Thursday, March 24, 2011

you are STRAW to my BERRY

Salam,,,kita......sepanjang hampir 5 tahun,
khas buat kamu kamu kamu dan kamu.............

farah,
terima kasih kerana selalu ada didekatku,
saat aku tertawa,
saat aku menangis,
saat aku marah,
saat aku bahagia,
saat aku duduk diam dan terpaku,
saat aku berlari dan terjatuh,
dan pada setiap saat yang aku punya,
terima kasih kerana kau selalu mengerti semua hal tentangku.

nini,
senyumlah nini,
jangan pernah berhenti,
dan jangan pernah berhenti mejadi sebahagian daripada hidupku,
aku bersyukur dengan kehadiranmu,
menikmati hari-hari indah,
melewati jalan berbatu,
tertawa dan ternangis,
aku merasa nyaman didekatmu,
terima kasih buat hati mu yang penuh kasih dan sayang,
selalu ada meski semua orang membenciku,
dan mampu memaafkan semua kesalahanku,
terima kasih nini.

popo,
kelmarin aku rebah di bahu mu,
bersama-sama hati yang gundah gulana,
terima kasih popo,
kerana memberi penghormatan itu,
kerana tidak pernah jemu dengan aku,
untuk aku menumpang kegagahan mu,
mencuri semangat di sisimu,
tadi,
aku rebah lagi di bahumu,
dengan luka lara jiwa yang semakin resah,
saat aku merungut merintih,
kau gigih buatku tersenyum,
terima kasih untuk hari-hari kita bersama.

syirah,
ada banyak hal yang datang tanpa diundang,
sekecil kamu,
telah meningatkanku kelemahanku,
telah membuatku kuat dalam hidup ini,
sentiasa iktiar dan tak pernah putus asa,
mengobarkan kembali semangatku,
aku hanya ingin kau tahu,
sahabat ini xpernah jemu denganmu,
dirimu adalah kenangan terindah,
dalam hidupku,
dan maafkan aku yang tak pernah sempurna,
untuk menjadi sahabat.


aku,
aku bukanlah insan terbaik,
sebagai sahabatmu,
aku juga,
tidak mampu menjadi yang terbaik,
aku hanya mampu menjadi aku,
aku cuba menjadi sahabat yang baik setiap waktu,
yang menyumbang bahu ketika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,

aku,
kadangkala tersalah laku,
kerana aku tidak sehebat kamu,
dan yang pasti,
aku tahu tentang itu,
maafi aku,
duhai sahabat.

terima kasih aku buat Tuhan,
kerana meminjamkan aku,
sahabat-sahabat seperti kamu,
doaku Tuhan,
janganlah KAU bebani sahabat-sahabatku ini,
dengan musibah yang KAU uji untuk ku,
dan KAU peliharalah dan lindunglah sahabatku ini Tuhan,
dengan kasih sayang dan rezeki MU,
amin.....

buat sahabatku........aku sayang kamu!
NFBO