Tuesday, March 15, 2011

AIR SEMBAHYANG & PENJELASANYA

SALAM,,,lama xupdate blog ni,,blog ni masih wujud lagi,=) fyp fyp fyp fyp fyp fyp fypo fyp fyp fyp fyp,,okeh! stop sekejap pasal fyp yea? =) alhamdulilah,,FAD baru saja menunaikan solat,,,Tsuhami3x,,aik nape tiba2 cakap pasal Tsunami ni,,ada kaitan dengan solat ker? adaaaaa,,,,tapi ni xde kaitan dengan Tsunami baru2 ni:

miggu lepas, FAD berkesempatan balik rumah,,alhamdulilah,,rasa terubat rindu kat MAK + AYAH  + family (lep u) =) nak dijadikan cerita,,masa nak solat zohor 2,,FAD pun amik wuduk kat bilik air,,FAD xperasan yang mak tengah sidai baju (lokasi bilik air dan tempai sidai baju di rumah kami bersebelahan-bole bayangkan x? =) ) lepas FAD amik wuduk 2,,cepat2 la FAD keluar (pernah tengok cerita NO ORDINARY FAMILY X? yang emak dia 2 boleh berjalan laju+pantas? haa lebih kurang macam 2 la FAD keluar dari bilik air,,ehe ) tanpa disedari,,mak pun cakap,,"mak oi,,cepatnye amik air sembahyang,,macam Tsunami,,laju betul",,alamak,,FAD rasa malu sangat,,huish,,,FAD jawab,"sory mak =)" 

bila fikir balik,,betul jugak teguran mak 2,,cepat2 nak solat sebab nak buat benda lain,,apela FAD ni,,macam mana nak kusyuk,,kalau buat kije bole je sampai x tido,,tapi nak jumpa ALLAH swt  10-20 minit,,xkan xbole,,,hurm,,kebetulan,,masa fad buka email,,fad dapat email ni,,jom FAD share di sini,,semoga,,ilmu ini dapat disebarkan,,amin (^_^)



AIR SEMBAHYANG & PENJELASANYA::

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya lAlah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.



2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.




3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..



8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.



Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita

sebagai umat Islam?

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil

wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat

bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.



Bersyukurlah dan bertaubat selalu.. Ikhlas kerana
Allah..