Friday, October 28, 2011

Kehidupan Selepas Konvokesyen

Salam konvo dari FAD. Musim konvokesyen datang lagi. Ada universiti yang mengadakan majlis ini 2 kali setahun dan ada yang sekali setahun. Bagi universiti yang mengadakan sekali setahun, sudah tentu semua para graduan akan meraikan kejayaan mereka dengan penuh meriah kerana penantian selama setahun untuk naik ke atas pentas sambil disaksikan oleh orang-orang tersayang adalah detik yang paling indah dalam hidup mereka. Walaubagaimana pun, jutaan TAHNIAH untuk mereka yang telah memperolehi sijil akedemik masing-masing termasuklah FAD! :-)


Ini cerita FAD semasa hari konvokesyen yang lalu.

26112011 adalah tarikh FAD menerima segulung lagi sijil yang bergelar sijil ijazah. Selama 2 tahun FAD berhempas pulas, bersengkang mata dan bersusah payah akhirnya sijil yang dinantikan telah berada di tapak tangan yang comel ini :-) Sudah pasti tetamu VVVIP FAD pada masa itu adalah EMAK & AYAH FAD yang paling FAD sayangi. Di sem akhir sebelum FAD menamatkan pengajian, FAD tak lekang berdoa, doa FAD,FAD memohon kepada ALLAH swt, "Kau permudahkanlah urusan dan perjalananku, berikanlah aku perkerjaan yang baik dan rezeki yang halal. Aku berniat sangat untuk memiliki perkerjaan sebelum aku naik ke pentas untuk mengambil ijazah ku dan aku ingin sekali untuk menanggung segala pembelanjaan sepanjang hari itu kerana sudah masanya FAD membalas jasa mereka yang tidak ternilai ini". Itulah doa FAD, tiap-tiap hari FAD menambah baris aya-ayat itu dalam bisikan doa FAD. Setiap perkataan adalah specific dan jelas maksudnya. Itulah konsep doa FAD dari dulu sampai sekarang. Kalau FAD mahukan sesuatu, FAD akan sebut perkara itu dengan specific dan jelas di dalam doa FAD. Alhamdulilah, cara itu berkesan terhadap FAD. 

Alhamdulilah sekali lagi, ALLAH swt maha adil, pemurah lagi maha pengasih. ALLAH swt telah memberi FAD susunan hidup yang indah. Hasrat FAD tercapai. Membawa keluarga tercinta sekali lagi untuk berkongsi saat indah itu adalah harapan FAD. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. Jambangan bunga dari mak dan ayah diberi khas untuk anaknya yang sorang ini. Wah, sukanya FAD ditambah lagi jambangan bunga itu berwarna KUNING, warna favorite FAD! Terima kasih mak dan ayah :-) Tapi nilai konvo bukannya terletak pada berapa banyak jambangan bunga yang kita dapat, tapi teletak pada diri masing-masing untuk menilainya.
Sebenarnya untuk konvo degree ni, FAD tidaklah excited seperti konvo diploma. Persiapan untuk diri FAD hanyalah 50%. Baju konvo FAD pun FAD guna baju kurung raya 2 tahun lepas. Cuma baju mak FAD beli baru :-) Tapi yang paling FAD excitedkan ialah meraikan kerja pertama dan gaji pertama FAD bersama-sama keluarga tercinta! :-) Alhamdulilah, doa FAD termakbul untuk dapatkan kerja sebelum konvo dan yang paling bahagia ialah FAD dapat gaji pertama seminggu sebelum konvo, weee :-) Jadi, dapatlah FAD menanggung semua kos pembelanjaan dan perjalanan sepanjang hari ahad itu seperti dalam doa FAD sebelum ini. Dasyat bukan kuasa doa kita ni? 

Mak dan ayah adalah sumber terbaik inspirasi FAD. Mak dan ayah bukanlah insan bijak pandai lulusan universiti. Pelajaran meraka cukup sekadar  SPM sahaja. Tapi cara mereka mendidik kami adik beradik sehingga berjaya sampai ke tahap ini amat FAD kagumi.Semasa FAD berada di dalam Dewan Agong Tunku Conselor, tiba-tiba hati FAD sebak. Melihat tangan mulus mak dan ayah melambai-lambai ke arah FAD jelas sekali meraka ingin menyampaikan bahawa meraka duduk sebaris dengan para graduan dan berdekatan dengan FAD. Oh, mak ayahku! FAD sebak setiap kali teringat saat-saat ni. Dan ketika ini, tiba-tiba FAD berpaling dari laptop ini. FAD berpaling sebab FAD menangis. :-( Masa diploma dulu, emak dan ayah duduk di dewan berlainan dan aura ini mungkin tak sama bila duduk satu dewan dengan anak sendiri. Apabila nama FAD di panggil untuk melangkah ke atas pentas, senyuman yang paling gembira FAD lemparkan. Sebenarnya senyuman ini adalah untuk emak dan ayah FAD yang melihat FAD di skrin besar. Turun sahaja dari pentas, FAD terus melulu datang ke emak dan ayah, salam dan cium pipi emak dan ayah walaupun sepatutnya tidak boleh begitu. Arrrgghh, peduli apa FAD! yang penting FAD nak cium mereka juga :-)
Alhamdulilah, kawan-kawan FAD pun telah berjaya. Ada diantara kami yang telah berkerja dan ada yang masih mencari kerja. Teruskan dan jangan putus asa wahai sahabatku! Rezeki ALLAH swt ada dimana-mana. Kalau anda tidak dapat apa yang anda inginkan, bersabarlah kerana ALLAH swt sedang menyusun sesuatu yang lebih baik untuk anda. Sekiranya anda dapat apa yang anda inginkan, maka bersyukurlah. Tanpa kawan juga FAD mungkin tidak akan berjaya. Memang betul, FAD perlukan kawan!. Mereka banyak menolong FAD.
Alhamdulilah, semuanya telah berakhir indah tapi ini bukan kali terakhir FAD akan berada di UITM Di Hatiku. FAD plan untuk sambung master itupun selepas bergelar isteri orang atau bergelar umi (amin). Teringin sangat belajar apabila suami berada disisi :-) Perjalanan FAD tidak tamat disini, membalas jasa emak dan ayah adalah next target! Sekarang apabila kerja jauh dari mak (Kuala Lumpur ke Muar) memang perasaan rindu tu selalu timbul. Even da balik pun still rindu lagi. Kuat betul mak dengan FAD. :-) 

Alhamdulilah. FAD rasa puas dan happy bila hajat jadi kenyataan. Sekarang FAD focus untuk kerjaya FAD pula. InsyALLAH sekarang FAD tengah kumpul duit unutk beli rumah dan kereta. Nak bawa mak ayah round-round dengan kereta baru, kalau da penat round-round, boleh singgah rumah baru FAD untuk berehat. Tak salah kalau berangan dulu kan? :-)

Nota FAD 1: Masa tulis entry ni FAD masih kat office. Kak Mazz yang duduk sebelah ni, asyik jenguk-jenguk2 je, mesti dia pelik, apalah yang FAD menaip 2, kuat lak 2 bunyi taipan FAD :-)

Nota FAD 2: Nasib baik Kak Mazz yang tadi 2 tak persaan FAD menangis.

Nota FAD 3: Terlalu rindu kat EMAK!