Thursday, November 20, 2014

Rindu Buat Sufi

Assalamualaikum....

RINDU YANG TERASA

Sufi,
Malaikat kecil ku,
Tahukan kamu ada apa di hati Abi,
Ummi ingin kau tahu,
Ada kerinduan mendalam teramat,
Ada cinta yang tebal membara,
Doakan Abi selalu
Semoga Abi kuat untuk Ummi dan bakal-bakal darah dagingmu nanti....

Allah,
Terima kasih atas ketentuan takdir indahMu ini,
Kami kuat kerana ujianMu,
Kami akan menyintaiMu selalu.....

Salam Rindu
Fad
Untuk
Sholeh
Untuk
Sufi



Nukilan Asal
http://cakshon.com/tag/ayah-rindu-anak/

Olahan
Saya
https://www.youtube.com/watch?v=IA-rNu2sRMU&feature=youtu.be



Tuesday, October 21, 2014

Just turn 3 in TM

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, pejam celik, pejam celik sekejap je rasa 3 tahun kerja. 1/10/2014 - 3 tahun dan FAD masih berkerja di TM. Syukur, alhamdulilah. Tarikh yang sama, 3 tahun lepas, FAD masih confius, betul ke FAD dah kerja ni??!!! Dengan baru habis belajar, seingat FAD baru 4 bulan tamat pengajian di UiTM, terus dapat kerja. Memang belum puas FAD nak topap tidur, nak topap rehat, nak topap lepak,nak topap makan, nak topap jalan-jalan, nak buat semua benda yang FAD tak dapat buat masa belajar dulu. Tapi dah 3 tahun ni, rasa bersyukur sangat sebab ada kawan-kawan yang lain perlukan bertahun-tahun untuk dapatkan kerja.

Alhamdulilah, syukur pada Allah. Dunia perkerjaan ni tak sama dengan dunia belajar. Penat kita, hujung bulan dapat duit. Tapi masa study, penat kita, hujung sem dapat exam :D
Ada kawan-kawan mengeluh, "rindunya zaman belajar", "rasa nak sambung study pula", "stressnya kerja!", "susahnya nak puaskan hati semua orang time kerja ni".

Bagi FAD, itu semua normal. Perasaan normal kalau kita tengah banyak kerja. Kerja ni tak pernah habis. Sepanjang FAD di TM unit ITNT, banyak benda baru yang FAD pelajari. Ada ketika, perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain. Ada ketika, orang tak hargai pun pengorbanan kita. Ada ketika, kita penyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain. Ada ketika orang nampak salah kita, tapi tak nampak puncanya dari mereka. Ada ketika, kita rasa letih untuk merasa semua ni, tapi suatu ketika nanti, pasti semuanya ada jawapannya selagi kita memilih untuk BERSABAR.

Yup, bersabar. Orang cakap, kerja sebagai ibadah dan kerja kena ikhlas. TAPI bila sampai 1 tahap, bila kerja datang bertimbun-timbun, error datang dan terus datang, orang duk push buat kerja, boleh datang tak ikhlas untuk kerja.  Dan yang paling worst, sampai tanggungjawab seorang isteri dan anak terabai. Aahhhh.......

Subhannallah..mengeluh yea FAD? :)

Betul orang kata, kalau kita buat kerja yang kita suka, senang je nak datang ikhlas tu. Tapi bila kita buat kerja yang kita tak suka, susah nak datang ikhlasnya.

Cuma apa yang FAD amalkan, kurangkan mengeluh dan banyakan bersabar. Kalau kita mengeluh je, takde apa yang berubah pun. Bukan tak boleh mengeluh, boleh tapi ada had dan caranya. Macam FAD, FAD selalu mengadu dekat Sholeh. Mengomel itu ini pasal kerja. Walaupun Sholeh tak faham tapi dia boleh pinjamkan telinga dia untuk FAD. Begitu juga dengan Sholeh. Sebenarnya bukan FAD sorang je stress kat tempat kerja, semua orang pastinya. Jadi, lalui macam biasa. Kan dah cakap tadi, pasti semuanya ada jawapannya selagi kita memilih untuk BERSABAR. :)


Tahniah FAD kerana masih bertahan di TM!


Wednesday, August 20, 2014

Syawal ke 26

Allamdulilah.....masuk minggu terakhir bulan Syawal. Sempat lagi kan nak cakap Selamat Hari Raya untuk semua. Dan untuk semua yang sentiasa membaca blog FAD ni. Semoga Syawal tahun ni memberi 1001 kenangan abadi.

Allhamdulilah juga, tahun ke-2 FAD menyambut sebagai seorang isteri Sholeh. Rasa dah okay sikit berbanding tahun lepas, yelah tahun lepas first time beraya dengan suami dan mentua, glaba sikit :) Tahun ni dah boleh handle a few things yang 'berat'...........kot :p
Kami merayakan secara sederhana. Takde apa yang special cuma istimewanya, kami ada akitivi baru bermula Syawal tahun ni, iaitu melawat pusara Sufi. Ala....sedih lah...okay-okay, takmo sedih-sedih eh eh eh, hari raya kan, sunat kita bergembira :)

Macam biasa, bila tiba time raya ni mestilah seronok. Seronok sebab:
  • dapat anak buah baru tahun ni
  • dapat makan ramai-ramai
  • dapat jumpa sanak saudara jauh dekat
  • dapat duit raya (FAD masih dapat lagi duit raya, ehe)
  • dapat minta maaf dengan semua orang
  • dapat main bunga api macam budak kecil
  • dapat rehat dan
  • dapat buat perkara yang kita jarang buat macam tidur 'lelame' :)
Raya kami (FAD + SHOLEH) ceria walaupun berdua. Sholeh jaga FAD, FAD jaga Sholeh dan Allah jaga kami.






Dari hati, raya tahun ni sayu sikit. Gembira sudah semestinya tapi sedih itu turut ada. Nak kata sedih sangat, tak. Nak kata gembira sangat, pun tak. Sederhana. Alhamdulilah, sepanjang 5 bulan ni, kami cukup kuat mengharungi hari-hari tanpa Sufi. Allah ada. Kami tahu Allah sentiasa ada untuk kami. Kali kedua untuk FAD melawat Sufi dan entah kali keberapa untuk Sholeh. Sholeh selalu menjeguk anaknya itu. "Abang baru balik tengok kubur anak, saja tengok kalau-kalau ada apa-apa jadi". Itulah ayat Sholeh setiap kali dia pergi ziarah sendiri tanpa FAD. Masih sama 'rumah'nya. Setenang dulu. Tiada apa yang berubah :)

Alahmdulilah :)

Antara banyak-banyak gambar raya yang FAD ambil, ini gambar yang FAD rasa sweet sangat :) Tengok Sholeh tidur dengan Affan. Dalam hati, inilah agaknya kalau Sufi ada. Tidur berpelukan abi :) Ummi? of course tidur berpelukan kedua-duanya ^_^. Bestnya kan?


Cukup la yea entry raya tahun ni, takde apa sangat nak share. ehe. Last sekali, dari pihak FAD dan suami, 10 jari kami susun, selama mana kalau ada buat silap, tersalah cakap, terlepas mana-mana tanggungjawab, janji tak tertunai dan untuk mana-mana sezarah kesalaham kami, mohon ampun maaf dari hujung rambut dari hujung kaki. FAD mohom doa kalian, doakan kami sentiasa kuat untuk harungi hari-hari mendatang. Dan sudah tentu doa kami sentiasa bersama semua muslim dan muslimat selagi nyawa ini dikandung badan.

Salam Raya dari FAD dan Sholeh dan insyallah bakal adik-adik Sufi soon. Amin amin amin.




Tuesday, July 15, 2014

Selamat Ramadan Sayang

Assalamualaikum....

2 3 hari untuk siapkan entry ni. Maaf, FAD sibuk.
Banyak sangat dengar berita kematian sekarang. Al -Fatihah for all Muslim, I have done my small part. May Allah SWT accept my doa. Amin.

Nukilan Ramadan tahun ni, FAD tujukan khas untuk arwah anak kami.

Untuk anak Ummi tersayang, khas untukmu SUFI.

Ummi dan Abi tahu, Sufi tak akan membaca nukilan ini. Tak tahu kenapa, Ummi nak buat entry ni khas untuk awak. Kalau bukan awak yang membaca, suatu hari nanti mesti bakal adik-adik awak akan membaca dan tahu akan kewujudan awak sebelum mereka. Inilah kenangan Ummi masa tua nanti dan inilah kenangan Ummi untuk adik-adik awak bila Ummi dah tiada nanti. Mungkin masa Ummi mengandungkan awak dulu, Ummi tak banyak bercerita tentang awak. Ummi perasaan, hanya ada 1 entry je yang Ummi bercerita tentang kehadiran awak dalam hidup kami.

But, after 4 month have passed by, not a single day that I ever forget you, my dear son! Sufi tahu tak, apa Ummi rasa sekarang? 

Rindu........
Rindu nak dukung awak.
Hanya seketika saja Ummi dapat rasa perasaan itu. Seingat Ummi, hanya seminit dua. Lepas tu, Ummi dah tak dapat pegang awak dah. Masa moment tu, I was feeling very complete.

Ummi masih menangis lagi sayang bila teringatkan awak. Tahu tak siapa yang selalu pujuk Ummi?

Abi...
Abilah selalu jadi bahu Ummi. Ummi nampak kalau Abi bermain dengan sepupu-sepupu awak, Ummi tahu jauh disudut hatinya, Abi teringatkan awak. Bila balik kampung, this is the only time we spent for being a mother and father. Alhamdulilah, kami tak rasa kosong, cuma ada beberapa kali, waktu Abi melihat Luqman / Adam bermain, Ummi nampak Abi termenung. Cepat-cepat Ummi datang peluk Abi. Ummi rasa apa yang Abi rasa. Mesti Abi berbisik di dalam hatinya, "Kalau Sufi ada....." "Kalau Sufi ada......." "Kalau Sufi ada........."

Macam mana Ummi nak tahan air mata ni yea? Menganggu betul Ummi nak menulis.

Sambung cerita awak lagi. Ummi tak tahu apa yang sedang awak buat di 'sana'. Yang pasti Ummi tahu awak dijaga baik. Sekarang Ummi sibukkan diri dengan kerja. Ummi dah start kerja malam sayang. Kat rumah pun Ummi buat kerja. Abi pula dah start outstation. Entah kenapa, kami sibukan diri. 

Sufi tahu tak, apa perasaan Ummi masa first day masuk kerja lepas cuti bersalinkan awak haritu? Ummi rasa, Ummi nak balik cepat-cepat, nak siapkan kerja laju-laju dan terus balik rumah, sebab Ummi terasa awak tunggu Ummi kat rumah. Tapi bila Ummi tersentak, Ummi sedar itu cuma perasaan Ummi saja, Ummi terus sambung kerja macam biasa. Dan, ajaibnya, Abi pun rasa yang sama! Abi kata, itulah perasaan dia masa Abi mula-mula start kerja dulu, 2 minggu selepas Abi jaga Ummi berpantang.

Susu awak banyak sayang. Ummi sayang nak biarkan macam tu je, jadi Ummi halalkan pada Adam, Ammar, Affan dan Nuha. Abi pun tahu, mereka tu anak-anak dia juga. Anak susuan. Sufi tahu tak, ada 1 haritu, masa Ummi sedang pump susu awak, susu awak terjatuh. Terjatuh sebab masa tu Ummi kelam kabut nak keluar bilik. Bila sedar susu awak tumpah, Ummi terus menangis sambil lap-lap lantai. Abi nampak, Abi ambil tangan Ummi, Abi cakap, "Takpelah, dah jatuh tu biarkan....." Ummi balas, "Saya sayang abang....".

Okay, maafkan Ummi sebab menangis lagi, tapi inilah satu-satunya yang boleh membuatkan Ummi rasa lega. Abi dah biasa dengan Ummi macam ni. Cuma Abi pesan, jangan menangis kalau dia takde. Ya Allah Sufi, Abi awak baik sangat. Ummi pray hard and hard that ALLAH swt will provide your Abi the highest Jannah for his kindness, dedication and commitment in our family. 

Harini dah 1/3 Ramadan sayang, dah nak syawal dah.
Yang pasti mulai Syawal tahun ni, kami dah ada aktiviti baru untuk dibuat setiap pagi raya. melawat pusara awak. Alhamdulilah, Ummi dan Abi sempat melawat awak. Curi-curi masa balik kampung. Inilah kali pertama Ummi melawat awak, sebab Abi dah yakin yang Ummi dah betul-betul sihat untuk tengok awak. Alhamdulilah, Ummi okay. Tenang Ummi tengok pusara awak. Dan Ummi dapat rasakan, setenang itulah awak kat sana. Kami kemas-kemas kubur awak, kami bacakan yassin dan kami gantikan batu nisan awak. Ummi sebak tapi Ummi pasti, awak sentiasa tunggu kami di pintu syurga, itulah yang Ummi pegang sampai bila-bila setiap kali Ummi menangis teringatkan awak.....Allah!

Awak motivasi kami sekarang. Motivasi untuk berusaha keras setiap hari supaya kita boleh bersatu semula di Jannatul Firdaus.

"Ya Allah, makbulkan hasrat kami untuk melihat muka cantik ini sekali lagi di syurgaMu ya ALLAH...." Amin. 

Alhamdulilah, Ummi belajar sesuatu dari ujian Allah ni. Mungkin ALLAH nak ringankan beban Ummi dan Abi kat akhirat nanti.  Dari dulu, setiap kali Ummi doa, ayat yang paling wajib Ummi sebut ialah, "Ya Allah, matikan aku dan sedara islamku dalam husnul khatimah dan masukan aku dan sedara islamku di salah satu syurga Mu ya Allah". Alhamdulilah, doa memerlukan masa untuk dimakbulkan. Allah mendengar dan mungkin masa tu malaikat pun mengaminkan doa Ummi juga.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "....Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

(Shahih Muslim no. 2733)

 Okay, cukup yea setakat ni? Ummi nak start work dah. Ummi nak awak tahu, Abi + Ummi sentiasa sayang awak dari jauh. :) 

"Assalamualaikum Sufi, salam Ramadan sayang..............."

Muhammad Sufi Iman B. Muhammad Sholeh
11.3.2014

~Al-Fatihah~


Saturday, May 17, 2014

Bahagia itu Sederhana

Assalamualaikum,

Alhamdulilah. Rasa lega dapat meluahkan perasaan di sini. Terima kasih kepada SEMUA yang memberi kata-kata semangat dan doa. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sekarang FAD sedang sibukkan diri. Sibukkan diri dengan pelbagai perkara sehingga FAD letih untuk merasa sedih. Sufi membuatkan FAD terasa dekat dengan kematian. Syukur, Allah beri FAD ujian ini. ***kekadang Allah jadikan sesuatu itu berlaku, walaupun pada diri sendiri atau orang lain supaya orang sekeliling dapat melihat dan memerhati, yang masih hidup hatinya dapat mengambil pengajaran. Calm and learn. ***

Di sini, dugaan FAD. Di sana dugaan mereka. Di luar dugaan masing-masing.

Yang berlalu biarlah berlalu. Soalan, 'bila nak ada anak lagi', diluar pengentahuan FAD. Allahua'lam, FAD mohon doa kalian. Amin.

Hampir 3 bulan berlalu dengan kisah terindah ini, sedar tak sedar FAD sudah pun setahun bergelar isteri kepada my zauji.

26/5/2013 - 26/5/2014
Subhanallah, maka nikmat Allah manakah yang kau mampu dustakan. Sudah setahun. Bersyukur, kerana Allah pinjamkan bahagia yang sedarhana ini. Ulang tahun pertama, FAD anggap Allah bagi peluang untuk kami berdua honeymoon lagi. Hidup berdua walaupun dalam hati kami tetap dan sentiasa ada seorang ahli sufi.

Ramai yang memilih untuk memperihati tarikh perkahwinan masing-masing, tapi bagi FAD, FAD lebih suka memperingati saat dan detik ketika mana FAD disahkan menjadi isteri kepada Muhammad Sholeh, iaitu detik 11.15 pagi setiap 26hb 5.

Recap semula setahun lepas, semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Kami mengambil yang wajib sahaja. Tiada photographer diupah, semua gambar ambil sendiri. Make up nipis-nipis je, tiada majlis sambut menantu sebab kami buat 1 majlis bersama, dan semua yang berlaku hanya part wajib sahaja. Itulah impian perkawinan kami. Semoga perkahwinan ini lebih diberkati olehNya.

FAD decide for first time anniversary ni, FAD nak yang simple tapi valuable. Sebab dah set dalam kepala, tak nak membazir duit untuk celebrate dekat tempat/benda yang mahal-mahal. Tapi entahlah, kalau rasa nak pergi berjalan, mungkin diam-diam pergi, diam-diam dah balik. FAD tak minta apa-apa hadiah dari Sholeh, begitu juga dia. Cukuplah kami dapat spend time bersama. So, a few days before our anniversary date, FAD pun carilah idea. Ideanya, nak buat 1 video cute untuk Sholeh. Saja je suka-suka. So, FAD decide nak buat stop motion video, khas untuk Sholeh.


Itu video wish FAD untuk Sholeh. Takde apa nak bagi kat dia. Mungkin dia balik outstation nanti FAD nak masak ayam goreng kegemarannya. Doa FAD, semoga Sholeh sentisa menjaga FAD dengan cara yang paling indah. Amin Amin Amin.

Sekali lagi, terima kasih Allah untuk bahagia yang sederhana ini.



p/s:
Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu. Hargai ibu yang berjuang melahirkan kita!. Allah tidak akan bagi pahala syahid kalau perjuangan itu kecil.


Wednesday, April 16, 2014

Allah Kan Ada!

Assalamuailakum.

~ Al-Fatihah ~

11.4.2014 - genap sebulan.

Dugaan FAD tak terfikir dek akal. Tak terfikir langsung.
---------------------------------------------------------------

Muhammad Sufi.

Pengalaman terindah. Masih lagi terngiang-ngiang gerakannya. Tepat 37 minggu dalam perut, masakan boleh lupa dalam sekelip mata. Namun, FAD mengambil masa untuk melupakan. Seorang ibu tak mudah. Terlalu berat.

Bermulalah cerita baru dalam hidup FAD. Kehamilan. Awal kehamilan hingga ke akhir semuanya baik, cuma adakalanya di akhir-akhir tu FAD semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja.

Sholeh?
Alhamdulilah, dia berkorban untuk berpindah kesini sebelum FAD bersalin. Rezeki anak.


9/3/2014 - Ahad

FAD sedar awal pagi tu. Perut mengeras tapi belum ada tanda nak bersalin. Start rasa tak sedap hati, lepas solat subuh terus bagitahu Sholeh perut FAD mengeras tapi tiada movement dari baby. Kebetulan memang ada appoitment checkup dekat hospital bersalin pagi ni. Appoitmnet checkup pukul 11.30am tapi pukul 8am kami sudah bergerak ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital, FAD sempat berseloroh dengan Sholeh,

FAD     : "Rasanya macam check in hospital harini"
Sholeh  : "Eh, tak lah..."

Sebelum jumpa doctor, kami sempat breakfast dulu. Perut masih mengeras tapi kali ini, FAD dapat rasa pengerakan dari baby tapi perlahan, alhamdulilah sedikit rasa lega masa tu. Dalam hati terfikir, mungkin baby dah penuh dalam perut, tu yang pengerakannya agak perlahan.

Namun, dalam hati memang tak putus berdoa. Memang berdebar-debar, kali ni lain macam rasanya tapi kuatkan juga. Bila masuk jumpa doctor, masing-masing tersenyum riang. Kami berbual dalam keadaan yang gembira sampailah masa untuk scan baby.

-----------------------------------------------------------------

"YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH.........."

Suka atau tidak, bersedia atau tidak, dugaan tetap akan datang.

Seakan tak percaya......Sholeh bertanya,

Sholeh : "Doktor, apa maksud doktor sudah tiada?"
Doktor : "Sholeh, Fadzilah, anak awak sudah tiada"

Tergamam.....

Doctor mengesahkan baby dalam kandungan sudah tiada. Baru beberapa jam. Ya allah, keadaan ketika itu seakan terhenti. Doktor terdiam. Kami terperanjat. Doctor scan berulang kali. Tali pusat tidak terbelit, air mentuban masih lagi cukup cuma, tiada pengerakan, tiada dengupan jantung dari baby. Sekelip mata!

FAD?
Beberapa jam? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa FAD tak perasan?. FAD tertanya-tanya. Inalillah wa Inna ilaihi rajii'un. Air mata mula mengalir. Sholeh masih lagi tenang dan kuat! Doktor terus membuka keseluruhan record kesihatan FAD. Dari A ke Z, doktor teliti.

Doktor : "Record cantik. Tadi saya ingat awak ada darah tinggi atau kencing manis, tapi record awak semuanya okay, tiada masalah. Kedudukan baby pun dah kebawah. Memang tunggu nak bersalin je ni."
FAD     : "Tapi doctor, tapi masa breakfast saya rasa pengerakan dia"
Doktor : "Awak rasa dia bergerak sebab baby mula menjauhi dari perut awak"
FAD     : "Betul ke doktor dah tiada?"
Doktor  : "Betul, tiada pengaliran darah dalam badan baby lagi."

Doktor macam tak sanggup nak teruskan percakapannya. Doktor dan Sholeh pengang erat tangan FAD.

Doktor : "Fadzilah, awak kena reda, sabar, kuat! Dalam perut kita tak tahu apa yang berlaku. Jangan salahkan diri atau apa. Kita akan tahu punca sebenar bila awak melahirkan baby ini nanti, sekarang awak kena admit sebab kami akan induce awak untuk keluarkan baby ini. Baby awak dalam keadaan yang masih baik cuma dia dah tidak bernyawa. Dalam keadaan macam ni, kita kena back to basic, ingat Allah, ingat ini semua takdir Allah. Awak kena reda dan sabar".

Mengigil....

Kuatkah FAD? Mungkin ada kata FAD gila atau terlalu ghairah. Kebarangkalian untuk baby survive tipis. Bukan tipis, memang sudah tiada. Tapi, mana ada ibu yang tidak berharapkan keajaiban. Apa yang akan berlaku adalah diluar bidang kuasa FAD. Lebih-lebih lagi disaat-saat kita sedang menanti hari sahaja. Namun, siapa kita untuk mempersoalkanya?

Admit...

Akhirnya, Sholeh menangis, kami menangis. Ini kali kedua FAD nampak dia menangis sepanjang perkahwinan kami. Pertama, ketika ijab dan kabul kami. Sholeh kuat, menangis cuma seketika.

Sholeh memapah dan memeluk erat FAD, tidak sekali pun dia melepaskan. Dia tahu FAD lemah ketika itu. Sejurus urusan kemasukan hospital selesai, Sholeh menghubungi keluarga di kampung. Ternyata semuanya terkejut. Sukar untuk FAD ceritakan keadaan di kampung ketika itu. Rasa sedih menyelubungi keluarga lebih-lebih lagi mak dan mak mentua. Sedih kerana FAD. Perasaan seorang ibu. Masing-masing faham kepayahan mengandung 9 bulan.


10/3/2014 -Isnin

Hari ke - 2, jalan baru buka 3cm. Disebabkan tiada gesaan, pembukaan jalan untuk bersalin mengambil masa yang agak lama. Sepanjang admit, masih mengharap keajaiban dari Allah. FAD semakin lemah, mungkin sudah semalaman bertarung menunggu pembukaan jalan untuk bersalin. Pagi di wad, FAD dan Sholeh membaca surah Yassin buat Sufi. Iya, Sufi. SUFI adalah nama akan diberi,sekiranya perempuan atau lelaki baby kami nanti.



11/3/2014 - Selasa

Hari ke - 3. Pagi ni, FAD tak dapat baca Yassin dengan Sholeh, FAD kian lemah. Sholeh bacakan Yassin disisi, hingga FAD terlelap. Sholeh takut, lalu dikejutkan FAD. Kami berbual, berbual tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan. Dalam keadaan sakit, air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Sudah terlalu banyak tertumpah. Sholeh tidak mahu FAD terus melayan perasaan.


Sedih...

Lumrah manusia, bila ditimpa musibah akan bersedih. Usah ditanya tentang sedih kepada FAD. Kala diberi ujian sebesar ini, FAD kecundang. Betapa diri ini lemah. FAD malu pada ALLAH. Ya Allah........ampunkan aku. Segera sembunyikan kembali tangisan yang masih bersisa. Kami yakin Allah ingin ganti dengan sesuatu yang lebih baik nanti. Amin.

This is the time.....

Allahuakhbar, sekitar pukul 2 pm, air mentuban FAD pecah di atas katil wad, ketika itu jalan dah buka 4.5 cm. FAD sudah bersedia untuk bersalin. Kebetulan ketika itu Sholeh baru sahaja selesai solat Zohor. Sepanjang situasi itu, insan terpenting dalam hidup ada di sisi iaitu MAK, AYAH dan SUAMI. Ayat al-quran tak lekang dari mulut mereka.

Ini satu perjuangan!
Badan FAD terlalu lemah. Dalam keadaan FAD ‘sibuk’ contraction, atas nasihat Mak, Sholeh menyuapkan FAD makanan memandangkan FAD masih belum menjamah makanan lagi. Itulah tenaga yang FAD ada.

Antara hidup dan mati, memang nyawa dihujung tanduk semata-mata hendak melahirkan zuriat dari darah daging sendiri. FAD disorong ke labor room (LR). Detik melahirkan hanya Allah saja yang tahu. Sholeh masuk ketika FAD hendak bersalin. Sholeh tahu FAD perlukan dia masa tu. Alhamdulilah, 4 kali teran, akhirnya FAD berjaya membawa keluar SUFI dengan izinNya. Bukan membawanya untuk melihat dunia, malah untuk terus ke Syurga ALLAH. FAD selamat bersalin secara normal, dengan mudah. Subahanallah. Terima kasih ya Allah.



Tepat 3.02 pm, seorang bayi lelaki untuk kami dengan seberat 3.08kg. Itulah Muhammad Sufi. Lahir sahaja Sufi, rasa lega yang paling ditunggu-tunggu. FAD rasa ada titisan air jatuh ke dahi FAD. Sekali lagi, Sholeh menangis, dia menyaksikan segalanya. Sholeh senyum dan kucup dahi FAD sebelum dia keluar untuk menguruskan jenazah Sufi.

Siap saja urusan di LR, FAD terus dibawa masuk ke wad semula untuk berehat. Mak dan Sholeh menuggu FAD dengan rasa bersyukur. Sedih bercampur gembira. FAD sedar, hari itu FAD satu-satunya ibu yang tidak mendengar, maaf, tidak AKAN mendengar tangisan suara dari anak sendiri.

Sementara menunggu process pengurusan surat menyurat untuk membawa Sufi balik ke kampung untuk pengkebumian, kami sempat berborak,

Sholeh : "Terima kasih sayang, sayang memang kuat! Sayang berusaha keluarkan Sufi walaupun sayang tahu Sufi sudah tiada."
FAD   : "Takpe abang, saya akan simpan kenangan melahirkan Sufi ini baik-baik. Allah telah simpan dia. Dia telah keluar, dia telah pergi, dia anak kita."

Mak, hanya mampu mengalirkan air mata. Mak terlalu faham perasaan seorang ibu.


Selang beberapa minit, nurse datang membawa jenazah yang siap dimandi dan dikafankan. Wangi baunya. Kami buka kain dipermukaan muka Sufi.

-----------------------------------------

FAD : "Comel anak kita bang..."

FAD dukung lalu menciumnya, dahi ke pipi. Rambut - lebat. Mulut - merah. Rasa lembut dan sejuk. Bau wangi yang FAD tak pernah bau selama ini. Bau yang tidak dapat FAD membelinya.

Sholeh : "Ikut raut muka sayang...sejuk perut sayang mengandungkan anak kita, tapi.......tinggi macam abang." Sholeh berseloroh.

Kali ini, setitis pun air mata FAD tidak mengalir. Tidak tahu kenapa tapi rasa puas dapat menatapnya. Saat akhir untuk melihat jenazah Sufi, tenang dan bersih. Kami kucup dahi dan pipinya buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Sufi mengikuti wajah kami. Sayu. Sholeh peluk kami bertiga.

Bergegas....

Memandangkan hari sudah semakin petang, kami tidak sempat berbual panjang. Jenazah Sufi terus dibawa balik ke kampung kerana pengkebumian akan dilakukan sejurus selepas solat Isya'. Sholeh balik ditemani emak. Sepanjang perjalanan KL - Muar, emak memangku cucunya. Ahli keluarga, saudara mara, orang surau dan beberapa orang kampung sudah bersiap sedia di rumah.

Sholeh sampai tepat waktu azan Isya' berkumandang. Sholeh membawa anaknya untuk tatapan terakhir ahli keluarga. Suasana hiba. Amat hiba ketika itu. Sholeh tidak berkata apa-apa malah tidak menangis kerana dia tahu dimana tempat Sufi akan berada. Sufi pergi tanpa dosa. Pergi dengan sempurna. Dan akhirnya jenazah Sufi selamat dikebumikan.

--------------------------------------

FAD tidak dibenarkan balik untuk bersama-sama melihat pengkebumian Sufi. Malam tu FAD bersendirian, tidur bertemankan bau Sufi yang masih melekat pada baju. Bunyi macam seram tapi itulah satu-satunya malam yang FAD tidur lena. Lena sangat.


Punca:

Di LR, sejurus selepas Sufi keluar dari rahim FAD, doctor terus menyiasat punca kematian. Ianya berpunca dari tali pusat terlipat, membuatkan nutrisi tidak sampai kepada baby dan terputus oksigen lalu membuatkan tali pusat itu membengkak. Doctor menunjukkan tali pusat tersebut kepada kami. Memang betul, kami nampak tali pusatnya membengkak sedikit di bahagian yang hampir dengan pusat baby. Bahagian itu terlalu dekat dengan urinya.



- Tamat -



Terima kasih:

Terima kasih Allah kerana bagi FAD peluang rasa nikmat ini walaupun sekejap. Walaupun hanya 9 bulan 7 hari dipinjamkan Sufi dalam perut ini. PRICELESS. FAD akan simpan baik- baik kenangan indah ini. FAD bersyukur dapat merasai pengalaman mengandung dan melahirkan walapun tidak berpeluang menjaganya. Terus terang, hingga ke saat ini, air mata mengalir jika ingatan dan rindu datang menyapa.

------------------------------------
Terima kasih Sholeh, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada FAD. Saya cintakan abang sehujung kuku, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh.

------------------------------------
Terima kasih Hospital Pakar Al – Islam yang memberi 100% perkhidmatan terbaik. Staff, nurse dan doktor sentiasa peka dan mahir dalam urusan masing-masing. 
Sebelum discharge, FAD sempat bertemu doctor dan nurse-nurse yang menjaga FAD selama 3 hari disana. Ucapan terima kasih memang tak lekang dari mulut FAD.

Doctor memeluk sambil berkata : “Bukan saya yang memudahkan urusan awak disini, tapi Allah.”

Kami menangis, malah nurse-nurse turut mengalirkan air mata. FAD admit berdua dan discharge pun berdua. Insyallah, FAD akan kesini lagi untuk anak-anak akan datang. Ameen. Sekali lagi, TQVM untuk Dr Norlida dan Dr Rosilawati. Anda dihati FAD.

---------------------------------
Terima kasih ahli keluarga, saudara mara dan jiran tetangga yang merasai kehilangan dan turut menangis bersama-sama. Anda membuat FAD kuat. Berpantang di kampung adalah perkara yang paling hebat. Tidak sekali mereka membiarkan FAD keseorangan yang adakalanya FAD memang mahu sendirian.

----------------------------------
Terima kasih para sahabat. Ketika FAD masih di hospital lagi, tak lekang dari kehadiran kawan-kawan. 2 3 kali datang untuk bertanyakan khabar. Memberi FAD semangat dan bersama-sama berkongsi kesedihan. Menghiburkan FAD, ketika FAD tidak mampu tersenyum.

Kawan - kawan dari jauh sanggup turun ke Muar untuk melawat, sedangkan ketika itu FAD masih belum bersedia untuk bertemu dengan orang ramai.

TERIMA KASIH SEMUA!


Motivasi:

Alhamdulilah. FAD dan Sholeh sudah reda, sabar dan kuat dengan apa yang diberi oleh Allah. Walaupun reda, sabar dan kuat ini adalah perkara yang paling perit sekarang, tapi kami percaya ada gembira di akhirat nanti. Kami sentiasa menadah tangan untuk memujuk dan pujuk rayu Allah kerana ketika dan saat ini hati kami sangat merintih. Merintih kepada Allah kerana Allah suka orang yang merintih kepadaNya. Kami mahu meraih hikmah besar ini dariNya. Tapi hati perempuan, hari ini kuat, esok lusa tak tentu lagi. Terkadang, FAD seakan putus asa. Ketika rasa itu datang, hanya doa dan zikir sebagai peneman, sebab reda dan sabar tak semudah dikata. Tapi, ini janji Allah bahawa orang yang beriman pasti akan diuji.

“Aku dah taat perintah Allah, aku dah solat, aku dah baca al-quran, aku dah sedekah, aku dah zakat, tapi kenapa aku diuji?”. Lalu Allah bagitahu, “Jangan sesekali kamu kata kamu beriman, kalau kamu tidak diuji, jangan kamu fikir kamu akan masuk syurga, sedangkan kamu tidak diuji seperti orang-orang dan para nabi sebelum kamu.”

Subhannallah.

Dalam 1 hadis kursi, ada mengatakan, “Kalau hambaKu datang kepadaKu berjalan, Aku datang pada dia berlari, kalau hambaku datang kepadaKu berlari, Aku datang kepadanya sepantas kilat”.

Ujian hanya untuk orang yang layak menerimanya.
Kenapa FAD? Kenapa Allah ambil anak FAD? Kenapa bukan orang lain?

Kerana, Allah telah tilik satu persatu, berkali-kali hati ini, lalu Allah bagitahu, orang ini sangat layak menerima ujian ini dari Aku. Bukan semua orang, tapi setiap diri masing-masing ada takdir mereka sendiri. Wallahu a’lam. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Bagaimana FAD menyiapkan diri dengan ujian yang tidak diduga ini?.

Pandang orang lain yang lagi hebat diuji, tentu kita akan rasa betapa kecil dan tak seberapa ujian yang Allah berikan untuk kita rasai.
  • Rasullulah saw, walaupun setiap hari tersenyum, tapi hari-hari nabi menangis dalam doanya. Rasullulah saw kehilangan orang tersayang. Cuma kesedihan kita dan kesedihan nabi itu sangat berbeza. Baginda kehilangan ibu, ayah, isteri malah 3 orang puterinya. Tetapi tetap tabah lalui hari-harinya.
  • Kehilangan Yusof. Ayahnya kehilangan anak yang paling disayangi. Namun Allah lebih tahu apa yang dirancangkan.
“Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar. ”

Wahai Allah, anak aku Kau punya, segala-sagalnya Kau punya Ya Allah. Kau adalah yang berhak memberi dan Kau juga berhak mengambilnya.

Sedikit kita berfikir, berdoa, berzikir, merintih tapi nilainya besar disisi Allah.
  • Ada orang, Allah bagi mata. Allah bagi pinjam sampai 17 tahun. Sihat. Tapi bila 17 tahun sakit, Allah ambil matanya. Sebab mata itu siapa punya? Allah punya.
  • Ada orang, Allah bagi anak sampai umur 21 tahun. Tiba-tiba kemalangan. Allah ambil anak dia, sebab apa? Itu hak Allah.
Itu hak allah. Allah maha mencipta dan kita adalah mahluk yang dicipta yang perlu akur dan tunduk kekuasan dan kehendakNya.

Adakah sedih dibenarkan dalam agama? Jawapannya, ya. Tetapi ada batasnya.


Hikmah:

Yakinlah, ada hikmah dan rahmat disebalik dugaan ini. Kematian adalah sesuatu yang pasti dan apabila sampai waktunya semua kita pasti akan menghadapinya. Malah kalau menyorok dalam gua sekali pun Malaikat Maut akan tetap datang juga.

Hadis riwayat Abu Hassan radhiyallahu’anhu, ia berkata:
"Saya mengatakan kepada Abu Hurairah, bahawa dua orang anakku telah meninggal dunia. Adakah berita (hadits) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang dapat engkau sampaikan kepadaku yang dapat menyenangkan hati kami berkenaan dengan anak kami yang meninggal itu. Abu Hurairah menjawab: Ada! Anak-anak kecil (yang meninggal) menjadi kanak-kanak syurga, ditemuinya kedua ibu bapaknya, lalu dipegangnya pakaian ibu bapaknya - sebagaimana saya memegang tepi pakaian ini – dan tidak berhenti (memegang pakaian) sampai Allah memasukkannya dan kedua ibu bapaknya kedalam syurga." (Hadis Sahih Riwayat Muslim : 2635-1524)

Anak ini insyaAllah menjadi penghuni syurga. Oleh itu bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa dalam hidup kita. Ganjaran sebenar bagi kita adalah di sisiNya.


Wallahu a’lam. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Wassalam~

Relakanlah dia pergi…ALLAH KAN ADA!

Monday, January 13, 2014

Just turn 2014

Salam semua, alhamdulilah, sudah masuk tahun baru kita, tahun 2014. Setiap tahun bila tiba tahun baru, mesti orang akan bertanya, apa impian tahun lepas yang belum tercapai? Apa impian tahun baru? Dan apa impian tahun lepas yang akan dibawa ke tahun depan? :)

Tahun lepas = 2013, tidak banyak impian FAD sebenarnya, ada 2 yang paling besar iaitu, beli kereta dan kahwin dengan orang tersayang. Alhamdulilah, 2 impian tu sudah termakbul. Tahun ni = 2014, belum ada impian sebenarnya, cuma ada 1 impian yang ada secara automatik. Apakah itu? :) Impian jadi seorang ummi :)

Alhamdulilah, kandungan FAD sudah mencapai third trimester. Now, I pregnant 30 weeks. Tak banyak yang FAD nak share masa FAD mengandung ni. Alhamdulilah tak terhingga, semuanya berjalan lancar. Just a normal feeling as a pregnant women. Dari first time dapat tahu FAD pregnant, FAD terus niat, "anak FAD ini akan senangkan FAD dalam semua perkara, Insyallah. Alhamdulilah, ianya menakjubkan. Untuk entry kali ni, just nak share beberapa gambar semasa kehamilan FAD.

20 weeks in pregnancy:



24 weeks in pregnancy:


25 weeks in pregnancy:


Now, I'm 30 weeks in pregnancy:




Sejujurnya, memang tak sedar bila masa perut ini membesar :) Sekarang baby memang aktif sebab sentiasa bergerak tak kira masa. Alhamdulilah,syukur pada ALLAH swt kerana FAD hamba kerdil yang telah dapat merasai nikmat dariNya ini. Terima kasih juga sebab kurniakan FAD seorang suami SHOLEH yang tidak dapat FAD ungkapkan dengan kata-kata. Sayang Abang until jannah :)