Tuesday, June 19, 2012

Sapu Tangan Untuk Saya

Salam seantero dunia. Dingin rasa harini, sejuk aircond kat office ni rasanya, menusuk sampai ke tulang,,aik? mengeluh je bunyinya :)

Mengeluh...Benda yang kecil pun FAD nak mengeluh. Bagus ke kita mengeluh? Asal ada masalah mesti mengeluh. Nak sabar ke atau terus mengeluh? Arg..bosanlah! aik, itu pun dikira megeluh lagi. Ini persoalan FAD. Bila ditimpa masalah, mudahnya mengeluh tapi sukarnya bersyukur. Bukankah FAD tak tahu, kalau masalah menimpa tandanya ALLAH swt sedang menguji kita. Alahai FAD sayang, anda mengeluh lagi :(
FAD terover limit guna duit bulan ni. Itulah masalah FAD. Masalah melibatkan duit. Bila masalah datang continuously, keadaan FAD memang sukar dikawal. Mulala merungut dan mengeluh tak tentu pasal. FAD sayang, biarlah mengeluh hanya kerana ALLAH swt sahaja. Petikan dari blog sahabat FAD, ''Kita mengeluh kerana makanan kegemaran, tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan". Masyallah dan Subhannallah FAD, indahnya bahasa ALLAH swt ni.
Dulu masa FAD belajar, bila ada masalah FAD selalu motivasi diri sendiri, tapi mana hilangnya motivasi diri itu selepas berkerja? Mana FAD? kenapa anda begini? FAD akui, semasa belajar, kita tak fikir apa-apa selain belajar dan belajar. Dari mana duit nak beli buku, beli makan, beli tiket balik, beli baju, bayar yuran, jalan-jalan dan etc, semua MAK AYAH fikirkan dan PTPTN tanggung. Tiada duit je,''Mak, tolong bank in RM100". Lepas mak, ayah pula, "Nak makan takde duitlah yah, nak RM200". Kejam bunyinya. Tapi bila sudah bekerja, FAD kene fikirkan sendiri sumber kewangan FAD. Jadi bila masalah yang melibatkan kewangan, FAD terlalu risau. Risau kerana, cukuplah duit belanja untuk sebulan? cukupkah untuk kegunaan seharian? Cukupkah untuk makan? Cukupkah untuk itu, cukupkah untuk ini? Cukupkah? 
Mak ada berpesan, kadang-kadang bukan semua duit kita adalah milik kita. Cuba tengok ayah. Duit gaji ayah bukan semua milik ayah. Duit yang ayah dapat, ayah agihkan untuk keperluan rumah dan anak-anak. Pernah tak terfikir, berapa helai baju yang mak dan ayah beli dalam setahun? Cuba tengok berapa helai yang mak ayah belikan untuk anak-anak. Ada mak ayah mengeluh? Tiada sayang. Berkat kesyukuran itu, mak ayah rasa puas, bila anak-anak membesar dan berjaya. 
                           1- Along - Assistant Marketing di Hartamas, Muar
                              2- Angah - Polis di PDRM Langkawi, Kedah
                                  3- Kokde - Assistant Manager di TM, KL
                                      4- Iwan - masih belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh
                                          5- Nana - masih belajar di UiTM Seri Iskandar, Perak
                                              6- Ikhmal - baru di tingkatan 2

Kak mazz cakap kalau kita terpaksa keluar lebih untuk bulan tu, "FAD anggap je duit FAD tu bukan semua rezeki FAD, FAD berkongsi dengan orang lain, itu baru dugaan kecil untuk FAD". Sayu hati ni. Di kala FAD bersedih dengan masalah kewangan dan terfikir-fikir apa nak makan untuk esok hari, ALLAH swt telah kurniakan FAD seorang kawan baru, Cik Iema empunya diri. Iema pandai memasak. Dia telah memasak untuk FAD. Bukannya setiap hari, tapi cukup untuk kenyangkan perut FAD ni. Masak masakan ala-ala mak, membuatkan hilang sedikit rindu pasa masakan mak. Bila ima masak, baru FAD merasa bahawasaanya sudah lama FAD tak makan nasi. Sedih betul bunyinyakan?. Untuk Iema,""Ingat tak semalam kita puasa dan berjalan tengah panas bersama?":

                         In times of trouble,
                         Friends will say,
                         "Just ask....I'll help you though it"
                         But you dont wait for me to ask,
                         You just get up,
                         And you do it!

                        And I think of nothing in life,
                        That I could more wisely do,
                        Than know a friend, and be a friend,
                        ............................. like you, Iema :)

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah:6)

Jawapan Allah Kepada Yang Mengeluh:

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN? 
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

KENAPA BERAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT? 
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran:139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” (Surah Al-Imran:200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah At-Taubah:111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah:129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Surah Al-Kahfi:28)


FAD bersyukur kembali. Dari dulu FAD percaya, kalau ALLAH memberi dugaan DIA mesti selitkan hikmah di sebalik dugaan itu, Now, I feel it. FAD cuma rasa sedih, ralat dan sebak bila terpaksa cuit duit simpanan. Duit simpanan bukan untuk kahwin tapi untuk beli kereta. FAD ada target untuk beli kereta semperna raya tahun ni, dengan niat, bolehlah bawa mak dan ayah balik kampung dengan kereta baru. Kereta baru untuk bawa mak dan ayah naik, untuk mak ayah merasa sedikit jasa dari FAD setelah penat lelah mereka membesarkan FAD. Mungkin niat FAD ni ALLAH swt masih suruh FAD bersabar dan DIA uji FAD dengan dugaan kecil ini. Sedih sangat tapi tapi bila ALLAH sentiasa di sisi kita dan di kelilingi oleh orang-orang yang unik, membuatkan FAD kuat, tabah dan kuat. Kesabaran yang kuat akan diakhiri dengan kemanisan FAD! :) Itulah, sapu tangan untuk FAD untuk kesat air mata kemanisan itu.