Friday, January 4, 2013

Gajah mengata diri sendiri

Salam semua :) Alhamdulilah, 2013 sudah melambai kita. Macam baru semalam je 2012. Setuju tak kalau FAD katakan yang doa dan hajat tahun ini dan tahun-tahun dulu pun masih ada yang belum termakbul lagi? :) Bagi FAD, sama juga, cuma tahun ni FAD rasa bermakna sikit, sebab dah semakin besar :D Ada juga pencapaikan hidup yang termakbul secara dirancang ataupun ALLAH swt yang merancang. Alhamdulilah, susunan ALLAH swt itu memang indah. Samada tercapai atau tidak, DIA tahu mana yang terbaik untuk hambanya. FAD selalu berpesan pada diri, ALLAH swt telah susunkan kehidupan untuk kita, hanya DIA sahaja yang tahu. Berusaha untuk mencari keredaanNYA, dan sentiasa bersangka baik denganNya.

Okay, berbalik pada topic gajah :p FAD rasa pencapai terbaik FAD tahun ni adalah FAD dapat beli camera yang FAD memang idam-idamkan sejak FAD di alam u lagi. Hasil kumpulan gaji sebanyak 3 bulan dengan saving yang melampau dan shopping yang minimum, akhirnya DSLR ini berada di depan mata :)

Nikon D5100


Harga dia? Korang boleh google kot :p Just FAD ada adds on sikit lah kat camera ni. Dan ini lah gambar pertama yang FAD ambil dari camera FAD ni :)
Aisa Zaidun :)

Aisa yang teman FAD beli camera ni, Thanks Aisa :) Nanti teman lagi eh..heee :) 

Bila ada camera ni, semakin membuak-buak nak ambil gambar yang cantik-cantik tapi......Sibuk kerja macam mana nak asah bakat tu. Poor FAD :(  but! make your life awesome even you are busy :) Yup, just create the time!. Create the time for your hobby. Sekarang, its work it :) Penat kerja tapi kalau buat kerja yang kita minat, hilang penat kerja tu :D Itu salah satu plan tahun 2012 yang tercapai. 

Plan yang tak terplan tapi tercapai ialah:
  • FAD dah jadi mak....mak sedara kepada Nazarul Adam Bin Najmi Walkis (kakak cakap rezeki cepat, alhamdulilah :) )

  • Beli tanah kebun 1/2 ekar (sepatutnya plan dah tua nanti baru nak beli tanah supaya ada kerja lepas pencen )

  • Bertunang with Muhammad Sholeh Bin Mohd Jalil (sepatutnya plan umur 27 tahun nanti, tunang terus kahwin)

  • dan naik kapal terbang (sepatutnya plan lepas kahwin, nak naik dengan husband)



Alhamdulilah, sebenarnya dugaan datang silih berganti untuk memdapatkan apa yang kita mahukan. FAD merancang 1 tapi ALLAH swt memberi lebih. Sebab tu, FAD selalu berpesan kepada diri sendiri, berusaha untuk mencari keredaan ALLAH dan sentiasa bersangka baik denganNya.

Untuk tahun ni, tiada apa-apa yang tinggi impiannya, cuma.....target nak jadi isteri orang je, eh! :p Harap semuanya berjalan lancar.  Sebenarnya FAD mengambil masa hampir sebulan untuk menyiapkan entry ini, tapi terasa macam 2 tahun saja, iyelah, dari tahun lepas ke tahun ini, :) Dari hati FAD, sedih mahu meninggalkan tahun lepas dan selepas-selepasnya sebab kita akan merindui kenangan kita. Kenangan yang tidak terbayar, kenangan yang mengajar, dan kenangan yang menyedarkan. FAD jarang menagis sekarang. mungkin sudah puas menangis dulu.  Tapi FAD syahdu melihat diri FAD kerana, FAD cepat membesar dan sudah pandai terlalu tahu banyak perkara. Terasa masa berlalu begitu pantas :(