibu dan ayah melebihi kamu dan kamu :-)
  • Sentiasa doakan kita yea? Kita sudah 1 step sebelum ke arah itu.
  • FAD tidak perlu ucapkan kata cinta buat awak di sini, sebab awak lebih tahu apa yang FAD ingin ucap dan tuliskan. Hayatilah dengan hati. 

Walaupun 2 minggu sudah berlalu, ucapan dari sahabat semperna pertunangan FAD, masih FAD terima.  Memiliki sahabat membuat hidup lebih hidup! antara ucapan yang FAD terima ialah:

"Salam, tahniah..dah jd tunangan org..cpt2 ke jinjang pelamin..semoga brkekalaan hingga alam syurga, sory lmbt wish,," -Asilah Baharudin-

"Salam fad, selamat bertunang, tahniah =)" - Farhana Akhbar Ali -

"Fad, slmt btunang. moga cpt kejinjang pelamin n bahagia sentiasa. sori xdpt dtg" -Azliza Mokthar-

"Assalamualaikum fad..!! slamat mnjadi tunangan org..hihi..ari ni ari pertama kn status fad sbg engaged..=) " 
- Fizah Jailani -

"Fad, thniah dah jadi tunangan org..maaf xdtg..sok ada 2 kuiz" - Saiyidah Othman-

"Salam fad, tahniah majlis pertunangan hari nie. Maaf sangat2x x dpat datang. Insyallah majlis bersanding nt kte datang..m0ga fad n tunang bahagia hingga ke akhir hayat..Amin.." - Aisa Zaidun-

"Assalam Fad, sorry sdpt gi majlis tunang fad. nk ucap Tahniah!smoga kekal bhagia bsm tunang hingga ke jinjang plamin n ke pkhwinan yg sah lg diberkati . InsyaAllah" -Adlya -

"selamay brtunang sahabatku yg trsyg. Mohon maaf ketidakhadiran faiza di majlis prtunangan fad, hehe smga menkadi tunang sholehyg solehah..tahniah :-)" - Faiza Ahmadon -

"Salam, fad slmt brtunang esok.Maaf sb xdpt dtg.Sy ada knduri kwin kt sni.Insyaallah fad kawin nnt sy dth k huhu ;( "  - Atiqah Sabri -

dan ada beberapa lagi yang FAD sudah terdelete dan ada yang FAD xtahu siapa empunya mesej. Ini pula ucapan dari laman web sosial yang sempat fad print screen.




Yang paling terharu bila lecture kesayangan masa FAD masa diploma juga ada meninggalkan sedikit coretan di sini, malah semasa degree kami belajar di U yang sama dan kami sempat berjumpa semasa di sana, thanks puan Sharifah Aliman! 


1 lagi post yang buat FAD teharu, dari kawan baik FAD ni, u so lovely to me dear :) Doakan FAD supaya tidak cepat lupa kerana FAD sayangkan kenangan kita bersama FARAH! FAD doakan semoga ALLAH sentiasa mendengar doa Farah. Farah teruskan sabar dan sabar dan sabar yea sayang? 








Wednesday, March 14, 2012

Jodoh dan Amanah

Salam semua, alhamdulilah selesai sudah mjlis pertunangan FAD pada 11/3/2012. TQVM kepada semua, terutama MAK, AYAH, ADIK BERADIK tersayang, CIN, serta kawan2 terbaik FAD yang sama-sama menjayakan majlis. Walaupun majlisnya kecil dan simple, FAD terharu sangat2!
Tepat pukul 3.15pm pada hari Ahad 11/3/2012, jari manis FAD telah disarungkan cincin indah oleh wakil dari pihak lelaki. Sambil di iringi oleh 8 dayang pembawa dulang hantaran, majlis tersusun manis dengan cuaca yang mendung. TQVM kepada, POPO, FAEZAH, EKIN, SUHANA, AMELIA, AINI, YANA, ERMA. HUDA juga, yang tolong ambil gambar FAD!. Alhamdulilah semua berjalan lancar dan selamat.


Lebih dari 30 orang datang mengiringi pihak lelaki untuk majlis bertandang. 9 dulang + 1 bentuk cincin dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan sebagai tanda hadiah.

dari FAD:
1. Buku Aku Terima Nikahnya

2. 2 balang coklat dan gula-gula

3. Sejadah dan Tasbih

4. Tuala

5. Kemaje dan Seluar Jeans

6. 4 helai Kain Pelekat dan 3 Kain Ela untuk keluarga

7. Buah-buahan

8. Coklat Huruf (sponser by my bff)

9. Kek

That my mini pelamin. Haji Zulkifli sangat baik, bagi pelamin yang macam orang nak kahwin da, nak keluar untuk sarungkan cincin pun segan :-) thanks a lots! Suka sangat :-)


Ini gift untuk tetamu. Hajat FAD tercapai untuk hadiahkan surah Yasin. Walaupun berbelanja lebih, tapi berbaloi sebab hajat dihati tercapai. Mudah-mudahan dengan adanya Yasin ni, mereka mendoakan kami selalu dan memberi pahala kecil kepada kami, Amin robbalalamin. (-_-)

Ini hadiah dari pihak lelaki. From now on, sejadah, telekung dan tuala lama FAD simpan elok2 dan tukar ganti dengan telekung, sejadah dan tuala baru dari pemberian CIN. Mak cakap," pemberian tunang kene pakai, kita berdoa di atas sejadah sambil pakai telekung yang diberi, mudah-mudahan kasih sayang tu berkekalan hingga ke syurga, tapi berdoa kat mana-mana pun sama je, yang penting niat kita,cuma kalau pakai pemberian tunang tak salahkan? :-) ". Thanks my sayang  MAK!


*** CERITA FAD:
Menjadi tunangan kepada Hj Mohd Sholeh Bin Hj Mohd Jalil adalah satu jodoh dan amanah yang indah. Betul orang cakap, yang tertutup itu indah :-) Agak sukar merahsiakan perhubungan selama 7 tahun kepada orang awam tapi hanya diketahui oleh keluarga sahaja. Bukan FAD malu untuk declare yang Fad sudah berpunya, tetapi dari dulu FAD lebih suka sebegitu. Alhamdulilah, sekarang, FAD senang memperkenalkan CIN MIT (cinta my incik tunang) kepada orang ramai kerana kami ada ikatan yang bakal menjadi sah tidak lama lagi. Majlis pertunangan ini pun FAD cuma jemput kawan-kawan rapat, ada juga sedara mara jauh yang xdijemput. Minta sorry sangat-sangat hanya ada majlis kecil sahaja untuk majlis kecil FAD ni. CIN kini bertukar kepada CIN MIT :-). Sorry sangat2 tiada gambar kami, malah CIN MIT cuma hadir di akhir majlis selepas FAD call suruh datang untuk basuh periuk! ehe :-) Tidak apa yang dapat FAD berikan kepada tunang FAD, hanyalah terima kasih tidak terhingga kerana sudi mengambil diri ini sebagai bakal isteri dan umi kepada anak-anaknya kelak. Terima Kasih Sholeh! Terima kasih banyak-banyak. Hati ini bukan milik ku lagi. Awak ingat tak 1 perkara, semasa diri ini tidak kuat untuk meneruskan kehidupan dan hubungan ini, awak sering berpesan, menangislah kepada ALLAH swt. Disaat hati ini digores, awak berpesan lagi, berdampinglah dengan Pencipta mu. Alhamdulilah, terima kasih ya ALLAH, senyum itu bersemi kembali. Alhamdulilah. Terima kasih Sholeh, kerana mengajar FAD sesuatu bahawa terluka itu indah! (-_-).

Lagu Yuna ni untuk awak, Sholeh:
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untuk untukmu
jika engkau minta satu dunia akan aku coba
ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

hati ini bukan milik ku lagi
seribu tahun pun akan ku nanti
kan.....kamu...

sayangku
jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu

:-)



Jodoh, Amanah dan Hati, ajarkanlah erti Cinta sebenar! Sukar untuk menyatukan 2 hati tapi berdoalah kepada ALLAH swt, insya-ALLAH kita akan dapat jodoh yang tidak terduga dunia akhirat. 

*** mak fad sangat cute time my e_day :-)
*** ayah orang yang paling cool pada my e_day sebab sudah ada pengalaman kakak dan abang ;-)
*** terima kasih kepada semua :-)

Monday, March 5, 2012

7 hari sebelum 11/3/12

Salam semua, semingu lagi untuk ke tarikh 11/3/12. Wah! Hati ini sudah mula nervous. Apa yang pasti, persiapan belum siap lagi :) Ini check list yang FAD sudah/belum lakukan menjelang hari pertunangan FAD ahad ni.

Done: :)

  • tempah kanopi
  • tempah pelamin
  • tempah kek
  • tempah gifts for tetamu VVVIP 
  • tempah camera women
  • beli langsir
  • beli baju/tudung/veil untuk persalinan pertunangan
  • beli barang-barang hantaran untuk pihak lelaki
  • buat tapak hantaran (own hand make)
  • jahit sarung bantal n cadar (own hand make)
  • jemput kawan2
this officially my e_day card
Not Done: :(
  • tempah makanan
  • kemas rumah dan bilik
  • buat hantaran
  • do last check up for everything
Untuk yang "Not Done" 2, helping by my emak dan my adik-beradik :) Thank a lot to them!

Masuk fasa kedua dalam hidup FAD, setelah sesi perkenalan selama 7 tahun. Fasa yang lebih serius sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Seperti orang lain yang bakal melalui hari istimewa mereka, persiapan FAD tidaklah terlalu "excited", just simple and nice. Jauh di sudut hati ini memang menginginkan majlis yang ringkas tapi bermakna. Bermakna jika semua tetamu berpuas hati, tetamu pulang dengan senyuman di bibir, kawan-kawan hadir memberi sokongan, dan keluarga kedua-dua belah pihak merestui perhubungan ini kerana fad yakin ini adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt :)

Terasa sayu sangat time menulis entry ini sebab alam ke"single"lan bakal berakhir. Hati ini telah dicuri! Selamat datang ke alam yang lebih serius FAD! walaupun status akan berubah sedikit, tapi FAD tetap FAD yang sama! suka gelak, suka buat lawak, suka nagis, suka bercerita, suka jalan, suka tidur, suka tidur dan suka makan :-)

Doakan fad yea? doakan majlis fad berjalan lancar dan selamat dan yang paling penting doakan jodoh kami kekal sampai ke syurga, amin (-_-)

***sayang FAD kepada semua xpernah putus!

Thursday, December 29, 2011

TM Annexe 2, Tingkat 21, Meja No 2

Salam semua. Angka 2 sudah mula sinomin dengan FAD. TM Annexe 2, Tingkat 21, Meja No 2 adalah tempat kerja dan tempat duduk FAD yang baru.
Logo company FAD
Menara TM (HQ)
That the full view of my office 

FAD masih merindui tempat lama FAD walaupun tidak strartegik mana. Tapi tempat baru ni tidaklah tidak 'best' tapi agak janggal duduk di sini sebab di kelilingi oleh lelaki-lelaki. Bilangan lelakinya lebih ramai dari perempuan. Walaubagaimana pun, alhamdulilah, setakat ni, FAD rasa seronok dengan kerja FAD :-) I become more better day after day.  Memang betul lah alam perkerjaan ni memang tak sama dengan alam persekolahan. Apatah lagi bergelar junior di Team Technical Architecture bahagian Non Weblogic TM memang betul-betul seronok dan menggeletar jari jemari ni taip command's'. Apa yang FAD boleh katakan, bidang kerja FAD ni  more to programming. I'm a programmer? Oh, no ! Tapi itulah hakikatnya. Bila berkerja dengan kaum Adam ni, tidaklah seteruk mana pun, cuma kadang-kadang pemikiran mereka agak melencong sedikit, tapi masih lagi tahu batas-batas pergaulan.
Apa yang boleh FAD katakan mereka ni macam seorang ayah/abang yang sedang mengajar adik/anaknya merangkak, bertatih dan berjalan kepada FAD. Meraka hebat dalam bidang masing-masing. Memang terasa kecil di sini walaupun FAD besar,,woha :-) Tidak kurang hebatnya dengan kaum Hawa disini. Mereka juga setanding kaum Adam. Memang best bersama-sama mereka sabagai 1 team!.
Berbalik cerita tentang tempat duduk baru FAD, sebaris tempat duduk FAD, kebanyakannya ialah vendor (company yang join buat project bersama TM). Boleh kira berapa anggota TM disini, I means sebaris dengan FAD sahaja cuma ada, kami bertiga dan FAD satu-satunya bunga di kalangan mereka. Sebelah kiri FAD ialah Daniel dan sebelah kanan FAD ialah Paul. Paul lebih banyak mengajar FAD sebab kami berada di posisi yang sama. Paul yang berasal dari Filipina memang totally kene speak in English dengan dia :-) But very sad Paul already finish his contract and his came back to his lovely hometown. Daniel pula Chinesess man from Malaysia :-) Not much too say about the vendor because, they work in their circle. They look so nice actually.
So, until now, work in TM in Annexe 2 not worst at all in fact it is the best ever, hopefully, its remains until ends. Tqvm ALLAH swt for this ;-)