Wednesday, October 12, 2011

CiN ta Anugerah ALLAH swt - terima kasih CiN ta FAD

Salam sayang dari FAD untuk semua =) (salam sayang la pulee ,,,ehe =) ) Tahun 2011 adalah tahun mencabar + indah yang FAD dapat rasakan. Seperti tahun-tahun dan entry-entry sebelum ni, memang banyak perbezaan sebab FAD masih di alam persekolahan. =) Cuma untuk tahun ni ada sedikit perubahan sebab,,,,sebab???? jeng3 ..... =) Mungkin post kali ini agak panjang sedikit nukilannya.
  • Jan 2011
    • Pada awal tahun 2011, keadaan sukar untuk FAD lalui sebab FAD tertekan dengan FYP (Final Year Project).Walaupun 1 semester =  6 bulan tapi tempoh semester akhir itu FAD rasakan macam 6 tahun lamanya. Dalam hati ni, asyik mengomel, "bilalah nak habis semua benda alah ni"  Dari mula masuk sem sampai final sem, ada saja benda nak di settlekan. Walaupun FYP FAD ada masalah tapi the end of due date sebelum result bakal dicatat dalam transkrip FAD, FAD dapat meredah dan menyelesaikan dengan baik walaupun tidak excellent. ALHAMDULILAH syukur kepadanya =)
  • May 2011
    • FAD telah menamatkan pembelajaran FAD di UiTM Shah Alam  (Degree in Data Communication and Networking ). Jadi, inilah tahun pertama FAD selepas GOT (grad on time,, weee =) ) Terasa diri FAD masih banyak yang belum belajar lagi. Tapi ALHAMDULILAH sekali lagi, syukur ke hadrat ilahi segala urusan FAD untuk menghabiskan pembelajaran ini dipermudahkan. TQVM kepada umi dan abi kerana tak lekang untuk mendoakan saya dan kawan-kawan.
  • July 2011
    • Bulan ni FAD rasa happy sangat. 17711 adalah permulaan tarikh untuk kehidupan baru FAD. CCF (C Cin Fad) telah datang untuk merisik (wee,,,) terasa gembira sangat tapi pada malam merisik  FAD tiada di rumah sebab FAD berada di Asahan, Melaka. Sebernarnya, sebaik sahaja FAD menamatkan pelajaran di UiTM, FAD telah mengikut Skim Latihan 1 Malaysia under Telekom Malaysia, dan FAD ada nyatakan training ni disini. Jadi disebabka aktiviti yang padat semasa training ni dijalankan, tak dapatlah FAD menghadirkan diri untuk majlis merisik FAD itu. Maaf yea CCF. Berita kedatangan CCF disambut gembira sangat oleh keluarga FAD apatah lagi empunya diri =). Bila sumber kekuatan datang 'menyerang' rumah, rasa doa telah dimakbulkan sedikit demi sedikit, amin. Mungkin jodoh FAD telah sampai. Terima kasih CINta ku, lebih 7 tahun berkenalan dan mencari CINta, akhirnya kita hampir bersatu. Semoga CINta yang suci ini akan terus berlandaskan jalan ALLAH swt, amin. =) Majlis merisik ni sebenarnya berlangsung beberapa minggu sebelum Along FAD bertunang. Jadi umi dan abi FAD sebenarnya yang paling nervous dalam manghadapi situasi ni =). Tapi ALHAMDULILAH, segalanya berjalan dengan lancar. Tahun ni juga FAD beraya dengan penuh rasa bahagia dan hati berbunga-bunga =) TQVM awak, FAD akan ingat & tak akan pernah lupa tarikh 17711 sampai bila-bila! :-)
  • August 2011
    • Inilah interview pertama selepas FAD grad dan ianya memang great! =). Pengalaman kedua interview di Telekom Malaysia, tapi kali ni position yang berlainan, up lagi dari interview pertama selepas diploma iaitu Assistant Manager di IT Department. FAD memang berharap untuk dapatkan position ini sebab sudah tiba masanya FAD berkerja kuat untuk mak ayah dan hari hadapan FAD. Mengalaman interview kali ini tidak la macam first time dulu, nervous kurang sikit sebab FAD lebih banyakan berzikr dan tenangkan hati. ALHAMDULILAH sekali lagi, segala urusan dipermudahkan. 
  • October 2011
    • ALHAMDULILAH, ALLAH itu Maha Adil. DIA tahu setiap susunanNya adalah yang terbaik untuk umat-umatnya. Interview di TM pada bulan August hari tu FAD telah dapat jawapanya. 11011 bermula la kerjaya FAD sebagai Assistant Manager di IT&NT milik Telekom Malaysia. ALHAMDULILAH dan FAD bersyukur sangat2. Ya, ALLAH Kau perkenankan sedikit demi sedikit doa-doa ku ya ALLAH. Dan bulan ni juga FAD CONVO! Alhamdulilah, 231011 hari FAD akan dapatkan skrol untuk kali ke-2 selepas diploma. Kali ini juga kali kedua FAD mendapatkan skrol bersama umi, abi dan CCF =)
FAD tahu ini semua doa mak ayah FAD jugak serta orang yang berada dekat sekeliling FAD. FAD harapkan semua urusan FAD akan berjalan dengan lancar. Sebagaimana kalian mendoakan FAD, FAD juga mendoakan kalian juga =). Entry ni mungkin agak unik sebab biasanya orang akan update blog sekali setiap bulan tapi FAD rumuskan apa yang berlaku dalam hidup FAD setahun dalam 1 entry =) lucu tapi inilah FAD! =)

Wassallam
:-)

Note FAD 1: Menyimpan impian untuk sambung pelajaran (Master), mungkin selepas menjadi isteri orang kerana ingin sangat belajar ketika suami berada di sisi (impian 4 tahun dulu) =)

Note FAD 2: Alhamdulilah elaun pertama di SL1M, FAD melanja umi dan abi makan di luar. Ini first time melanje selepas pengang duit sendiri. Tersentuh apabila umi dan abi tak putus-putus tersenyum ketika makan sampailah FAD bayar bil. Mungkin dalam hati mereka berbisik, "da besar anak mereka yang satu ni". Sayang umi dan abi sangat-sangat! =)

Note FAD 3: Belum sempat melanja CCF lagi sebab lebih memikirkan umi dan abi dahulu. InsyALLAH, FAD akan buat something special untuk CCF. 

Note FAD 4: Menanti hadiah dari CCF =). Malu-malu ..... =)