Monday, October 17, 2011

Sudah Cukupkah Bekalku?

Salam semua, ALHAMDULILAH sudah lebih 2 minggu FAD kerja di department baru di TM. ALHAMDULILAH juga sudah seminggu FAD bawa motor ke office. Tapi nak tahu tak, apa yang berlaku kepada FAD selepas 1 minggu FAD menaiki binatang peliharaan FAD 2?

Hari Pertama:

  • sesat sampai ke KLCC
  • sampai office jam 9.30am (sepatutnya jam 8.30am)
  • balik kerja, ALHAMDULILAH, sampai dengan selamat :-)
Hari Kedua:
  • pergi kerja langgar side mirror orang
  • balik sesat sampai ke Setapak
  • balik sampai hostel jam 8.30pm (sepatutnya balik jam 6.00pm)
Hari Ketiga, Keempat & Kelima:
  • naik taxi macam biasa (sebab takut) :-)
Hari Ahad (16/10/11)
  • pergi Shah Alam ambil jubah naik motor
  • pergi dengan selamat
  • balik sesat macam hari kedua dan plug break depan tercabut.
  • masa di workshop untuk betulkan break depan motor, FAD telah melanggar kereta kancil orang, lampu kereta 2 pecah sikit
  • motor FAD bahagian depan rosak teruk, side mirror patah, lampu depan terkeluar, cover 60% rosak


Sekarang motor masih berada di bengkel. FAD bersyukur sangat, yang FAD masih selamat lagi. Apa yang boleh FAD katakan ialah, inilah dugaan FAD. ALLAH swt sayangkan FAD. Masa malam kejadian FAD melanggar kereta orang tu, FAD asyik terfikir, kalau la FAD cedera parah, dan FAD tak dapat bergerak atau FAD da tak bernafas lagi dimuka bumi ini, sudah cukupkah bekalan FAD untuk hari akhirat kelak? 

Ya ALLAH, tolonglah aku! Selamatkanlah aku dari segala malapetaka dan perkara yang tidak diingini ini berlaku. Luka ini terasa perih lagi. Sesekali diuji sebegini membuatkan FAD lebih takut hadapi hari esok tapi sesungguhnya FAD percaya, kita tidak sepatutnya mengeluh tapi sebaliknya kita patut mengingati diri kita tentang mati selain dari berhati-hati.

Note FAD 1: Umi, abi dan CCF risau sangat tentang accident ini. TQVM semua! :-)



Wednesday, October 12, 2011

CiN ta Anugerah ALLAH swt - terima kasih CiN ta FAD

Salam sayang dari FAD untuk semua =) (salam sayang la pulee ,,,ehe =) ) Tahun 2011 adalah tahun mencabar + indah yang FAD dapat rasakan. Seperti tahun-tahun dan entry-entry sebelum ni, memang banyak perbezaan sebab FAD masih di alam persekolahan. =) Cuma untuk tahun ni ada sedikit perubahan sebab,,,,sebab???? jeng3 ..... =) Mungkin post kali ini agak panjang sedikit nukilannya.
  • Jan 2011
    • Pada awal tahun 2011, keadaan sukar untuk FAD lalui sebab FAD tertekan dengan FYP (Final Year Project).Walaupun 1 semester =  6 bulan tapi tempoh semester akhir itu FAD rasakan macam 6 tahun lamanya. Dalam hati ni, asyik mengomel, "bilalah nak habis semua benda alah ni"  Dari mula masuk sem sampai final sem, ada saja benda nak di settlekan. Walaupun FYP FAD ada masalah tapi the end of due date sebelum result bakal dicatat dalam transkrip FAD, FAD dapat meredah dan menyelesaikan dengan baik walaupun tidak excellent. ALHAMDULILAH syukur kepadanya =)
  • May 2011
    • FAD telah menamatkan pembelajaran FAD di UiTM Shah Alam  (Degree in Data Communication and Networking ). Jadi, inilah tahun pertama FAD selepas GOT (grad on time,, weee =) ) Terasa diri FAD masih banyak yang belum belajar lagi. Tapi ALHAMDULILAH sekali lagi, syukur ke hadrat ilahi segala urusan FAD untuk menghabiskan pembelajaran ini dipermudahkan. TQVM kepada umi dan abi kerana tak lekang untuk mendoakan saya dan kawan-kawan.
  • July 2011
    • Bulan ni FAD rasa happy sangat. 17711 adalah permulaan tarikh untuk kehidupan baru FAD. CCF (C Cin Fad) telah datang untuk merisik (wee,,,) terasa gembira sangat tapi pada malam merisik  FAD tiada di rumah sebab FAD berada di Asahan, Melaka. Sebernarnya, sebaik sahaja FAD menamatkan pelajaran di UiTM, FAD telah mengikut Skim Latihan 1 Malaysia under Telekom Malaysia, dan FAD ada nyatakan training ni disini. Jadi disebabka aktiviti yang padat semasa training ni dijalankan, tak dapatlah FAD menghadirkan diri untuk majlis merisik FAD itu. Maaf yea CCF. Berita kedatangan CCF disambut gembira sangat oleh keluarga FAD apatah lagi empunya diri =). Bila sumber kekuatan datang 'menyerang' rumah, rasa doa telah dimakbulkan sedikit demi sedikit, amin. Mungkin jodoh FAD telah sampai. Terima kasih CINta ku, lebih 7 tahun berkenalan dan mencari CINta, akhirnya kita hampir bersatu. Semoga CINta yang suci ini akan terus berlandaskan jalan ALLAH swt, amin. =) Majlis merisik ni sebenarnya berlangsung beberapa minggu sebelum Along FAD bertunang. Jadi umi dan abi FAD sebenarnya yang paling nervous dalam manghadapi situasi ni =). Tapi ALHAMDULILAH, segalanya berjalan dengan lancar. Tahun ni juga FAD beraya dengan penuh rasa bahagia dan hati berbunga-bunga =) TQVM awak, FAD akan ingat & tak akan pernah lupa tarikh 17711 sampai bila-bila! :-)
  • August 2011
    • Inilah interview pertama selepas FAD grad dan ianya memang great! =). Pengalaman kedua interview di Telekom Malaysia, tapi kali ni position yang berlainan, up lagi dari interview pertama selepas diploma iaitu Assistant Manager di IT Department. FAD memang berharap untuk dapatkan position ini sebab sudah tiba masanya FAD berkerja kuat untuk mak ayah dan hari hadapan FAD. Mengalaman interview kali ini tidak la macam first time dulu, nervous kurang sikit sebab FAD lebih banyakan berzikr dan tenangkan hati. ALHAMDULILAH sekali lagi, segala urusan dipermudahkan. 
  • October 2011
    • ALHAMDULILAH, ALLAH itu Maha Adil. DIA tahu setiap susunanNya adalah yang terbaik untuk umat-umatnya. Interview di TM pada bulan August hari tu FAD telah dapat jawapanya. 11011 bermula la kerjaya FAD sebagai Assistant Manager di IT&NT milik Telekom Malaysia. ALHAMDULILAH dan FAD bersyukur sangat2. Ya, ALLAH Kau perkenankan sedikit demi sedikit doa-doa ku ya ALLAH. Dan bulan ni juga FAD CONVO! Alhamdulilah, 231011 hari FAD akan dapatkan skrol untuk kali ke-2 selepas diploma. Kali ini juga kali kedua FAD mendapatkan skrol bersama umi, abi dan CCF =)
FAD tahu ini semua doa mak ayah FAD jugak serta orang yang berada dekat sekeliling FAD. FAD harapkan semua urusan FAD akan berjalan dengan lancar. Sebagaimana kalian mendoakan FAD, FAD juga mendoakan kalian juga =). Entry ni mungkin agak unik sebab biasanya orang akan update blog sekali setiap bulan tapi FAD rumuskan apa yang berlaku dalam hidup FAD setahun dalam 1 entry =) lucu tapi inilah FAD! =)

Wassallam
:-)

Note FAD 1: Menyimpan impian untuk sambung pelajaran (Master), mungkin selepas menjadi isteri orang kerana ingin sangat belajar ketika suami berada di sisi (impian 4 tahun dulu) =)

Note FAD 2: Alhamdulilah elaun pertama di SL1M, FAD melanja umi dan abi makan di luar. Ini first time melanje selepas pengang duit sendiri. Tersentuh apabila umi dan abi tak putus-putus tersenyum ketika makan sampailah FAD bayar bil. Mungkin dalam hati mereka berbisik, "da besar anak mereka yang satu ni". Sayang umi dan abi sangat-sangat! =)

Note FAD 3: Belum sempat melanja CCF lagi sebab lebih memikirkan umi dan abi dahulu. InsyALLAH, FAD akan buat something special untuk CCF. 

Note FAD 4: Menanti hadiah dari CCF =). Malu-malu ..... =)

Tuesday, September 20, 2011

Sabar Itu Indah

SALAM, alhamdulilah, ini post yang pertama setelah FAD menamatkan zaman universiti =) Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi, segala urusan FAD telah tercatat indah =) Sekarang FAD sedang jalani training di TM di bawah TM Enterprise BPO. Setakat ini, semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah dipermulaannya. Biasalah, mula-mula berkerja, itulah adat resamnya.




Sepanjang FAD tidak megupdate blog FAd ni, banyak perkara yang berlaku untuk beberapa bulan ini. Nak share ke tidak =) ehe,,,,hihik,,rasa malu pula =) tapi bukan semua yang berlaku begitu indah untuk FAD hadapi, ada juga yang pahit terpaksa FAD tempuhi. Tapi yang penting, bagaimana kita hadapi dan menjadikan ianya +ve itulah adalah yang paling penting. Jangan risau, FAD akan kongsi suka duka FAD di dalam blog ni =)



FAD harap FAD akan kerap update blog dari masa ke semasa. Boleh tak kalau FAD minta sesuatu? DOAkan FAD yea? Doakan segala urusan dan perancangan FAD dipermudahkan dan diberkati olehNya. amin,,,,,=) sudah tentu FAD mendoakan seluruh umat Islam di muka bumi ini, hatta yang hidup mahupun yang mati.

Wassalam =)

Monday, July 11, 2011

Saya hanya insan biasa.......

Salam semua, da lama xpost entry baru. Entry ada, tapi "save as draft", tapi entry ni FAD nak publish. Now tamatla sudah perjalanan FAD sebagai seorang pelajar di UiTM yang selalu di hati FAD.

Melihat kembali percaturan FAD dalam bidang pebelajaran ni, memang ada hikmahnya. Dari nothing to something, its almost perfect! Betul cakap orang, apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Semua ni telah di tentukan olehNYA.

Sekang, FAD bakal menepuh alam pekerjaan yang amat FAD nantikan selam 23 tahun. Kehendak memang ada tapi takut tak mampu untuk menepuhnya. Harapan FAD selalu nya +ve untuk semua perkara walaupun perkara itu -ve. Iim always think +ve even bad thing happens.

Kehidupan FAD ni  semakin indah, harap2 ianya berkekanlan, ramai yang bertanyakan bila nak buat entry tentang sang buah hati, FAD cuma tersenyum dan berkata,"FAD xnak cakap tentang sesuatu yang xpasti lagi, bila semuanya sahih dan pasti, barulah FAD lebih terbuka untuk berkata"

Kadang2 kita xmampu nak jadi apa ynag orang inginkan. FAD hanyalah insan biasa yang ingin merasai kehidupan ALLAH ini, bagilah fad peluang untuknya. Memang kita akan selalu menbuat kesilapan, tapi kesilapan itu perlu diperbaiki dengan penuh berhati-hati.

Mukadimah hanya diatas. Disini bermula isi kandungan berkaitan dengan tajuk entry ini. Hati FAD tersentuh apabila seseorang hamba ALLAH da laman web sosial FACEBOOK telah menghantar PM kepada FAD. Sungguh molek penyusunan ayatnya. Semuanya disebabkan gambar. Sesungguhnya dia selalu memerhatikan gambar2 yang FAD selalu upload di FB. Beliau berkata,"Semua gambar-gambar saudari cantik-cantik belaka. tidak mahukan untuk menjadikan ia sebagai kerjaya tetap? Saya melihat saudari mempunyai potensi untuk hidup dalam arena photoshoot ni, tapi saudari jarang memperlihatkan wajah saudari untuk album2 yang saudari uploadkan itu, mesti banyak gambar2 saudari yang saudari simpan kan?"

FAD hanya tersenyum, lalu menyusun ayat pembalasan supaya setiap bait kata-kata FAD tiada yang terluka. Jawapan FAD hanya mudah, "Terima kasih kerana sudi "Add as friend" di FB. Kesemua gambar yang diupload hanya sedikit sahaja editnya, tidak terlalu mengedit kerana takut hilang keaslian gambarnya. Ganbar yang diambil sememangnya sudah cukup cantik dan mempunyai nilai yang sangat berharga. Untuk pengetahuan saudari, saya hanya mengunakan camera biasa dan bukanla DSRL idaman saya itu.

Camera biasa jikalau dapat menangakap angle gambar yang cantik, hasilnya sangat menakjubkan. Bukan tidak mahu untuk menjadikan ia kerjaya tetap tetapi untuk membawa model untuk photoshoot dengan camera biasa saya ini, orang pasti akan gelakan saya. Cukuplah sekarang saya menjadikan adik2 saya sebagai model tetap tanpa berbanyar. Iya, saya jarang memperlihatkan wajah saya di album2 saya disebabkan oleh saya sendiri malu. Saya hanya mengupload 1 @ 2 keping sahaja untuk tatapan umum. Saya hanya manusia biasa yang mempunyai kelemahan sebegitu tapi sebenarnya saya memang gemar bergambar tetapi cukuplah sekadar untuk simpanan saya sahaja".

Lihat! betapa ada orang yang selalu memperhatikan kita selain ALLAH swt. Susunan kehidupan FAD semakin indah. Harap ianya akan berterusan walaupun FAD tahu ujian ALLAH sentiasa ada.

TQVM semua =)

Saturday, May 14, 2011

Hati Seorang Umi

Salam,,belum terlambat rasanya FAD nak mengucapkan Selamat Hari Ibu buat umi FAD, PUAN NORRIZAN BT MOHAMED,,,the best words for you is "TQVM for everything,,i love u for the rest of my life"...sebenarnya entry ni da lama ada dalam draft blog ni,,bagun pagi ni lepas subuh je,,terus sambug,,tapi tertido balik, sampai la dikejutkan balik oleh Abang Pos Laju (maceh mak,,hantarkan makanan =)) dan Farah (datang nak pinjam kamera) =) bestla ade alarm macam ni,,xsempat nak lelap lagi,,da terjaga balik =)

Cerita umi,
"kokde,,lepas habis degree ni dapat kerja x? kalau xdapat, sambungla belajar lagi,,mak xkisah,,mak nak tanya ni? bila kokde nak kahwin? dah ada orang tunggu 2,,kahwin time belajar pun xde salahnya, mak xmintak apa2,,cukuplah sekadar mak nampak kokde berjaya dan bahagia,,mak da bersyukur sangat"

cerita FAD,
"mak,,insyALLAH dapat mak,,kalau xdapat,kokde akan usaha sampai dapat,,bukan xnak sambung belajar tapi rilek dulula mak,,nak kerja dulu cari pengalaman, kumpul duit untuk mak,,lepas kahwin nanti pun bole sambung belajar,,,kahwin??? hurm,,kokde sayang mak,,kalau xnak kahwin bole x mak? ehe,,biarpun ada orang tunggu,,biarlah masa ALLLAH menentukan mak,,mak, kokde pun nak tengok mak bahagia,,kokde sayang mak,,mak tahu 2 kan....kalau kokde kahwin nanti,,kokde takut kita da x macam ni lagi,,mesti kalau kokde berbual2 macam ni, mak mesti cakap,,g la kat suami,,kesian dia sorang2...hurm"

itulah cerita mak dan cerita FAD,,sejak 5 tahun yang lepas,sampai sekarang,,itulah perkara wajib yang ditanya dan dibualkan dengan mak bila FAD balik cuti,,dulu time diploma pun sama,,perkara yang sama dibualkan,,bila da sambung belajar (degree) tetap sama,,,sayang mak!

kadang2 banyak persoalan timbul kalau mak tanya macam ni,,mak risaukan saya,,FAD tahu! mak sayangkan saya..FAD tahu! dan mak memang terlalu sayangkan anak-anak dia,,FAD pun tahu! konklusinya,,mak memahami kita dari segala-galanya.....mak, bukan sahabat baik saya tapi, SAHABAT TERBAIK FAD!!! FAD rindukan umi,,bila rindu,,blog la tempat FAD bercakap,,biarpun acap kali telefon umi,,tapi xpuas rasanya,,doa FAD xpernah lupa untuk umi,,last but not least,,when i says, "mak, kokde sayang mak", i really  mention it!

★ Dari Semut kita belajar sikap KERJASAMA ★ 
★ Dari API kita belajar untuk BERANI MENGHADAPI COBAAN ★ 

★ Dari IBU kita belajar MENGASIHI ★ 
★ Dari AYAH kita belajar KEIKHLASAN ★ 

★ Dari TEMAN kita belajar MEMAHAMI ★
★ Dari KESALAHAN kita belajar menjadi manusia yang lebih BAIK ★








Ana Nor Fadzilah:
suka panggil mak, umi sebab saya belajar bahasa Arab,,tapi maksud  yang sama je =)