Friday, May 4, 2012

Setitik Embun Kasih Sayang

Salam :) Happy Labor Day FAD! Tahun pertama menyambut hari pekerja. 2012 tahun untuk fasa baru hidup FAD. Alhamdulilah, 8 bulan bekerja melayakkan FAD menikmati bonus. Walaupun hanya dapat saparuh dari gaji 1 bulan, its already bermakna sangat da bagi FAD :)  Apa yang FAD buat dengan duit bonus tu? Jeng3 :)

Orang kata, kerja penat-penat kenelah reward diri sendiri. Tak gitu? :) Inilah reward yang FAD beri untuk diri FAD, BELANJA FAMILY FAD DINNER :)

Inilah tempatnya: Medan Ikan Bakar Sabak Awor



Menu kami pada hari itu ialah:
 Sayur kangkung goreng

 Ikan siakap 3 rasa

 Ikan pari bakar + sambal sedap

 Sotong + udang goreng (my favorite )
(sumber internet: sorry tak sempat ambil gambar time tu :) )

Happy sangat tengok mak ayah adik-adik dan cin mit happy, itulah reward terbaik FAD! kakak dan abang tak dapat join kerana masing-masing sudah duduk jauh sejak berkahwin. Sayalah kakak 'sulung' mereka bermula dari sekarang. Buat mak dan ayah:

  • terima kasih kerana melahirkan FAD
  • terima kasih kerana sentiasa mendoakan FAD 
  • terima kasih melayan karenah FAD selama lebih 24 tahun ni
  • terima kasih kerana tak pernah mengeluh dengan FAD
  • terima kasih kerana membuatkan FAD rasa sangat bertuah memiliki ibu bapa seperti anda
  • terima kasih untuk segala-galanya
Ini hanyalah balasan kecil dari FAD, tak terbanding dengan jasa mak dan ayah dari FAD lahir sampai sekarang. Sehari selepas meraikan bersama keluarga dan MIT, sesuatu yang berlaku kali pertama dalam hidup FAD. Cuma ada kesempatan yang sedikit untuk kami (FAD + SHOLEH) untuk keluar bersama sebelum FAD pulang, tanpa di sedari waktu pun semakin senja, dan kami berpeluang solat berjemaah bersama. Itulah solat jemaah pertama kali kami bersama-sama. Sebelum ini, sepanjang kami keluar bersama sememangnya kami tidak pernah lupa akan waktu solat, cuma tempat kami solat mesti di pisahkan dengan bahagian perempuan dan lelaki. Tapi kali ini, FAD berada di saf belakang CIN MIT.




Ceritnya bermula pada: tepat waktu Magrib pukul 7.30 kami bersetuju untuk solat dahulu sebelum menyambung perjalanan dari Melaka ke Muar. Kami singgah di Umbai untuk mencari tempat solat. Sesampai di situ, kami melihat ada surau berdekatan dengan kedai makan, jadi kami pun mengambil keputusan untuk solat dulu memandangkan azan telah berkumandang. CIN MIT pergi sebelah kanan untuk tempat solat lelaki dan FAD pergi ke kiri untuk tempat solat wanita. Sebelum tu CIN MIT telah on kan lampu di bilik solat wanita. Seakan kelam kelip lampu tu, dah la time tu da nak malam, memang meremang gak lak. FAD ada cakap dengan CIN MIT yang FAD takut, tapi CIN MIT cakap, "xpe, kan saya ada kat sebelah je ni?". 

Lampu bilik masih kelam kelip, tapi FAD teruskan juga, FAD ambil wuduk untuk solat sebelum waktu betul-betul malam. Masa FAD ambil wuduk, tiba-tiba CIN MIT datang secara perlahan, lalu berkata, "awak, lampu bilik solat lelaki rosak la, xde cahaya langung, jadi saya solat dengan awak je eh? bilik solat awak ada lampu kelam kelip ni, sekurang-kurangnya ada juga cahaya". Saya hanya mampu tersenyum dan tersenyum, tak terkata apa saya :) Itulah solat jemaah pertama kali kami bersama-sama. CIN MIT menjadi imam FAD. Dari takbir sampai memberi salam, setiap ayatnya dibaca jelas untuk FAD ikuti. Di akhir solat, CIN MIT telah menyatakan hasrat untuk FAD membacakan doa. Fad rasa terkejut tapi FAD tersenyum dan terus membacakan doa yang FAD selalu baca di setiap solat FAD. CIN MIT memerhati dan tersenyum. Sempat dia berbisik mengatakan, "bertuah dapat awak, saya suka dengar awak baca ayat ALLAH, dan doakan ibu bapa kita, tak sabar rasanya saya nak kucup dahi awak selepas solat" :) FAD tersenyum lagi. Lakukanlah, insya-ALLAH rasa cinta dan kasih sayang yang ALLAH  tanamkan dalam sanubari akan terus subur dan mekar, Terasa sekajap tapi kesannya mendalam. Alhamdulilah, FAD sudah jumpa imam FAD. FAD akan ingat tarikh 1 Mei ini sebagai hari pekerja paling indah :)