Monday, October 17, 2011

Sudah Cukupkah Bekalku?

Salam semua, ALHAMDULILAH sudah lebih 2 minggu FAD kerja di department baru di TM. ALHAMDULILAH juga sudah seminggu FAD bawa motor ke office. Tapi nak tahu tak, apa yang berlaku kepada FAD selepas 1 minggu FAD menaiki binatang peliharaan FAD 2?

Hari Pertama:

  • sesat sampai ke KLCC
  • sampai office jam 9.30am (sepatutnya jam 8.30am)
  • balik kerja, ALHAMDULILAH, sampai dengan selamat :-)
Hari Kedua:
  • pergi kerja langgar side mirror orang
  • balik sesat sampai ke Setapak
  • balik sampai hostel jam 8.30pm (sepatutnya balik jam 6.00pm)
Hari Ketiga, Keempat & Kelima:
  • naik taxi macam biasa (sebab takut) :-)
Hari Ahad (16/10/11)
  • pergi Shah Alam ambil jubah naik motor
  • pergi dengan selamat
  • balik sesat macam hari kedua dan plug break depan tercabut.
  • masa di workshop untuk betulkan break depan motor, FAD telah melanggar kereta kancil orang, lampu kereta 2 pecah sikit
  • motor FAD bahagian depan rosak teruk, side mirror patah, lampu depan terkeluar, cover 60% rosak


Sekarang motor masih berada di bengkel. FAD bersyukur sangat, yang FAD masih selamat lagi. Apa yang boleh FAD katakan ialah, inilah dugaan FAD. ALLAH swt sayangkan FAD. Masa malam kejadian FAD melanggar kereta orang tu, FAD asyik terfikir, kalau la FAD cedera parah, dan FAD tak dapat bergerak atau FAD da tak bernafas lagi dimuka bumi ini, sudah cukupkah bekalan FAD untuk hari akhirat kelak? 

Ya ALLAH, tolonglah aku! Selamatkanlah aku dari segala malapetaka dan perkara yang tidak diingini ini berlaku. Luka ini terasa perih lagi. Sesekali diuji sebegini membuatkan FAD lebih takut hadapi hari esok tapi sesungguhnya FAD percaya, kita tidak sepatutnya mengeluh tapi sebaliknya kita patut mengingati diri kita tentang mati selain dari berhati-hati.

Note FAD 1: Umi, abi dan CCF risau sangat tentang accident ini. TQVM semua! :-)