Thursday, November 14, 2013

10 Muharram 1435 = 14 11 2013

Salam semua :) Sekadar coretan ringkas selepas 6 bulan bergelar isteri. Banyak perkara yang perlu di buat dah diurus memandangkan FAD memiliki tanggujawab baru kini. Alhamdulilah, kami masih awal peringkat. Perkara baru disusun satu per satu. Terlalu banyak yang perlu kami pelajari. Full of commitment. Syukur kerana Sholeh sangat memahami. Dia suami sempurna dimata FAD. Di arena baru ni, apa yang boleh kami katakan, Happiness is getting married early :) Walaupun kehidupan kami tidaklah selengkap mana, tapi setiap hari kami cuba tersenyum dan ketawa bersama, samada jauh dan dekat. Alhamdulilah, kami kini bahagia dengan cara kami. Dunia kecil FAD kini semakin hari semakin indah. Tipu kalau FAD katakan,semua detik adalah indah. Kadang kala ada juga saat-saat kami lalui dengan sukar, saat-saat kami lalui dengan sedih, dan saat-saat kami lalui dengan perasaan marah, hiba dan -ve. Tapi apa yang FAD dan Sholeh selalu tekankan, apa-apa kembali kepada pencipta. Hanya Dia yang mengatur segalanya. Baik buruk sesuatu itu berlaku dengan kehendaknya.





Semperna bulan baru Islam ini, samalah kita perbaiki diri kita untuk menjadi lebih lebih baik. Segembira mana pun kita, dalam hidup ini satu je permintaan kita, kita kembali kepada pencipta dengan penuh sempurna. Aminkan doa FAD ini, ya kawan-kawan..................

***perut dah buncit sikit :)

No comments: