Tuesday, May 17, 2016

Nur Aisyah : Fragrance From Heaven

Assamualaikum semua.


Lama FAD tak menulis di sini. Alhamdulilah, syukur pada Allah. Baru berkesempatan nak updated blog. Rasanya hampir setahun jugalah simpan kisah Aisyah. Entry kali ni, FAD nak cerita betapa istimewa dan indahnya kelahiran kali kedua ni. 

Sebelum tu,
Terima kasih kerana ingat lagi kisah Sufi.
Terima kasih kerana tak pernah lupa pada arwah.
Terima kasih kerana viralkan kisahnya.

Sufi dapat hadiah Al-Fatihah tak henti-henti dari viralnya tu. FAD baca setiap comment yang dihantar tapi tak mampu nak balas setiap satu. Kalau ada peluang, FAD memang nak berterima kasih pada semua yang sudi mendoakan arwah dan FAD sekeluarga.

Walau Sufi da ada adik, FAD tak akan pernah bezakan rasa rindu terhadapnya. Reda itu susah, tapi tu yang Allah suka. Takpe...belajar reda sebab semua itu ada hikmahnya bukan?

---------------------

Throwback  9 month experience again.

Selepas 4 bulan kehilangan Sufi, 1 get 9 month experience again. Alhamdulilah syukur. Tak perlu tanya, "kenapa cepat?". Jangan persoal tentang cepat dengan FAD, dalam keadaan FAD ketika itu, FAD akui, I was hoping for that. Syukur alhamdulilah sebab Allah maha mendengar.

2 kali mengandung dengan 1 kematian, membuatkan FAD agak takut dengan kandungan kali kedua ni. Susah nak cakap betapa risaunya hati ni. Tapi, 9 bulan berlalu dengan indah. Seindah ketika mengandungkan Sufi. 


Pengalaman bersalin kali ni sangat berbeza dari Sufi dulu, Allah nak bagi FAD rasa pengalaman baru. FAD ditakdirkan bersalin secara cesarean untuk anak kedua ini.

Cesarean.

Baby breech pada minggu ke 37. Perasaan? Takut sangat. Memandangkan FAD da ada history kematian dulu, FAD mahupun doctor tak mahu ambil risiko untuk tunggu lebih lama. Alhamdulilah, genap 37minggu 4 hari, FAD telah diberi tarikh untuk bersalin. Walaupun czer, nikmat bersalin tu tetap ada. Sakit tetap sakit kerana setiap kelahiran bukannya semudah ABC. FAD bersyukur dan bertuah sebab ALLAH bagi FAD rasa dua-dua. Tak kisah cara macam mana sekali pun dia keluar, FAD cuma mahu anak FAD selamat.

23.4.2015

FAD admit di hospital yang sama masa Sufi dulu. Start puasa pada pukul 11 malam, sebab FAD dijangka masuk ke bilik OT pukul 11 pagi esoknya. Macam biasa, Sholeh teman FAD sampai segala urusan siap. Dalam rasa takut tapi kami tak sabar. Tak sabar tunggu hari esok. Sebab esok kami bakal ada si kecil yang kami tunggu-tunggu selama ini. Betul cakap orang, 'your mother loved you even before she saw you'.

FAD: "Malam ni malam terakhir kita berdua, esok kita da bertiga da".
Sholeh: "Amin. Sabar k".


---------------------------------------------------

24.4.2015

Akhirnya.....

Tangisan untuk satu kelahiran.

Hari Jumaat, dalam keadaan FAD mamai  dibuis, lebih kurang pukul 11.51 pagi, maka lahirlah sang bidadari pelengkap keluarga kecil kami. Syukur alhamdulilah, I'm so blessed finally I become a real mother.

Seakan semuanya baru untuk FAD. Kali pertama FAD dengar tangisan baby dari perut sendiri. Kali pertama FAD nampak baby bergerak dalam keadaan berdarah. Kali pertama juga FAD nampak Sholeh teruja mengazankan anaknya. Allah! Dan kali kedua Sholeh masuk bilik OT teman FAD. Sukar nak cakap perasaan tu, tapi feel dia macam FAD nak lari dalam hujan sebab FAD tak nak orang tahu yang FAD sedang menangis dalam kegembiraan. Sakit memang sakit tapi nikmatnya bila baby keluar, subhannallah...

Alhamdulilah, FAD da ada sepasang anak! Dan dah tentu Sufi da ada adik. FAD bersyukur walaupun czer tapi Allah permudahkan urusan kelahiran anak kami kali ini.




Alhamdulilah thummalhamdulilah. Syukur the baby is doing good and healthy as well. Subhannallah, its beyond precious. And we sure, his lovely syurga brother must be happy too. Nothing more we would like to ask.

Day 7 of life, we announce our little princess: Nur Aisyah Binti Muhammad Sholeh.

Semoga membesar seindah namamu anak. Semuanya sempurna seperti apa yang kami sentiasa harap dan doakan. Terima kasih kepada keluarga FAD, keluarga Sholeh, sahabat handai dan SEMUA yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kami. Kami benar-benar dapat rasakan berkatnya doa kalian itu. Semoga Allah membalasnya satu per satu.

------------------------------------------------

Masa kelahiran Aisyah, FAD dapat 1 suprise dari Allah. Surprise yang buat FAD rasa terlalu dekat dengan arwah Sufi. Surprise yang membuatkan FAD rasa sebak lain macam.

FAD dimasukan di ward yang sama masa bersalinkan Sufi dulu. Katil yang sama, no bilik yang sama, posisi katil pun masih lagi sama. Malah, nurse-nurse dia sana masih sama dan masih ingat FAD. Maasyallah. Kenapa Allah bagi rasa tu?



Alhamdulilah, sekarang bermula kehidupan kami sebagai ibu dan ayah. Sukar nak gambar perasaan tu. Setiap kali tengok Aisyah FAD rasa sebak sebab Allah ni baik sangat dengan FAD. Tapi sungguh, FAD gembira dengan pinjaman ini. Perasaan yang FAD tak dapat masa Sufi dulu tapi Allah bagi masa Aisyah. Sampai satu tahap FAD cakap dengan Sholeh, "betul ke ni anak kita?". (lap airmata)

Ini pinjaman Allah. Pinajman yang akan FAD jaga dengan penuh tangungjawab.

FAD tak tahu nak cakap macam mana, untuk isteri-isteri yang masih belum berpeluang rasa perasaan ini, FAD akan doakan, sentiasa doakan yang suatu hari nanti anda akan rasa perasaan jadi MAK dan keluarkan anak dari rahim sendiri. FAD tahu, penantian tu satu penyiksaan, penantian tu memeritkan dan penantian tu kadang-kadang boleh buat kita putus asa. FAD pernah berada dalam keadaan tu. Tapi jangan pernah lelah atas ujian Allah. Jangan pernah rasa putus asa. Jangan pernah rasa useless. Jangan, jangan dan jangan!. Dan tolong berhenti persoalkan kerja Allah. Ganjaran Allah kalau tidak di dunia, pasti akan dibalas di akhirat kelak.

FAD memang mudah menangis sebab hati ni terlalu nipis tapi menangislah kalau itu buat kita lega sebab kita manusia. Tapi pernah dengar tak? "jika allah cepat memakbulkan doamu maka Dia sangat menyanyagi mu, jika Allah lambat memakbulkan doamu maka Dia sedang mengujimu, dan jika Allah tidak memakbulkan doamu maka Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk mu."


Our little family, sederhana tapi sempurna.


Nur Aisyah Binti Muhammad Sholeh

Alhamdulilah Allah memberi kesempatan membesarkan anak kecil ni sehingga sekarang. Harini Aisyah da berusia 380 hari. Tepat janji Allah, Dia akan gantikan dengan yang lebih baik.

If Allah is making you to wait, then be prepared to receive more than what we asked for. Trust Him,  He already  knows the story of your heart and your soul. I learnt a lot and  I still have a long way to go, Insyaallah.

Ramai cakap Aisyah copy paste Sholeh. Fad tak pasti Aisyah rupa siapa tapi your children is the reflection of you. Dan FAD memang tak secomel Aisyah but accept the facts that shes from my blood too :) 

Sufi dan Aisyah da jadi separuh daripada hati dan jiwa kami, setiap moment mereka masakan mudah dilupakan begitu saja.

Aisyah buatkan kami bersyukur setiap hari pada Allah. 

She's beautiful. I very appreciate every single moment with her and Sholeh. They such a beautiful souls.

Terima kasih sebab jadikan ummi seorang mak. Dan terima kasih sangat sebab jadi anak yang baik untuk ummi dan abi. Walaupun ummi bertarung nyawa melahirkan kamu ke dunia tapi ummi bersyukur sebab ia kenangan paling manis dan paling indah dalam hidup ummi. Seindah dan semanis masa ummi bersalin kan abang Sufi dulu. Yang penting, tangisan pertama mu buat ummi cair. Aahhhh.........


Untuk Aisyah, (walaupun belum tahu baca) thank you for being a part of my story. Its only our beginner chapter sayang. Maafkan ummi . Ummi kadang-kadang marah, sebab tak dapat kawal perasaan tu, macam 'singa' kan? Tapi sifat tu khas untuk survival, berfungsi bila perlu je. I'm too far to be a good ummi. Walaupun 10x ummi marah tapi 10000000x yang ummi sayang. :)

Happy Birthday Nur Aisyah. Semoga jadi anak yang baik. Kalau ummi pergi dulu, tolong jaga abi dan bakal adik2 mu nanti sebaik mungkin yea? Ummi sayangkan Aisyah macam nyawa ummi. Sebab bukan senang ummi nak dapatkan Aisyah :(


Selamat Ulang Tahun yang Pertama,
Nur Aisyah Binti Muhammad Sholeh.
24.4.2015

Dari Ummi & Abi,
Yang sayang awak sampai syurga :)

Saturday, March 14, 2015

11 Mar - always remains in my heart.

Assalammualaikum.

Sufi.....
He already 1 today.
You left us beautiful memories,
although we cannot see you anymore,
I believe you're always at our side.
Miss you so much Sufi.

11.3.2014 - 11.3.2015 - always remains in my heart.

Special gift for you, that Ummi create with love and tears.

Happy brithday Sufi.
Walau sudah bersama Allah, kami tetap tak akan lupa.






Tuesday, March 3, 2015

Hadiah Buat 'Affan

Assalamualaikum.

Khas buat Ajda dan your precious 'Affan.


Tahniah 'Affan, da setahun usiamu sayang. Ummi FAD so very happy :)

Ajda,
Setiap kali teringatkan arwah Sufi, Fad pasti akan teringatkan 'Affan juga. Terasa sangat dekat sebab mereka lahir hanya selang sehari.
Ingat tak?
 'Affan teman sama-sama Sufi dalam perut, makan cempedak goreng sama-sama, teman kita ke office sama-sama dan mereka jugalah teman kita sakit sama-sama. :)

Terima kasih kerana membenarkan FAD melihat 'Affan kamu dari jauh. Walaupun belum pernah memdukungnya, tapi FAD dapat rasa yang 'Affan sedang membesar dengan baik sekarang.


Ajda tahu tak? Mulut 'Affan sama macam mulut Sufi masa lahir dulu. Mulut yang sangat muncung dan halus. Malam-malam, kalau FAD teringatkan Sufi, FAD akan suruh Sholeh buat mulut Sufi masa lahir. Dan mulut inilah yang Sholeh akan buat. Kami akan sama-sama ketawa kecil sambil teringatkan Sufi yang comel tu. :)



Sorry Ajda, very hard to see each other due to our busy schedule. But 'Affan's picture will my moment.

I just hope you will have many more kids and happy ahead with your loving husband.

Semoga 'Affan menjadi anak yang sholeh dunia akhirat, membawa ibu bapanya ke syurga, abang yang bertanggungjawab dan menjadi insan yang sentiasa menjaga kesucianya. :)

Somoga Allah swt sentiasa kuatkan Ajda melalui kehidupan sebagai seorang anak, isteri dan ummi. Walaupun dah nak patah tulang 4 keratmu, jangan kamu merungut tentang anak dan suamimu. Sebab tak semua dapat apa yang Ajda dapat :) Ingat kan, Allah tak kan bagi pahala jihad kalau pergorbanan itu kecil.

Terima kasih kerana bertanya khabar FAD, terima kasih atas perhatian itu. Alhamdulilah, kami sentiasa merindu Sufi dan 'Affan selalu menjadi sebahagian dari FAD.


Love and Hug,
Ummi Fad & Abi Sholeh.



Thursday, November 20, 2014

Rindu Buat Sufi

Assalamualaikum....

RINDU YANG TERASA

Sufi,
Malaikat kecil ku,
Tahukan kamu ada apa di hati Abi,
Ummi ingin kau tahu,
Ada kerinduan mendalam teramat,
Ada cinta yang tebal membara,
Doakan Abi selalu
Semoga Abi kuat untuk Ummi dan bakal-bakal darah dagingmu nanti....

Allah,
Terima kasih atas ketentuan takdir indahMu ini,
Kami kuat kerana ujianMu,
Kami akan menyintaiMu selalu.....

Salam Rindu
Fad
Untuk
Sholeh
Untuk
Sufi



Nukilan Asal
http://cakshon.com/tag/ayah-rindu-anak/

Olahan
Saya
https://www.youtube.com/watch?v=IA-rNu2sRMU&feature=youtu.be



Tuesday, October 21, 2014

Just turn 3 in TM

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, pejam celik, pejam celik sekejap je rasa 3 tahun kerja. 1/10/2014 - 3 tahun dan FAD masih berkerja di TM. Syukur, alhamdulilah. Tarikh yang sama, 3 tahun lepas, FAD masih confius, betul ke FAD dah kerja ni??!!! Dengan baru habis belajar, seingat FAD baru 4 bulan tamat pengajian di UiTM, terus dapat kerja. Memang belum puas FAD nak topap tidur, nak topap rehat, nak topap lepak,nak topap makan, nak topap jalan-jalan, nak buat semua benda yang FAD tak dapat buat masa belajar dulu. Tapi dah 3 tahun ni, rasa bersyukur sangat sebab ada kawan-kawan yang lain perlukan bertahun-tahun untuk dapatkan kerja.

Alhamdulilah, syukur pada Allah. Dunia perkerjaan ni tak sama dengan dunia belajar. Penat kita, hujung bulan dapat duit. Tapi masa study, penat kita, hujung sem dapat exam :D
Ada kawan-kawan mengeluh, "rindunya zaman belajar", "rasa nak sambung study pula", "stressnya kerja!", "susahnya nak puaskan hati semua orang time kerja ni".

Bagi FAD, itu semua normal. Perasaan normal kalau kita tengah banyak kerja. Kerja ni tak pernah habis. Sepanjang FAD di TM unit ITNT, banyak benda baru yang FAD pelajari. Ada ketika, perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain. Ada ketika, orang tak hargai pun pengorbanan kita. Ada ketika, kita penyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain. Ada ketika orang nampak salah kita, tapi tak nampak puncanya dari mereka. Ada ketika, kita rasa letih untuk merasa semua ni, tapi suatu ketika nanti, pasti semuanya ada jawapannya selagi kita memilih untuk BERSABAR.

Yup, bersabar. Orang cakap, kerja sebagai ibadah dan kerja kena ikhlas. TAPI bila sampai 1 tahap, bila kerja datang bertimbun-timbun, error datang dan terus datang, orang duk push buat kerja, boleh datang tak ikhlas untuk kerja.  Dan yang paling worst, sampai tanggungjawab seorang isteri dan anak terabai. Aahhhh.......

Subhannallah..mengeluh yea FAD? :)

Betul orang kata, kalau kita buat kerja yang kita suka, senang je nak datang ikhlas tu. Tapi bila kita buat kerja yang kita tak suka, susah nak datang ikhlasnya.

Cuma apa yang FAD amalkan, kurangkan mengeluh dan banyakan bersabar. Kalau kita mengeluh je, takde apa yang berubah pun. Bukan tak boleh mengeluh, boleh tapi ada had dan caranya. Macam FAD, FAD selalu mengadu dekat Sholeh. Mengomel itu ini pasal kerja. Walaupun Sholeh tak faham tapi dia boleh pinjamkan telinga dia untuk FAD. Begitu juga dengan Sholeh. Sebenarnya bukan FAD sorang je stress kat tempat kerja, semua orang pastinya. Jadi, lalui macam biasa. Kan dah cakap tadi, pasti semuanya ada jawapannya selagi kita memilih untuk BERSABAR. :)


Tahniah FAD kerana masih bertahan di TM!