Sunday, September 18, 2022

Minggu ke-4 class...Alhamdulillah okay lagi setakat nih..fuhhh

 Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah dah masuk  minggu ke-4 kelas. Berlalu dengan jayanya walaupun ribut taufan melanda. Hahahaha. Minggu ni Sholeh takde weekend, dia shift pagi. Huru hara weii tapi all the way alhamdulillah  berlalu dengan pantas. 


Time2 class time ni lah 3 ketul umi ni nak main ketapi2 time umi nak present




Neng ale umi anak3 oiiiii.....hahaha

ni saja nak tunjuk cincin bawuuuu hahhahaha

bawah ni kawan2 kelas setakat nih.




alhamdulillah untuk kelas minggu ni, walaupun da start penat, tapi harap2 momentum ni boleh sampai ke hujung. SIKIT LAGI FAD!!!!


Sunday, August 28, 2022

Sambung Belajar 2022: Master or Special Skill???

 Assaalammualaikum gais. 

Alhamdulillah 26/8/2022 aku dah start sambung belajar. Short course punya term. Class online every weekend, 8am - 10pm.

Fuhhh piwaiii wei. Isnin - Jumaat kerja. sambung class weekend, takde rehat. Sampai anak3 pun asyik lah duk tanya, "umi dah habis class ke? Class umi pukul berapa harini? Harini tak g mana2 ke mi"

Sabarlah anak2, umi cari ilmu demi mu nih. TQSM Sholeh, tolong jadi Mr Mama. Time aku ada presentation, dia yang bawa anak2 keluar sekejap sementara aku nak present sebab bising (biasalah rumah macam taska). Entertain anak2 sementara aku kena hadap laptop.

Allahu......semoga usaha ini berbaloi ya Allah.

Plan asalnya aku nak sambung master (Master in Early Childhood of Education) kat UNITAR, tapi sebab aku lari bidang, banyak prosedur kena lalui, document semua dah hantar dan aku sebenarnya masih menunggu biasiswa dari TM.

Tapi Rezeki Allah datang pelbagai cara, sementara aku duk tunggu result nak sambung master ni, tetiba aku ternampak course yang sama kat IPTSKILLS (korang boleh search kat sini Institute of Professional Techniques I IPTSkills ) yang offer fast track punya course, 7 minggu tak termasuk minggu exam n amali. Cost dia dalam RM1000 + - . Tapi ni just sijil je lah. Memandang ni batch terakhir yang buat 7 minggu je, lepas ni mungkin akan ambil masa lama,  aku terus sambarrrrr.

So, bincang2 dengan Sholeh, since bulan 8/9/10 2022 nih anak2 takde exam, so kami proceed sementara aku tengah semangat berkobar2. Heeee. Tak kisah walaupun sijil sebab ni benda baru aku belajar, aku memang willing nak belajar dari bawah.

Inshallah nanti aku akan update lagi dari masa ke semasa okay,

Ya Allah, redha kan hambamu ini, bantu hambamu ini, dan permudahkan urusan hambamu ini sampai akhirnya Ya Allah.

First class minggu ni, sambil kelek Aafiyah. Hihik. A women has to do what she has to do.

Balik kerja terus sambung jaga anak3. Tq sayang 


 

Nanti kita sambung lagi okay? Assalammualaikum.

Monday, August 22, 2022

RAYA KAMI 2014 - 2022

 Assalammualaikum gais. Okay kali ni aku nak cerita pasal raya. Ala sorry lah aku ni lambett sikit hahaha almaklumlah nak menulis ni kena cari mood. 

Since PKP1.0 3/2020 -  aku rasa macam dah tak raya dah. Masa tu pulak tak tahu pun akan ada virus2 ngeri dan seram macam ni, yang penting time covid tu aku tengah pregnant anak ke-4 (anak ke-3 hidup). 

Semua ni takdir Allah dan kehendakNya. Memang tak pernah terfikir kan kita?

Allahu, masa tu aku dah masuk third trimester, 7m++. Memang tahun 2020 kami plan nak tambah lagi sorang ahli keluarga. Pesediakan fizikal dan mental tu dah ada, cumanya, kami tak pernah sangka akan pantang sendiri untuk anak kali ni, sebab PKP 1.0 haritu memang kawalan ketat dan habis-habisan, even kami nak pergi checkup pun, jalan raya penuh dengan polis2 jaga, yela takut ada yang duk merayau2 masa kes covid tengah menular.

Lilltahitaala je masa bawa anak2 sama untuk ke hospital. Nanti kita sambung borak pasal cerita ni eh? Sebab aku nak simpan cerita ni untuk birthday Aafiyah yang ke-3 nanti :)


Ajom layan gambo raya kami...ehek 










Mana gambo 2022??? hahaha tapi saiyangggggg tak de wei :( adeh.....tak sempat nak bergambo sebab raya 2022 ialah raya panic dan terkejut terkujat semua. Sebab apa dalam kalendar hari lain, tengok bulan hari lain. Makanya raya jela apa adanya....hihik. 

Inshallah kalau ada kesempatan kami akan cuba untuk ambil gambar keluarga tahun ni. Baju raya pun tak sempat pakai lagi nih. 

Okay gais, sampai sini dulu yea. Nanti kita jumpa lagi. Assalammualaikum 





Tuesday, July 19, 2022

2022 - Berapa Orang Anak Dah? HaHaHa

 Assalammualaikum gais. Allahu lama betul tak menulis, tahun 2022 dah, anak dah bertambah 3 orang, Hahaha. hilang sekejap sebab sibuk nak besarkan keluarga dan busy dengan kerja lagi2 zaman covid ni, memang tak nampak bayang nak menulisnya. 

Alhamdulillah, sekarang yang kecil pun dah 2 tahun lebih. aku nak active balik blog ni sebenarnya. Kita tengok pergi dia macam mana yea? Hahahaha

So post terbaru ni, aku nak share gambar-gambar2 family aku. simpan sini buat kenangan. Ajoom.......

2015

2017

2020


Alhamdulillah, Allah ambil 1 anak lelaki aku, dan Dia ganti 3 lagi hadiah dan semuanya perempuan. 8 tahun dah berlalu kisah Sufi, harini kami sekeluarga sudah terlalu bersyukur dengan apa adanya. Betul, perancangan Allah tu tak pernah silap. Aku mahupun Sholeh sedang meniti nikmat2 hidup yang Allah berikan ini. 

Tahun ni target aku nak focus besarkan anak3 dan bertambah maju dalam kerja. Mungkin blog ini akan jadi blog untuk aku cerita perkembangan anak3 aku kelak. 

Okay, cukup untuk post kalini. Inshallah kita jumpa entry lain. 


Assalammualaikum.









Friday, January 25, 2019

Page 1 of 2019

Assalamualaikum.

Inshaallah tahun ni, aku nak aktif balik berblog. Tahun lepas busy dengan anak-anak. sempat post 1 post je untuk 2018 :(

Untuk Januari 2019 ni, Inshaallah, aku akan lebih serius dan yakin untuk menulis kembali. Wish me luck k! hihi

Okay untuk permulaan ni, kita start dengan azam tahun baru. Tahun ni, aku ada 2 aim:

1) Nak wean off Aisyah (4y now)
2) Nak pregnant (doakan baby boy pula yea)

So, now memang work hard untuk no1 tu, wean off Aisyah. Dia almost 4y, secara tepatnya dia 3y 9m.

Harini terciptanya post ni sebab budak bertuah ni lah. Aku rasa tak larat sangat nak susukan 2-2. Fatihah baru 1y3m. so kesian sebenarnya kat dia sebab kongsi susu dengan kakak Aisyah. Tapi apa yang Allah bagi kat kami ni, susu ni sentiasa cukup. Berat Fatihah pun sentiasa naik setiap kali checkup. Tapi tula, cuma aku je ni tak boleh nak koop, badan dah rasa letih sesangat.



Minggu ni, anak-anak sakit serentak. Demam batuk dan sesema, pakej dengan abi dia sekali. Jadinya malam tadi memang aku ni tak tidurlah. Sekejap berpusing susukan Fatihah, da setel Fatihah, pusing susu kan Aisyah pula. gitulah rutin malam-malam ku. Sejak ada Fatihah ni memang aku tidur tengah-tengah antara Aisyah dan Fatihah, sebab senang nak pusing-pusing bila dua-dua nak susu. Hahaha. Tandem tu jangan cakaplah, memang sentiasa bersama anak-anak.



So guy, any tips nak wean off Aisyah?.


Meh aku cerita sikit usaha yang aku dah buat untuk wean off kan Aisyah ni. Harini baru aku yakin dan reda seredanya untuk wean off kan Aisyah. Sebelum ni aku hanya cakap kat mulut je tapi tak pernah buat pun. Lemah kan iman aku :( Sebelum ni, bila malam ke siang ke aku selalu lengah2 kan kalau Aisyah nak susu. Priority memang aku bagi kat Fatihah. Tapi tula hectic-hectic aku ni Allah bagi Fatihah senang sangat nak handle, dia kalau bab susu, dia cuma minta bila perlu je, cuma malam je la dia lama ngempeng. Aisyah ni pula jenis sentiasa nak melekap aje. Letih mak....hahahaha.

Paling penat kalau kena Sholeh kerja shift malam. So aku kena handle anak-anak tu sorang-sorang. Jadi tanak keadaan jadi huru hara, memang aku offer bf kan Aisyah sebab nak elak dia cranky. Tapi kalau Sholeh ada, memang tak berjaya pun aku tak susukan Aisyah, Hihi

Bila malam Aisyah terjaga tu, Sholeh try pujuk, popok, dodoi dia tapi tak jalan. Padahal Aisyah ni rapat dengan abi dia, manja sangat lah sampai aku pun jeles kadang-kadang. Hahaha. Paling worst Aisyah siap nages meleleh-leleh air mata sebab nak susu. Aku ada juga buat dek je time dia nagis sakan tu, tapi hurm rasa lah kena tendang kat punggung aku yang membelakangi dia ni sebab protes si Aisyah tu. End up, Sholeh cakap, "bagi je la yangggg, dia nak susu ni". See, tengok siapa yang tak kuat. Hahaha. Tewas lagi. Gitulah setiap malam.

Doakan aku guys! Doakan aku! Aku serius ni nak wean off kan Aisyah! please help me dan pray for me k!




Jumpa lagi next post!
Bye, Assalamualaikum. :)