Tuesday, September 20, 2011

Sabar Itu Indah

SALAM, alhamdulilah, ini post yang pertama setelah FAD menamatkan zaman universiti =) Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi, segala urusan FAD telah tercatat indah =) Sekarang FAD sedang jalani training di TM di bawah TM Enterprise BPO. Setakat ini, semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah dipermulaannya. Biasalah, mula-mula berkerja, itulah adat resamnya.




Sepanjang FAD tidak megupdate blog FAd ni, banyak perkara yang berlaku untuk beberapa bulan ini. Nak share ke tidak =) ehe,,,,hihik,,rasa malu pula =) tapi bukan semua yang berlaku begitu indah untuk FAD hadapi, ada juga yang pahit terpaksa FAD tempuhi. Tapi yang penting, bagaimana kita hadapi dan menjadikan ianya +ve itulah adalah yang paling penting. Jangan risau, FAD akan kongsi suka duka FAD di dalam blog ni =)



FAD harap FAD akan kerap update blog dari masa ke semasa. Boleh tak kalau FAD minta sesuatu? DOAkan FAD yea? Doakan segala urusan dan perancangan FAD dipermudahkan dan diberkati olehNya. amin,,,,,=) sudah tentu FAD mendoakan seluruh umat Islam di muka bumi ini, hatta yang hidup mahupun yang mati.

Wassalam =)