Tuesday, May 17, 2016

Nur Aisyah : Fragrance From Heaven

Assamualaikum semua.


Lama FAD tak menulis di sini. Alhamdulilah, syukur pada Allah. Baru berkesempatan nak updated blog. Rasanya hampir setahun jugalah simpan kisah Aisyah. Entry kali ni, FAD nak cerita betapa istimewa dan indahnya kelahiran kali kedua ni. 

Sebelum tu,
Terima kasih kerana ingat lagi kisah Sufi.
Terima kasih kerana tak pernah lupa pada arwah.
Terima kasih kerana viralkan kisahnya.

Sufi dapat hadiah Al-Fatihah tak henti-henti dari viralnya tu. FAD baca setiap comment yang dihantar tapi tak mampu nak balas setiap satu. Kalau ada peluang, FAD memang nak berterima kasih pada semua yang sudi mendoakan arwah dan FAD sekeluarga.

Walau Sufi da ada adik, FAD tak akan pernah bezakan rasa rindu terhadapnya. Reda itu susah, tapi tu yang Allah suka. Takpe...belajar reda sebab semua itu ada hikmahnya bukan?

---------------------

Throwback  9 month experience again.

Selepas 4 bulan kehilangan Sufi, 1 get 9 month experience again. Alhamdulilah syukur. Tak perlu tanya, "kenapa cepat?". Jangan persoal tentang cepat dengan FAD, dalam keadaan FAD ketika itu, FAD akui, I was hoping for that. Syukur alhamdulilah sebab Allah maha mendengar.

2 kali mengandung dengan 1 kematian, membuatkan FAD agak takut dengan kandungan kali kedua ni. Susah nak cakap betapa risaunya hati ni. Tapi, 9 bulan berlalu dengan indah. Seindah ketika mengandungkan Sufi. 


Pengalaman bersalin kali ni sangat berbeza dari Sufi dulu, Allah nak bagi FAD rasa pengalaman baru. FAD ditakdirkan bersalin secara pembedahan untuk anak kedua ini.

Cesarean.

Baby breech pada minggu ke 37. Perasaan? Takut sangat. Memandangkan FAD da ada history kematian dulu, FAD mahupun doctor tak mahu ambil risiko untuk tunggu lebih lama. Alhamdulilah, genap 37minggu 4 hari, FAD telah diberi tarikh untuk bersalin. Walaupun czer, nikmat bersalin tu tetap ada. Sakit tetap sakit kerana setiap kelahiran bukannya semudah ABC. FAD bersyukur dan bertuah sebab ALLAH bagi FAD rasa duanya. Tak kisah cara macam mana sekali pun dia keluar, FAD cuma mahu anak FAD selamat.

23.4.2015

FAD admit di hospital yang sama masa Sufi dulu. Start puasa pada pukul 11 malam, sebab FAD dijangka masuk ke bilik OT pukul 11 pagi esoknya. Macam biasa, Sholeh teman FAD sampai segala urusan siap. Dalam rasa takut tapi kami tak sabar. Tak sabar tunggu hari esok. Sebab esok kami bakal ada si kecil yang kami tunggu-tunggu selama ini. Betul cakap orang, 'your mother loved you even before she saw you'.

FAD: "Malam ni malam terakhir kita berdua, esok kita da bertiga da".
Sholeh: "Amin. Sabar k".


---------------------------------------------------

24.4.2015

Akhirnya.....

Tangisan untuk satu kelahiran.

Hari Jumaat, dalam keadaan FAD mamai  dibuis, lebih kurang pukul 11.51 pagi, maka lahirlah sang bidadari pelengkap keluarga kecil kami. Syukur alhamdulilah, I'm so blessed finally I become a real mother.

Seakan semuanya baru untuk FAD. Kali pertama FAD dengar tangisan baby dari perut sendiri. Kali pertama FAD nampak baby bergerak dalam keadaan berdarah. Kali pertama juga FAD nampak Sholeh teruja mengazankan anaknya. Allah! Dan kali kedua Sholeh masuk bilik bersalin teman FAD. Sukar nak cakap perasaan tu, tapi feel dia macam FAD nak lari dalam hujan sebab FAD tak nak orang tahu yang FAD sedang menangis dalam kegembiraan. Sakit memang sakit tapi nikmatnya bila baby keluar, subhannallah...

Alhamdulilah, FAD da ada sepasang anak! Dan dah tentu Sufi da ada adik. FAD bersyukur walaupun czer tapi Allah permudahkan urusan kelahiran anak kami kali ini.

3.28kg, 11.51am, 51cm

Alhamdulilah thummalhamdulilah. Syukur the baby is doing good and healthy as well. Subhannallah, its beyond precious. And we sure, his lovely syurga brother must be happy too. Nothing more we would like to ask.

Day 7 of life, we announce our little princess: Nur Aisyah Binti Muhammad Sholeh.

Semoga membesar seindah namamu anak. Semuanya sempurna seperti apa yang kami sentiasa harap dan doakan. Terima kasih kepada keluarga FAD, keluarga Sholeh, sahabat handai dan SEMUA yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kami. Kami benar-benar dapat rasakan berkatnya doa kalian itu. Semoga Allah membalasnya satu per satu.

------------------------------------------------

Masa kelahiran Aisyah, FAD dapat 1 suprise dari Allah. Surprise yang buat FAD rasa terlalu dekat dengan arwah Sufi. Surprise yang membuatkan FAD rasa sebak lain macam.

FAD dimasukan di ward yang sama masa bersalinkan Sufi dulu. Katil yang sama, no bilik yang sama, posisi katil pun masih lagi sama. Malah, nurse-nurse dia sana masih sama dan masih ingat FAD. Maasyallah. Kenapa Allah bagi rasa tu?



Alhamdulilah, sekarang bermula kehidupan kami sebagai ibu dan ayah. Sukar nak gambar perasaan tu. Setiap kali tengok Aisyah FAD rasa sebak sebab Allah ni baik sangat dengan FAD. Tapi sungguh, FAD gembira dengan pinjaman ini. Perasaan yang FAD tak dapat masa Sufi dulu tapi Allah bagi masa Aisyah. Sampai satu tahap FAD cakap dengan Sholeh, "betul ke ni anak kita?". (lap airmata)

Ini pinjaman Allah. Pinajman yang akan FAD jaga dengan penuh tangungjawab.

FAD tak tahu nak cakap macam mana, untuk kaum hawa yang masih belum berpeluang rasa perasaan ini, FAD akan doakan, sentiasa doakan yang suatu hari nanti anda akan rasa perasaan jadi MAK dan keluarkan anak dari rahim sendiri. FAD tahu, penantian tu satu penyiksaan, penantian tu memeritkan dan penantian tu kadang-kadang boleh buat kita putus asa. FAD pernah berada dalam keadaan tu. Tapi jangan pernah lelah atas ujian Allah. Jangan pernah rasa putus asa. Jangan pernah rasa useless. Jangan, jangan dan jangan!. Dan tolong berhenti persoalkan kerja Allah. Ganjaran Allah kalau tidak di dunia, pasti akan dibalas di akhirat kelak.

FAD memang mudah menangis sebab hati ni terlalu nipis tapi menangislah kalau itu buat kita lega sebab kita manusia. Tapi pernah dengar tak? "jika allah cepat memakbulkan doamu maka Dia sangat menyanyagi mu, jika Allah lambat memakbulkan doamu maka Dia sedang mengujimu, dan jika Allah tidak memakbulkan doamu maka Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk mu."


Our little family, sederhana tapi sempurna.


Nur Aisyah Binti Muhammad Sholeh

Alhamdulilah Allah memberi kesempatan membesarkan anak kecil ni sehingga sekarang. Harini Aisyah da berusia 500++hari. Tepat janji Allah, Dia akan gantikan dengan yang lebih baik.

"If Allah is making you to wait, then be prepared to receive more than what we asked for."

Trust Him,  He already  knows the story of your heart and your soul. I learn a lot and  I still have a long way to go, Insyaallah.

Aisyah buatkan kami bersyukur setiap hari pada Allah. She's beautiful. I very appreciate every single moment with her and Sholeh. They such a beautiful souls.

---------------------------------------------------

Aisyah,
Terima kasih sebab jadikan ummi seorang mak. Dan terima kasih sangat sebab jadi anak yang baik untuk ummi dan abi. Walaupun ummi bertarung nyawa melahirkan kamu ke dunia tapi ummi bersyukur sebab ia kenangan paling manis dan paling indah dalam hidup ummi. Seindah dan semanis masa ummi bersalin kan abang Sufi dulu. Yang penting, tangisan pertama mu buat ummi cair. Aaiihhhh.........

Aisyah,
Thank you for being a part of my story. Its only our beginner chapter sayang. Maafkan ummi . Ummi kadang-kadang marah, sebab tak dapat kawal perasaan tu, macam 'singa' kan? Tapi sifat tu khas untuk survival, berfungsi bila perlu je. I'm too far to be a good ummi. Walaupun 10x ummi marah tapi 10000000x yang ummi sayang. :)

Happy Birthday Nur Aisyah. Semoga jadi anak yang baik. Kalau ummi pergi dulu, tolong jaga diri, tolong jaga abi dan bakal adik2 mu nanti sebaik mungkin yea? Ummi sayangkan Aisyah macam nyawa ummi. Sebab bukan senang ummi nak dapatkan Aisyah :(


Selamat Ulang Tahun yang Pertama,
Nur Aisyah Binti Muhammad Sholeh.
24.4.2015

Dari Ummi & Abi,
Yang sayang awak sampai syurga :)