Thursday, March 24, 2011

you are STRAW to my BERRY

Salam,,,kita......sepanjang hampir 5 tahun,
khas buat kamu kamu kamu dan kamu.............

farah,
terima kasih kerana selalu ada didekatku,
saat aku tertawa,
saat aku menangis,
saat aku marah,
saat aku bahagia,
saat aku duduk diam dan terpaku,
saat aku berlari dan terjatuh,
dan pada setiap saat yang aku punya,
terima kasih kerana kau selalu mengerti semua hal tentangku.

nini,
senyumlah nini,
jangan pernah berhenti,
dan jangan pernah berhenti mejadi sebahagian daripada hidupku,
aku bersyukur dengan kehadiranmu,
menikmati hari-hari indah,
melewati jalan berbatu,
tertawa dan ternangis,
aku merasa nyaman didekatmu,
terima kasih buat hati mu yang penuh kasih dan sayang,
selalu ada meski semua orang membenciku,
dan mampu memaafkan semua kesalahanku,
terima kasih nini.

popo,
kelmarin aku rebah di bahu mu,
bersama-sama hati yang gundah gulana,
terima kasih popo,
kerana memberi penghormatan itu,
kerana tidak pernah jemu dengan aku,
untuk aku menumpang kegagahan mu,
mencuri semangat di sisimu,
tadi,
aku rebah lagi di bahumu,
dengan luka lara jiwa yang semakin resah,
saat aku merungut merintih,
kau gigih buatku tersenyum,
terima kasih untuk hari-hari kita bersama.

syirah,
ada banyak hal yang datang tanpa diundang,
sekecil kamu,
telah meningatkanku kelemahanku,
telah membuatku kuat dalam hidup ini,
sentiasa iktiar dan tak pernah putus asa,
mengobarkan kembali semangatku,
aku hanya ingin kau tahu,
sahabat ini xpernah jemu denganmu,
dirimu adalah kenangan terindah,
dalam hidupku,
dan maafkan aku yang tak pernah sempurna,
untuk menjadi sahabat.


aku,
aku bukanlah insan terbaik,
sebagai sahabatmu,
aku juga,
tidak mampu menjadi yang terbaik,
aku hanya mampu menjadi aku,
aku cuba menjadi sahabat yang baik setiap waktu,
yang menyumbang bahu ketika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,

aku,
kadangkala tersalah laku,
kerana aku tidak sehebat kamu,
dan yang pasti,
aku tahu tentang itu,
maafi aku,
duhai sahabat.

terima kasih aku buat Tuhan,
kerana meminjamkan aku,
sahabat-sahabat seperti kamu,
doaku Tuhan,
janganlah KAU bebani sahabat-sahabatku ini,
dengan musibah yang KAU uji untuk ku,
dan KAU peliharalah dan lindunglah sahabatku ini Tuhan,
dengan kasih sayang dan rezeki MU,
amin.....

buat sahabatku........aku sayang kamu!
NFBO

Friday, March 18, 2011

Dihempas Ujian ALLAH swt

Resah....hati ini sangat resah...mendengar suara umi tadi terasa ingin pulang ke rumah dengan segera,,umi bercerita tentang suaminya menimpa musibah,,Masyallah,,aku tergamam,terkedu,,sepatutnya aku berada disisi umi sekarang,,tapi cepat-cepat umi berpesan,"jangan risau, umi kuat lagi",,ya ALLAH,,luluh hatiku ini,,umi berbicara,,suaminya menimpa musibah,,disaat suaminya memerlukan umi,,umi tiada,,umi sedih,,mendengar suara umi,,ku lagi bertambah sedih,,sedih ya ALLAH,,sedih yang teramat,,


adakah ini ujianMu untuk kami sekeluarga dan umi ya ALLAH??? adakah ini yang KAU ingin berikan kepada kami ya ALLAH? mampukah kami menempuh ujian MU yang hebat ini ya ALLAH? hanya 1 ku meminta padaMU,,KAU kuatkanlah imam dan semangat  keluargaku dan umi ya ALLAH,,kuatkan kami ya ALLAH,,hanya padaMU kami bermohon dan berserah (-_-)


***suami umi yang ku ceritakan di atas ialah ayah ku...
umi dan ayah,,inilah 'air mata untuk umi dan ayah'
umi, ayah,,,lihatlah air mata ku, air mata yang terlalu mencintaimu. ayah selalu cakapayah sayangkan saya dan umi tapi ayah tidak menjaga diri seelok mungkin, membuatkan ayah sakit,,kenapa yah? ku tidak mahu ayah pergi,,kesian umi ayah,,kesian kami,,jika ku menangis,siapa yang akan mengusap air mataku? ayah tidak menjawab setiap kali ku bertanya, ayah hanya tersenyum, hatiku perih ayah,,semua senyuman itu membuatku berlinangan air mata,,tidak ada seorang pun yang dapat menghentikanknya,,air mata ini untuk ayah,,ku doakan supaya cepat sembuh dan kembali ke pangkuan kami,,umi memerlukanmu ayah.  ya ALLAH,,KAU kuatkan lah iman kami ya ALLAH,,hanya pada MU kami berdao dan memohon,,,amin (-_-)


doakan keuarga kami,,semoga ALLAH memberkati kalian kembali 

Tuesday, March 15, 2011

AIR SEMBAHYANG & PENJELASANYA

SALAM,,,lama xupdate blog ni,,blog ni masih wujud lagi,=) fyp fyp fyp fyp fyp fyp fypo fyp fyp fyp fyp,,okeh! stop sekejap pasal fyp yea? =) alhamdulilah,,FAD baru saja menunaikan solat,,,Tsuhami3x,,aik nape tiba2 cakap pasal Tsunami ni,,ada kaitan dengan solat ker? adaaaaa,,,,tapi ni xde kaitan dengan Tsunami baru2 ni:

miggu lepas, FAD berkesempatan balik rumah,,alhamdulilah,,rasa terubat rindu kat MAK + AYAH  + family (lep u) =) nak dijadikan cerita,,masa nak solat zohor 2,,FAD pun amik wuduk kat bilik air,,FAD xperasan yang mak tengah sidai baju (lokasi bilik air dan tempai sidai baju di rumah kami bersebelahan-bole bayangkan x? =) ) lepas FAD amik wuduk 2,,cepat2 la FAD keluar (pernah tengok cerita NO ORDINARY FAMILY X? yang emak dia 2 boleh berjalan laju+pantas? haa lebih kurang macam 2 la FAD keluar dari bilik air,,ehe ) tanpa disedari,,mak pun cakap,,"mak oi,,cepatnye amik air sembahyang,,macam Tsunami,,laju betul",,alamak,,FAD rasa malu sangat,,huish,,,FAD jawab,"sory mak =)" 

bila fikir balik,,betul jugak teguran mak 2,,cepat2 nak solat sebab nak buat benda lain,,apela FAD ni,,macam mana nak kusyuk,,kalau buat kije bole je sampai x tido,,tapi nak jumpa ALLAH swt  10-20 minit,,xkan xbole,,,hurm,,kebetulan,,masa fad buka email,,fad dapat email ni,,jom FAD share di sini,,semoga,,ilmu ini dapat disebarkan,,amin (^_^)



AIR SEMBAHYANG & PENJELASANYA::

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya lAlah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.



2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.




3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..



8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.



Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita

sebagai umat Islam?

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil

wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat

bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.



Bersyukurlah dan bertaubat selalu.. Ikhlas kerana
Allah..